muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Friday, May 27, 2011

pengalaman balik TAWAU

assalamualaikum wbt.....

22 mei 2011 bermula penerbangan ku dari KL ke Tawau, namun hati ku sedih bila tiket yang sepatutnya pukul 6.30 pm delay ke 8pm... nak buat macam mana semua tidak dapat ditolak, dan kena terima dengan hati yang terbuka. walaupun ramai penumpang yang kecewa tapi semua kena terima untuk sampai juga ke destinasi.. TAWAU tetap dirindu.

semasa dalam kapal terbang, hati ku kadang2 rasa tidak enak, rupanya masa dia atas kapal yang saya naiki tidak stabil bila berada dalam awan yang hitam, em kadang2 rasa mcm tak duduk dekat kerusi rasa nak jatuh...

walaupun dalam gusar, perut ku juga berkeroncong kerana terlalu lapar, ya biasalah sempst untuk makan tengah hari sahaja, terus bergerak ke LCCT. nasib baik duduk sebelah dengan makcik cahaya (bugis) dan kakak Pasti.. alhamdulillah orang baik2.. dapat jua roti free dan gula2 untuk ku alas perutku.

sampai sahaja di lapagan dah hampir pukul 11am.. aku disambut oleh abang2 ku dan anak2 buah ku. ibu ku tidak dapat bersama menyambutku sebab masih dalam kondisi yang tidak sihat.

sampai sahaja di Kg Tanjunjung Batu Keramat Laut, ya jalan masuk kerumah tetap dalam keadaan yang sempit.... sangat terharu bila sampai jak terlibat seorang yang telah berusia dengan mengangkat kain pelikatnya serta berpayung. rupanya ayah ku yang ku gelar 'aji'. aji ku sudah lama menunggu di situ menanti dengan sabar dan kegusaran, kerana aku terlalu lewat sampai kerumah.

menurut aji ku. dia sampai tergelincir di jalan untuk bertemu dengan ku, habis basah kain pelekatnya.. sedih jua bila ku mendengarnya, namun apa boleh ku buat aku hanya mamp mendengar keluhannya.... apa pun terima kasih ajiku kerana aji sanggup menunggu kepulangan ku.

rupanya kakak dan abng iparku juga turut menunggu ku di rumah, oleh kerana kelewatan ku mereka terpaksa balik semula kerumahnya di pasir putih kg baru kerana cuaca kelihatan tidak elok.

ibuku juga setia  menantiku dihadapan rumah , sampai sahaja aku di sambut dengan senyuman yang paling manis, alhamdulillah ibuku kini boleh berjalan seperti biasa.. sungguh luar biasa.. subhanaullah maha suci Allah telah menyembuhkan kaki ibuku.. terima kasih ya Allah..

malam tu aku tidur agak lewat, kerana terlalu rindu dengan mereka, jadi aku bercerita dahulu walaupun sebenarnya aku memikirkan jua esok hari pertama untuk aku menjalani latihan praktikal di JTK TAwau. 

dan akhirnya kini aku berada di JTK Tawau.. hehe sempat lagi update bblog......

1 comment:

Anonymous said...

ceritanya menarik ukhti, salam dari jakarta

aquarium