muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Friday, April 29, 2011

kisah disebalik marah

kisah ini adalah dari sebuah buku yang ana baca, tajuk buku "mencari makna kehidupan". sangat best buku ni sebab banyak berkaitan dengan kehidupan yang ku sendiri alami.

kisah-kisah yang terkandung dalam buku ini bnyak membuka minda untuk ana berfikir, banyak kesilapan rupanya yang telah dilakukan, yang memang begitulah manusia kadang2 merasa apa yang dilakukannya adalah betul dan tepat

ya ana tertarik dengan beberapa kisah daripada buku tersebut, ya tentu sahaja ada kaitan dengan tajuk diatas 'disebalik perasaan marah". begini kisahnya, seorang pemuda bersama dengan ayahnya.. pada suatu petang pemuda tersebut mengalami ganguan emosi dan sering marah, lalu ayahnya mendekatinya dan cuba memberi cadangan kepada anaknya..

"mari anak ku, ayah bawa kamu kesatu tempat untuk kamu lepaskan marah itu'


anak tersebut pun tanpa banyak soal, mengikuti ayahnya ke kandang kuda.

"wahai anak ku, apabila kamu marah kamu ambil paku dan ketuk kepapan ini, hingga kamu berasa puas"
begitulah pesan si ayah kepada anaknya.

pemuda itu pun, melaksanakan apa yang ayah dia cadangkan, oleh itu apabila pemuda tersebut berasa marah lalu dia mengambil paku dan ketuk paku tersebut sekuat mungkin

tiba satu petang, seperti biasa pemuda tersebut berkongsi rasa dan dia memberitahu yang di sudah rasa lega. ayah dia pun memberi cadangan yang lain pula, sebelum tu ayah dia lihat dahulu paku-paku yang dah melekat dekat kandang kuda tersebut.. dan paku-paku itu hampir memenuhi pagar.

'sekarang, sekiranya kamu menahan rasa marah dan memaafkan orang yang telah memarahi kamu, atau kamu cuba maafkan siapa2 yangg cuba memarahi kamu, maka cabutlah paku-paku yang kamu sudah tukul kepapan kandang itu' kata si ayah kepada anaknya.

lalu anaknya pun melakukan apa yang telah disarankan oleh ayahnya tanpa ada rasa ingin mengetahui objektif atau sebab mengapa ayahnya memberi cadangan sedemikian rupa.

sampai satu tahap, kesemua paku yang ditukul dahulu sudah dicabutnya semula kerana merasa sudah memaafkan kesalahan orang lain dan dia memaafkan dan melupakan kesilapan yang pernah dilakukan. lalu pemuda tersebut berjumpa dengan ayahnya untuk mengkhabarkan perihal tersebut.

ayah pemuda itu pun pergi melihat sendiri apa yang dikatakan oleh anaknya, ya memang kesemua paku-paku telah di keluarkan namun ianya telah meninggalkan bekar aiitu lubang-lubang pada kayu-kayu kandang tersebut, dan ayah pemuda itu pun menerangkan kesan marah tersebut..

lebih kurang macam ni ayatnya

"anak ku, bila kamu marah pada seseorang dan melepaskan kemarahan tersebut tidak kira tempat tanpa berfikir secara rasinal, kerana api kemarahan sudah melepasi tahap pemikiranmu.. maka tercetuslah kesan yang sangat besar dan dalam umpama batang tersebut (ayah menunjukan batang-batang yang berlubang-lubang) kesan ini mengambil masa yang panjang untuk kembali pulih atau ianya akan menjadi parut, begitu jualah di ibaratkan bila kita marah pada orang tentu orang itu terkesan dan bukan kesan yang sekejap kerana manusia ini pelbagai ragam, ada yang mudah memaafkan dan ada jua yang susah nak hilangkan kesan tercalar pada hatinya hatta seseorang itu bersahabat berpuluh-puluh tahun. lebih parah lagi jika marah itu diselitkan dengan kata2 kesat. ingatlah tidak semua orang memiliki perasaan yang sama. ingat lagi pepatah mengatakan jika kita buat silap atau terlepas kata pada orang lain ia susah untuk diundur kembali, dan buat silap dengan manusia tidak sama buat silap dengan Allah SWT, Allah maha pemaaf, tapi manusia tidak semua begitu dan ada sahaja yang susah untuk memaafkan.. oleh itu fikirlah dahulu sebelum kamu nak marah.

ana teringat juga kisah dalam saifulislam.com yang dikarang oleh ustaz Hasrizal, kesan marah memberi kesan yang luar biasa kepada siapa-siapa yang berada disekelilling manusia, umapama daripada pengurus yang dimarahi bosnya, lalu kemarahan dilepaskan kepada isterinya, isterinya pula lepaskan marah pada anaknya, anaknya marah pada pembantu rumah dan tak semena-mena pembantu tersepak pula kucing.



apa pun cubalah untuk memaafkan orang lain, dan sungguh kita bukan siapa2 akhir kita akan kembali jua kepada Pencipta Kita Allah SWT..

dan kepada siapa2 yang memiliki character suka marah2, cubalah didik untuk menjadi orang yang sabar.. tiada rugi untuk mencuba.. sungguh anda mampu untuk mengubahnya.. mintalah pada-Nya.,,,

tips untuk tidak marah, cuba tenangkan diri, istighfar banyak2, ambil wuduk..kalau tak le juga dari keadaan berdiri - gi duduk - tak le juga maka baringlah.. dan orang yang hebat dan kuat itu kan orang yang mampu untuk mengawal perasaan marahnya.. so jangan marah-marah2.. marahpun biar ada sebab..



salam mujahadah dan salam muhasabah...

siapa rasa nak komen boleh tulis dalam ruangan komen dibawah..

ya tiap2 orang pasti ada pandangan masing2.. tiada yang salah kerana itu hak anda

Sunday, April 24, 2011

dari blog ke fb dari fb ke blog


By Sutriana Umay · 14 hours ago

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan
wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang
mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada
kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal
orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan
martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan
paras rupa yang indah bak permata yang
menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas
kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita
hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih
untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan
kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan
lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan
dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa
mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan
ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih
berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita
atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih
malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau
akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu
tidak akan terpaut pada wanita hanya
kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa
dan agama.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan
adalah wanita solehah"

Friday, April 22, 2011

jadual exam

final exaam semakin menghampiri....
jadual exam

27/4 : english writing -

4/5 : Fundamentals of research methodology

7/5 : industrial supervisor

9/5 : skill for trainer

11/5 ; program evaluation

"ya Allah berilah kefahaman kepadaku dan tambahkanlah ilmu yang bermanfaat kepadaku ya Allah"

Monday, April 18, 2011

....selamat menduduki peperiksaan Akhir...


Assalamualaikum wbt...
Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah nikmat kurniaan iman dan Islam, dapatlah jua Allah beri kesempatan untuk saya berkongsi ilmu dan menyampaikan apa yang terbuku dalam diri saya. Alhamdulillah pejam celik kita dah di penghujung minggu belajar dan kini masuk minggu untuk mengulang kaji pelajaran.

Namun ada juga yang masih sibuk dengan kelas ganti dan ada juga yang sibuk untuk membuat persiapan pembentangan projek subjek. Tidak lupa juga ada yang tengah sibuk mengumpul  kertas, nota-nota sem lepas. Begitulah senario persekitaran universiti bila tiba peperiksaan akhir. Sebagai seorang pelajar kita memang tidak dapat lari daripada tanggungjawab untuk menjawab peperiksaan akhir kerana inilah salah satu cara pensyarah hendak menguji tahap kefahaman kita.
Ya tidak lupa juga kesibukan pensyarah-pensyarah dan para penyelia bertungkus lumus melayan karenah pelajarnya yang sibuk membuat temu janji untuk mendapatkan tips-tips dan mendengar serta menilai keseluruhan projek dan kertas-kertas ujian untuk di masukkan dalam system pemarkahan carry mark.
Sungguhpun kita dalam kesibukan, sebagai mahasiswa/i muslim jangan sekali meninggalkan tanggungjawab sebagai Hamba Allah, anak kepada ibu bapa dan sebagai ahli masyarakat. Belajarlah bersungguh-sungguh bak kata orang putih “don’t study hard, but more study Smart”. Betulkan niat dengan menjawab persoalan-persoalan berikut, kenapa kita belajar? untuk apa kita belajar? Untuk siapa? Bagaimana nak belajar? Dan semuanya pasti pada akhirnya untuk mencapai keredhaan Allah.
Oleh yang demikian disini saya ingin berkongsi 6 sifat yang perlu kita ikuti dengan hanya perlu istiqamah dalam melaksanakannya untuk kita memperoleh kejayaan seterusnya di berkati dan diredhai Allah, kerana begitu juga dalam memiliki syurga Allah, ketahuilah syurga Allah itu hanya dimiliki oleh orang-orang yang diRedahi Allah SWT dan diberi RAhmat olehNya bukannya dengan banyaknya amalan yang kita lakukan. 6 fifat ini saya peroleh daripada kak Ummu solihin semasa program yang HEWIPMI anjurkan iaitu “diskusi bersama “first class”
Antara sifat-sifat itu adalah:
1.       Taat pada perintah Allah SWT dan amalkan sunnah Rasulullah SAW – kerana hanya Allah SWT yang mempu untuk mengurnian kepada kita sebesar-besar kejayaan. Jaga hubungan dengan Allah serta yakin dengan kalimah “tiada Tuhan selain Allah” sebarkan kejayaan yang kita peroleh semua kerana Allah yang bagi. Orang-orang yang mengamalkan sunah Rasulullah tidak kira perbuatan, akhlah dan pergaulan dialah orang yang berjaya.
2.       Khusyuk dalam solat dan tawaduk dalam melakukan amal kebajikan – kusyuk dalam solat tidak seperti kita berpuasa, jika dengan puasa kita dapat rasa kelaparan itu, namun jika solat yang kita lakukan tanpa kekusyukan ia tidak beri kesan apa-apa pun, jadi cubalah untuk mencapai kusyuk dalam solat. Jika dalam study kita boleh focus dengan tajuk-tajuk yang masuk final kenapa dalam solat kita tidak boleh? Fikir-fikirkan dan renung cubalah insyaAllah kekusyukan itu dapat kita perolehi. Paling penting jaga tahajud kerana ciri-ciri orang yang berjaya disisi Allah SWT tidak meninggalkan solat sunat tahajud. Salah satu fadilat bila tahajud seseorang diterima Allah, pada hari tersebut ia sangat segar dan cerdas berbanding orang-orang yang tidur lebih. Tak percaya cubalah
3.       Sentiasa berzikir dan bersungguh dalam menuntut ilmu – Allah meniggikan kedudukan orang-orang yang menuntut ilmu kerana mencari redhaNya. Begitu juga dengan amalan zikir, kerana zikir itu senjata orang mukmin. Amalkan  Zikir 100 kali setiap pagi dan petang, selawat keatas Nabi SAW junjungan Mulia, dan banyakkan beristighfar. Sikit-sikit tapi selalu, ala bisa tegal biasa.
4.       Banyak muliakan orang-orang Islam – tunaikan hak orang lain, hormat ibu bapa, jaga percakapan, memuliakan pensyarah, suka tolong orang lain, bersangka baik dengan sahabat, buat kebaikan pada orang-orang islam walau dia tiada kedudukan sekalipun, dan pastikan sentiasa jaga kebersihan dan selalu kemas bilik, sebab bila bilik bersih kita akan tenang untuk belajar.
5.       Ikhlas dalam melakukan apa jua amalan – siapa yang ikhlas maka dia akan peroleh ganjaran yang paling besar dari Allah SWT. Surah Muhammad :7 “bila kita bantu agama Allah, Allah akan mantu kita....”. bila ada masalah jangan cerita dengan orang lain, tapi ceritalah dengan Allah. Orang-orang yang ikhlas terpancar cahaya pada wajahnya. Sentiasa perbaiki diri
6.       Mujahadah dan berdakwah – tahan nafsu, kerana syaitan sangat takut bila kita tahan nafsu. Ia juga dapat membantu kita memperoleh hidayah daripada Allah SWT. Jadi berusahalah kerana tiada putus asa dalam islam. 
Semoga ianya memberi manfaat dan semoga sebati dalam diri kita sebagai orang islam dan khususnya sebagai mahasiswa/i yang memiliki ilmu yang di kurniaankan oleh Allah. Gunakanlah akal dengan pilih dan fikir yang baik untuk teguhkan agama dan diri. Semoga dengan sifat-sifat ini dapat membantu kita semua untuk menjawab peperiksaan akhir dengan tenang dan memperoleh kejayaan bukan sahaja didunia tetapi juga diakhirat, sugguh kehidupan diakhirat itu memang benar dan kekal abadi.  
Akhir kalam, ketahuilah juga sebagai seorang mahasiswa/i slam “ dakwah paling besar kita adalah study”. Saya yakin dengan semangat yang ada pada teman-teman semua  mampu untuk melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan pesanan terakhir untuk diri saya sendiri dan teman-teman belajarlah dengan penuh pengharapan pada Allah dan ingatlah “bila kita jaga urusan kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan menjaga urusan dan mempermudahkan urusan Kita” .
Semoga berjaya, “semoga kita mencapai first class di dunia dan diakhirat”....

“Bila kita doakan kejayaan orang lain, malaikat akan doakan kejayaan kita”- kata-kata hikmah
Yang diamanahkan; “Norsutriana hj babu 3 SHR”

Tuesday, April 12, 2011

kunci 'mencintai' 'dicintai'

jalan mencintai Nabi

langkah pertama 


  untuk mencintai Nabi SAW ialah dengan memohon agar dicintai Allah terlebih dahulu. sesungguhnya Allah yang membolak-balikkan hati dan dia-lah yang mengurniakan rasa cinta ke dalam hati. mohonlah dipermudahkan agar kekasih-Nya, rasulullah SAW juga menyintai diri kita sebagai umatnya. barulah dengan itu menjadi mudah untuk kita menyintai kekasih-Nya, nabi Muhammad SAW.

  terdapat banyak hadis daripada Rasulullah SAW berkenaan dengan doa memohon kasih sayang Allah. antaranya, daripada Abdullah bin Yazid al-Khutami Al-Ansari R.A : daripada Rasulullah SAW bahawa baginda berkata di dalam doa baginda: "Ya Allah! berilah aku cinta-Mu dan cinta orang yang cintanya memberikan manfaat kepadaku di sisi-Mu.

Saturday, April 9, 2011

Lirik lagu langkah tercipta UNIC


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Monday, April 4, 2011

sepanjang perjalanan ke Program

Assalamualaikum shbt2 sekalian

diruang ini ana nak kongsi sedikit pengalaman dihujung minggu ana iaitu bermula pada malam 1 april hingga 3 april 2011.

tiket bas jam 12.59pm, ana dan sahabat marsis ana yang lebih simple di panggil fina. bertolak dari rumah jam 11.30pm. sampai dekat sri putri jam 11.50pm. nasib2 ada 10 minit lagi. ana dan fina pun berehatlah sambil2 bercerita.

bila jarum jam kesemua menghala ke angka 12, baru kelibat kam datang, ish2 lambat seminit. bas agak lewat juga tiba di sri putri. dalam jam 3 lebih kami bertiga sampai di TBS.

terus jak menuju ke surau, masyaAllah sejuk sangat2 hingga ketulang rusuk, sampai-sampai terus tunaikan solat malam. sungguh tidak dapat dilupakan, kesejukan yang teramat sangat berada dalam surau, namun apakan daya tiada lagi tempat untuk melepaskan penat. pagi esok 7 am berlolak ke destinasi seterusnya. KL sentral.

semalam KL walau jam 4 pun masih ada lagi pengguna jalan raya yang setia. bagi ana ia tidak begitu asing kerana sememangnya KL digelar sebagai kota metropolitan. masuk jak KL sentral ia tidak banyak berubah, ada sesuatu yang menarik perhatian ana iaitu bila menunggu dayang di salah satu meja pameran pembangunan resort. sungguh terbukti design pada rekaan bangunan tersebut tertera satu simbol 'satu mata'- ibarat dalam filem arrival yang pernah ana tengok iaitu simbol bagi orang-orang yahudi, piramid, 1 mata dll. dalam masa terdekat juga bila diana letak kat FB dia tentang reka bentuk bangunan yang ada unsur2 yahudi.

menurut fina, pada wang kertas 1 ringgit malaysia juga ada simbol tersebut, pada mata agung. cuba semak, terkejut ana mendengarnya, yalah kan baru tahu. namun sayang ana tidak dapat melihat sebab kehabisan wang kertas satu ringgit. kamu cuba tengok nampak tak?

sementara menunggu bas yang dijanjikan datang, ana, fina dan dayang jalan2 di lobi atas KL sentral. rupanya kitaorang silap, bas sudah tunggu di bahagian belakang KL Sentral. perjalanan ke hulu langat mengambil masa hampir 2 jam..tido pun ada
k ty sambung lagi pengalaman dalam program.. sangat2 best S.P.I.E.S..........

Friday, April 1, 2011

andai esok hari terakhir kita "TM HEWI"

Tarikh : 18/3/2011
Masa : 12.00-2.00pm
Tempat : dewan Al-ghazali Pusat Islam
Tajuk: “andai esok hari terakhir kita”
Penceramah : Ummu Solihin
Sesi 1 (12.30-1.10pm)
-          Muqaddimah, majlis meningati Allah SWT, Majlis para malaikat. Melalui tajuk diatas tiada siapa yang tahu saat kematian di bila, dan apa yang ada dekat dunia ini semua sementara.
-          Pengisian: Allah yang Maha Menghidupkan “Al-Muhyi”. Jika manusia dilahirkan melaui perantara mak dan ayah, namun ada juga manusia yang Allah ciptakan tanpa ayah dan ibu iaitu nabi adam a.s, dan ada juga yang dihidupkan tanpa seorang ayah iaitu nabi isa a.s. makhluk Allah yang lain juga ada yang di ciptakan tanpa melaui persenyawaan iaitu unta semasa zaman nabi Salleh a.s iaitu unta tersebut keluar daripada batu, dalam keadaan unta tersebut tengah bunting. Begitu juga dengan kumpulan-kumpalan tanah akhirnya dengan kekuasan Allah kumpulan yang dibuat oleh Nabi Isa a.s menjadi seekor burung.
-          Al-Mumit “Allah yang Maha mematikan”. Kematian boleh berlaku dengan apa cara sekalipun semua atas kehendak Allah SWT. Contoh nabi Zakaria lari daripada tentera dan masuk kedalam pokok, bila tentera gergaji pokok-pokok dan termasuklah tempat persembunyian nabi Zakaria. AllahSWT berkuasa mematikan seseorang dengan sebab, boleh juga mematikan dengan berlawanan dengan sebab, semua atas kuasa Allah dan tanpa sebab pun Allah boleh matikan seseorang. Yakinkan pada diri bila-bila sahaja Allah boleh ambil nyawa kita. Melalui firmanNya “setiap yang bernyawa pasti merasai mati”. Mati itu benar namun tiada siapa yang tahu saat itu, ajal setiap manusia Allah sudah tetapkan.
-          Peredaran alam

syurga
 

Sakaratul maut
 

kubur
 

mahsyar
 

Titian sirat
 

neraka
 





-          Sakaratul Maut : syaitan suka datang dan menyerupai apa-apa dan syaitan2 ini menyeru manusia supaya menyembah iblis. Jadi jika kita tidak jaga iman kita dengan baik kita kan mudah terpengaruh, wayauzubillah.
-          Kubur : siapa yang beriman kuburnya sangat nyaman. Allah perlihatkan satu mahligai padanya. Yang tidak beriman pula Allah nampakkan binatang berbisa seperti ular, kala jengking, untuk menyiksanya..
-          Mahsyar: semua akan dibangkitkan seperti banyaknya anak panah dalam satu bag. Manusia kelihatan seperti  mabuk tapi sebenarnya tidak. Mencari-cari syafaat bermula bertemu dengan nabi Adam, tidak dapat manusia berlari-lari mencari nabi Ibrahim, juga tidak dapat dan Nabi Ibrahim suruh cari nabi musa, manusia pun mencari-cari, setelah jumpa nabi Musa, malangnya tetap tidak mendapat juga syafaat dan menusia diminta mencari nabi Isa, pada akhirnya Nabi isa kata dia tidak layak untuk beri syafaat kerana syafaat itu ada pada rasulullah SAW. Rasulullah sangat mengenal umatnya dengan melihat cahaya yang terpancar di dahi kesan daripada sujud seseorang. Menurut ustazah juga sesiapa yang sentiasa dalam keadaan berwuduk di padang mahsyar nanti dirinya diberi cahaya, dan bagi manusia yang sentiasa dalam hidupnya memuji-menuji Allah dirinya dijahui daripada hisab.
-          Titian sirat: diumpamakan seperti sehelai rambut di belah tujuh sangat halus dan di tepi titian ada besi yang sangat panas, semua akan di hitung mengikut amalan masing2. Ada yang melalui sepantas kilat dan ada yang terkial-kial dan terjatuh.. semoga kita dijahui daripada siksaan itu,, Ampunkanlah kami Ya Allah Ya ghafur.
-          Penempatan terakhir sama ada syurga atau neraka, jika akhir hidup kita disyurga beruntunglah, semua penghuni syurga muda-muda, cantik2, mengeluarkan peluh yang wangi. Namun bagi penghuni neraka pula, hanya dengan asap sahaja dah terasa bahangnya, 70 kali ganda kepanasan api di dunia(cahaya matahari). Makanan iaitu buah zaqum yang boleh menghancurkan seluruh dunia. Yang selamat adalah umat Nabi SAW yang walau sekali dalam hidupnya pernah mengucap ‘lailahaillaullah’.
-          Apa bekalan yang kita nak bawa untuk berjumpa dengan Allah??
a.       Ada yang bawa iman
b.      Amalan2
c.       Dosa. Namun berusahalah untuk tidak membawa dosa ini.kerana tidak terlepas dari siksaan Allah walau ia dosa kecil sekalipun.
Rehat untuk tunaikan solat zohor berjemaah (1.10pm-1.30pm)
sesi 2: Persiapan menghadapi kematian
-          Kena setiap hari bersedia kerana mati itu benda yang pasti, tingkatkan keyakinan pada kalimah “lailahaillaullah Muhammad Rasulullah”. Tiada yang beri kesejukan melainkan Allah, begitu juga dengan kejayaan, kesakitan, kesenangan, kesihatan, melainkan semuanya atas kehendak Allah SWT.  Orang yang beriman hatinya bergetar jika menyebut nama Allah SWT, sentiasalah perbaharui iman, dengan mengucap kalimah syahadah, bercakap-cakap tentang kebesaran Allah dan iman meningkat bila kita sering menyebut kebesaran Allah ‘subhanaullah, Alhamdulillah, Allah huakhbar, walahaulawalakuataillahbillah....kenikmatan bila menyebut kebesaran Allah diri terdorong untuk melakukan kebaikan.
-          Menurut ustazah juga, dipetik daripada hadith “barang siapa yang menghidupkan dan mengamalkan sunah Rasulullah, dari kubur lagi dia dapat kenal Rasulullah” masyaAllah subhanaullah dan juga Memperoleh syafaat di akhirat dan dapat air dari telaga khausar. Dekat syurga pula, hidup berjiran dengan rasulullah. Ganjaran umat di akhir zaman yang mengamalkan sunah Rasulullah, 1 pahala sunat, menyamai 100 mati syahid. Melaui suroh(penampilan), sirah(perjalanan hidup rasulullah, sariroh(fikir, & khuatir rasulullah).
-          Kelebihan berwuduk, basuh tangan 3 kali dapat hapuskan hutang sebelum mati, berkumur2 dapat mengucap lailahaillaullah dan bersugi.
-          Bila berhadapan dengan maksiat, ketiga sunah Rasulullah letak dalam diri, risau fikir maslahat insyaAllah kita ada usaha untuk bertindak.
-          Banyakkan berdoa pada Allah, beri hakikat kalimah. Tambah amalan sunah sikit2 dan berdakwah pada orang lain.  
-          Fadilat khusyuk dalam solat
a.       Mengangkat kesempitan hidup di dunia.
b.      Dalam kubur Allah angkat azab kubur.
c.       Dapat terima buku catatan amal dengan tangan kanan
d.      Melintas titian sirot dengan sepantas kilat
e.      Masuk dalam syurga tanpa hisab.
-          Istiqamah dengan ilmu dan zikir2, dekatkan diri dengan ilmu agama, kerana orang yang tidak dengar hadith 3 kali dalam seminggu/ sehari akan keras hatinya.
-          Antara amalan2 lain boleh dilakukan
a.       Solat diawal waktu.
b.      Baca doa “allahumma ajirni minannar” selepas subuh dan maghrib
c.       Amalkan baca surah Al-ikhlas, Al-Mulk & As-Sajadah(jauh dari azab kubur)
d.      Muliakan orang-orang islam
e.      Setiap zikir, merupakan perbelanjaan untuk membina mahligai di syurga
f.        Suka beri makan pada orang lain.(cegah dari kematian yang buruk)
g.       Jaga lidah, percakapan.
h.      Ikhlas dalam beribadah
i.         Perbanyakkan dakwah (teruskan usaha nabi SAW).. seperti azan, bermula dan berakhir dengan menyebut kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Buat kerja dakwah ini juga adalah untuk diri, jangan sedih jika orang lain tidak ikut. Niat untuk perbaiki diri kerana sesungguhnya Allah tidak melihat pada hasil tetapi pada usaha.
2.30pm :Makan dan bersurai
“segala yang baik datangnya dari Allah SWT” sebar2kan lah

aquarium