hari ini 8 mei 2011 merupakan hari bersejarah lagi buat yang bergelar ibu @ mak @ mama @ ummi @ mami @ apa sahaja gelaran buat mereka... yg biasa kita dengar apabila seseorang anak memanggil seorang insan yang melahirkan kita semua. macam saya juga sama seperti kalian memanggil ibu dalam sebagai mama(dalam msej)... in real real mak.....
Ibu,merupakan seorang insan yang mulia yang dikurniakan oleh Allah ketabahan,kecekalan dan segala sifat yang perlu kita sanjungi. Dan tidak semua insan di dunia ini yg berpeluang melihat wajah ibu mereka apabila mereka dilahirkan kedunia. alhamdulillah mama masih ada dan sering memberi kasih sayang penuh pada saya, namun ari ni mama masih terlantar di hospital kerana kaki mama sudah patah, harap mama sabar menerima ketentuan Illahi dan yakinlah mama ganjarannya cukup besar di sisi Allah SWT.... semoga mama cepat sembuh.. kami disini walaupun jauh dari pandangan mama namun tetap mendoakan mama dan mama tetap berada di sanubari... sayang mama...
sambutan hari ibu, pandangan saya sambutan ini tiada lainnya adalah untuk menghargai jasa eorang ibu, yang sabar dalam membesarkan dan memberi kasih sayang kepada anak-anaknya semenjak dalam rahim lagi... ketinggian martabat sebagai ibu seperti
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat Al-Hakim
Selain itu, Rasulullah ada menegaskan sebanyak tiga kali ttg soalan sahabat berkaitan siapa patut diutamakan dalam sesuatu hal,dan jawapan Rasulullah ialah..Ibumu,ibumu dan ibumu..
ingatkah kita tentang cerita Alqamah yang di saat kematiannya susah untuk mengucap shahadah. Ini juga adalah akibat drp kesan menderhakai ibu.Dan setelah ibunya mengampunkan kesalahannya,barulah Alqamah dapat mengucap dua kalimah shahadah dan pergi menemui Illahi dgn tenang. Di sini saya ingin tegaskan bahawa, martabat ibu di sisi Allah sangat tinggi dan mulia. Oleh itu, kita sebagai anak perlu mentaati ibu dan juga bapa kita dengan sebaik mungkin. Kita juga perlu menghormati,mengasihi dan menyayangi mereka sebagaimana mereka mengasihi kita. Semoga dgnnya kita dapat beroleh ketenangan dan dapat meraih redha Allah S.W.T.
sajak ini ku hadiahkan buat ibu2 sekalian..
Ibu!
Kelunak lembutanmu yang bersih
Merupakan rahmat bagi kami.
ibu,
Merupakan kekuatan
Dan benteng agama.
Kasih sayang ibu
memberi nilai Kemampuan kami,
memberi warna Amal dan fikiran kami.
Wahai ibu
Di dalam nafasmu
Terletak kehidupan agama
Bimbing eratlah kami anak-anakmu.
No comments:
Post a Comment