muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Tuesday, December 15, 2009

memori sebulan

setelah sebulan pulang ke rumah kini kembali ke medan menuntut ilmu. sepanjang cuti berlangsung terlalu lama rasanya diri ini tidak mengemaskini blog. hari ni permulaan coretan jari-jari yang tersusun, begitu indah ciptaan Allah..



bersyukur kehadirat Illahi, kerana masih memberikan nikmat iman dan Islam kepadaku yang tidak lepas dari membuat kesilapan. namun ku Tahu Ya Allah sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.



bermula bulan lepas iaitu november, telah di takdirkan diriku berada dalam program yang bukan diriku menjadi perancang, tetapi telah di pertanggungjawabkan menjadi AJK (Bahagian dapur). biasalahkan persepsi setengah individu bahawa wanita akhirnya kedapur jua. biarlah apa orang nak kata, yg pasti ku tertarik dengan pandangan seorang sahabatku 'atlist' kedapur pun kita tetap ada PHD.

yalah menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap individu.. kata pujangga, "ilmu itu pelita hidup". tiada ilmu gelaplah hidup, banyak Ayat-ayat yang terdapat dalam kitab begitu mengambil berat soal menuntut ilmu. tapi menjadi masalah bila menuntut ilmu sekadar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, tetapi matlamat hidup sebagai umat Islam yang sentiasa melafazkan ikrar 5 waktu sehari semalam..."segala ibadah, hidup @ mati hanya untuk Allah SWT" hanya sekadar kata2, nauzubillah, astaghfirullah..



seorang pensyarah telah berkongsi tentang pengalaman beliau melihat dan mengkaji best student in IPTA dan institusi2 yang berjaya.. beliau mendapati orang yang berjaya adalah menyerahkan seluruh hidupnya kepada Pencipta (Allah SWT) iaitu dengan mengamalkan solat2 sunat seperti solat sunat malam (tahajud), dhuha, dalam rutin sehariannya kerana yakin dengan janji Allah "siapa yang melakukan solat sunat dhuha Allah akan permudahkan segala urusannya pada hari tersebut". dapat dibuktikan pada diri sendiri alhamdulillah semua adalah berkat izin dari Allah SWT semata-mata.


sampai sini dulu coretan dariku yang lemah, semoga kita bertemu kembali.. ingatlah "MATI ITU PASTI, tapi HIDUP INSYAALLAH".. semoga sahabat-sahabat terus istiqamah dalam medan perjuangan untuk menegakkan Islam kembali.


"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah."~Saidina Abu Bakar As-Siddiq~
“Ini adalah kehormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya, bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) tempat kembali yang terbaik, (iaitu) syurga ‘Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka, di dalamnya mereka bersandar (di atas dipan-dipan) sambil meminta buah-buahan yang banyak dan minuman di syurga itu.” (Shaad : 49-51)





“Malam Pertama di Syurga” karangan Adil Akhyar merupakan gambaran kehidupan insan-insan yang berjaya di sisi Allah sehingga mereka layak bergelar ahli jannah. ‘Malam pertama’ di syurga hanyalah sebuah perumpamaan betapa indahnya syurga, sehingga lebih indah daripada malam-malam pertama pengantin baru.

Di bahagian awal buku ini, pembaca dihidangkan dengan segala kenikmatan syurga yang digambarkan berdasarkan Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. Penulis berhasil menguatkan lagi angan-angan dan azam pembaca untuk meraih jannah yang menjadi impian setiap manusia dan merupakan tempat pengakhiran yang terbaik.

“Mereka berehat di dalam syurga dengan bertelekan di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya.” (Al-Insan: 13)

Dalam memastikan ‘hari pertama’ kita di akhirat nanti adalah yang terbaik, maka pastinya memerlukan persiapan untuk menuju ke arah itu. Dunia merupakan ladang akhirat. Apa yang ditanam, itulah nanti yang dipetik. Jika ingin menuai hasil yang baik di akhirat nanti, maka, tanamlah benih yang baik di dunia ini, yakni kerjakan perintah Allah, jauhi larangan-Nya dan lakukanlah amal soleh. Jika ingkar, maka buruklah pengakhirannya, iaitu neraka. Orang-orang yang beruntung adalah orang-orang yang meletakkan dunia pada tangannya, bukan pada hatinya serta yang sentiasa mengingati mati, pemutus segala kelazatan dunia. Mereka rindu untuk bertemu Tuhannya, tidak sabar-sabar menanti saat bersemuka dengan Penciptanya.

Tidak kira lelaki mahupun wanita, anda layak mengecap indahnya nikmat syurga seandainya telah memenuhi kriteria-kriteria ahli jannah yang turut dimuatkan di dalam buku ini. Kita selalu mendengar tentang bidadari-bidadari yang cantik rupawan, bermata jeli, bersuara merdu yang disediakan buat lelaki-lelaki ahli syurga. Buat wanita-wanita ahli syurga, mereka memiliki ganjaran tersendiri yang telah Allah tetapkan buat mereka. Namun, tiada yang dapat menyangkal bahawa ganjaran terhebat yang diberikan kepada ahli jannah adalah dapat melihat Zat Allah yang Maha Esa.

Penulis buku ini bukan sekadar memberi gambaran indahnya syurga semata-mata, tetapi turut memberi tips serta panduan untuk menuju ke sana. Di samping itu, pembaca akan terkesan dengan peringatan-peringat an yang ditegaskan di dalam buku ini, baik berbentuk ancaman mahupun janji-janji manis. Apa yang boleh saya katakan, buku ini sebenarnya menyegarkan semula ingatan tentang hakikat syurga dan neraka kerana apa yang diperkatakan adalah daripada apa yang telah terkandung dalam Al-Quran dan hadis dengan sedikit kupasan yang dikaitkan dengan realiti hari ini.

Anas r.a. pernah berkata, “Mahukah kalian aku beritahu tentang dua hari dan dua malam yang belum penah diketahui dan didengar oleh manusia (yang masih hidup)? Hari yang pertama adalah hari di mana datang kepadamu pembawa berita dari Allah, baik dengan membawa keredhaan-Nya ataupun murka-Nya (hari kewafatan), dan kedua iaitu hari di mana kalian dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal, dengan tangan kiri atau dengan tangan kanan. Sedangkan dua malam, adalah malam pertama kali di dalam kubur dan malam di mana pagi harinya dilenyapkan tatkala terjadinya Hari Kiamat.”

“Malam Pertama di Syurga” menjadi motivasi buat insan-insan yang mencari kebahagiaan hakiki.

Monday, October 19, 2009

NASIHAT BUAT DIRIKU



Allah tidak menjadikan manusia cerdik dan bodoh. Sebaliknya Allah menjadikan manusia dengan kecerdikan yang berbagai-bagai. Bergantung kepada manusia dari sudut mana melihat kecerdikan tersebut”. Sedutan daripada kuliah Ustaz Hasrizal masih lagi saya ingat dan seringkali terngiang-ngiang di cuping telinga bilamana mengenangkan kejadian manusia dan tingkah laku mereka.

Buat diriku..,

Kita adalah insan yang lahir dari rahim suci seorang ibu. Kita lahir dalam keadaan ‘zero’, dan tiada apa-apa kelebihan dari sudut ilmu dan lain-lain pada diri kita melainkan dibekalkan pancaindera, akal, nafsu dan jiwa.

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”
(An-Nahl:78)

Kepada diriku, pandanglah manusia dengan pandangan kasih kerana kita semua adalah sama. Tidak ada insan yang cerdik sejak lahir, ataupun yang bisa mengerti erti kehidupan saat membuka mata melihat dunia. Jika itu keadaannya, jauh sekalilah perkataan bodoh untuk manusia yang suci hatinya. Maka kepadaku, ku katakan bahawa kita tidak pernah bodoh, tetapi kadang-kadang kebodohan akan melewati kita saat kita tidak bersungguh-sungguh megejar kecerdikan.

Buat diriku..,

Ku katakan pada diri, bahawa melantik nafsu sebagai pemandu, ianya akan menjadikan kebodohan sebagai salah satu hala tuju. Mungkin bukan bodoh dalam pelajaran. Mungkin juga bukan dalam tindakan. Tetapi ianya akan jelas dalam pemikiran. Kebiasaannya akan disusuli dengan tindakan dan perkataan.

Kuncinya..,
Jinakkanlah nafsu supaya dirimu jauh dari titik kebodohan. Kebodohan yang akan membawa banyak masalah dan perspesi yang akan muncul juga bertindak sebagai barah. Hati-hatilah memandu arah. Aku mohon padaMu ya Allah.

aquarium