muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Monday, April 18, 2011

....selamat menduduki peperiksaan Akhir...


Assalamualaikum wbt...
Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah nikmat kurniaan iman dan Islam, dapatlah jua Allah beri kesempatan untuk saya berkongsi ilmu dan menyampaikan apa yang terbuku dalam diri saya. Alhamdulillah pejam celik kita dah di penghujung minggu belajar dan kini masuk minggu untuk mengulang kaji pelajaran.

Namun ada juga yang masih sibuk dengan kelas ganti dan ada juga yang sibuk untuk membuat persiapan pembentangan projek subjek. Tidak lupa juga ada yang tengah sibuk mengumpul  kertas, nota-nota sem lepas. Begitulah senario persekitaran universiti bila tiba peperiksaan akhir. Sebagai seorang pelajar kita memang tidak dapat lari daripada tanggungjawab untuk menjawab peperiksaan akhir kerana inilah salah satu cara pensyarah hendak menguji tahap kefahaman kita.
Ya tidak lupa juga kesibukan pensyarah-pensyarah dan para penyelia bertungkus lumus melayan karenah pelajarnya yang sibuk membuat temu janji untuk mendapatkan tips-tips dan mendengar serta menilai keseluruhan projek dan kertas-kertas ujian untuk di masukkan dalam system pemarkahan carry mark.
Sungguhpun kita dalam kesibukan, sebagai mahasiswa/i muslim jangan sekali meninggalkan tanggungjawab sebagai Hamba Allah, anak kepada ibu bapa dan sebagai ahli masyarakat. Belajarlah bersungguh-sungguh bak kata orang putih “don’t study hard, but more study Smart”. Betulkan niat dengan menjawab persoalan-persoalan berikut, kenapa kita belajar? untuk apa kita belajar? Untuk siapa? Bagaimana nak belajar? Dan semuanya pasti pada akhirnya untuk mencapai keredhaan Allah.
Oleh yang demikian disini saya ingin berkongsi 6 sifat yang perlu kita ikuti dengan hanya perlu istiqamah dalam melaksanakannya untuk kita memperoleh kejayaan seterusnya di berkati dan diredhai Allah, kerana begitu juga dalam memiliki syurga Allah, ketahuilah syurga Allah itu hanya dimiliki oleh orang-orang yang diRedahi Allah SWT dan diberi RAhmat olehNya bukannya dengan banyaknya amalan yang kita lakukan. 6 fifat ini saya peroleh daripada kak Ummu solihin semasa program yang HEWIPMI anjurkan iaitu “diskusi bersama “first class”
Antara sifat-sifat itu adalah:
1.       Taat pada perintah Allah SWT dan amalkan sunnah Rasulullah SAW – kerana hanya Allah SWT yang mempu untuk mengurnian kepada kita sebesar-besar kejayaan. Jaga hubungan dengan Allah serta yakin dengan kalimah “tiada Tuhan selain Allah” sebarkan kejayaan yang kita peroleh semua kerana Allah yang bagi. Orang-orang yang mengamalkan sunah Rasulullah tidak kira perbuatan, akhlah dan pergaulan dialah orang yang berjaya.
2.       Khusyuk dalam solat dan tawaduk dalam melakukan amal kebajikan – kusyuk dalam solat tidak seperti kita berpuasa, jika dengan puasa kita dapat rasa kelaparan itu, namun jika solat yang kita lakukan tanpa kekusyukan ia tidak beri kesan apa-apa pun, jadi cubalah untuk mencapai kusyuk dalam solat. Jika dalam study kita boleh focus dengan tajuk-tajuk yang masuk final kenapa dalam solat kita tidak boleh? Fikir-fikirkan dan renung cubalah insyaAllah kekusyukan itu dapat kita perolehi. Paling penting jaga tahajud kerana ciri-ciri orang yang berjaya disisi Allah SWT tidak meninggalkan solat sunat tahajud. Salah satu fadilat bila tahajud seseorang diterima Allah, pada hari tersebut ia sangat segar dan cerdas berbanding orang-orang yang tidur lebih. Tak percaya cubalah
3.       Sentiasa berzikir dan bersungguh dalam menuntut ilmu – Allah meniggikan kedudukan orang-orang yang menuntut ilmu kerana mencari redhaNya. Begitu juga dengan amalan zikir, kerana zikir itu senjata orang mukmin. Amalkan  Zikir 100 kali setiap pagi dan petang, selawat keatas Nabi SAW junjungan Mulia, dan banyakkan beristighfar. Sikit-sikit tapi selalu, ala bisa tegal biasa.
4.       Banyak muliakan orang-orang Islam – tunaikan hak orang lain, hormat ibu bapa, jaga percakapan, memuliakan pensyarah, suka tolong orang lain, bersangka baik dengan sahabat, buat kebaikan pada orang-orang islam walau dia tiada kedudukan sekalipun, dan pastikan sentiasa jaga kebersihan dan selalu kemas bilik, sebab bila bilik bersih kita akan tenang untuk belajar.
5.       Ikhlas dalam melakukan apa jua amalan – siapa yang ikhlas maka dia akan peroleh ganjaran yang paling besar dari Allah SWT. Surah Muhammad :7 “bila kita bantu agama Allah, Allah akan mantu kita....”. bila ada masalah jangan cerita dengan orang lain, tapi ceritalah dengan Allah. Orang-orang yang ikhlas terpancar cahaya pada wajahnya. Sentiasa perbaiki diri
6.       Mujahadah dan berdakwah – tahan nafsu, kerana syaitan sangat takut bila kita tahan nafsu. Ia juga dapat membantu kita memperoleh hidayah daripada Allah SWT. Jadi berusahalah kerana tiada putus asa dalam islam. 
Semoga ianya memberi manfaat dan semoga sebati dalam diri kita sebagai orang islam dan khususnya sebagai mahasiswa/i yang memiliki ilmu yang di kurniaankan oleh Allah. Gunakanlah akal dengan pilih dan fikir yang baik untuk teguhkan agama dan diri. Semoga dengan sifat-sifat ini dapat membantu kita semua untuk menjawab peperiksaan akhir dengan tenang dan memperoleh kejayaan bukan sahaja didunia tetapi juga diakhirat, sugguh kehidupan diakhirat itu memang benar dan kekal abadi.  
Akhir kalam, ketahuilah juga sebagai seorang mahasiswa/i slam “ dakwah paling besar kita adalah study”. Saya yakin dengan semangat yang ada pada teman-teman semua  mampu untuk melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan pesanan terakhir untuk diri saya sendiri dan teman-teman belajarlah dengan penuh pengharapan pada Allah dan ingatlah “bila kita jaga urusan kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan menjaga urusan dan mempermudahkan urusan Kita” .
Semoga berjaya, “semoga kita mencapai first class di dunia dan diakhirat”....

“Bila kita doakan kejayaan orang lain, malaikat akan doakan kejayaan kita”- kata-kata hikmah
Yang diamanahkan; “Norsutriana hj babu 3 SHR”

No comments:

aquarium