ingin sekali ku terbang
meninggalkan bumi yang gersang
namun ku tidak berdaya
kerana aku sedar aku hanya insan biasa
ya Allah
aku ingin menggapai cinta Mu
tapi ku tak tahu harus bermula dari mana
bantulah aku ya Allah
kerana hanya Engkau yang Maha Kuasa
dan hanya cinta MU yang maha Agung..
Ya Allah Ya Rahman
kasih yang KAU curah tiada kurangnya
ku bersyukur dengan nikmat kurniaan-MU
ampunilah dosa hamba jika hamba terleka
bimbinglah hamba kejalan MU..
dalam mencari redha MU..
Ya Allah yang Maha Pengampun
ampunilah dosa ku
ampunilah dosa kedua ibu bapa ku
ampunilah dosa guru2 ku
ampunilah dosa adik-beradik ku
ampunilah dosa sahabat2 ku
ampunilah dosa sekalian para muslim
sesungguhnya hanya kepada MU kami memohon pengampunan
selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
No comments:
Post a Comment