muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Thursday, February 24, 2011

sedapnyerrrrrr

Bahan A
-          2 ketul paha ayam
-          4 sudu makan tepung serba guna
-          1 sudu teh serbuk lada putih
-          1 cawan minyak masak

Bahan B (untuk sos lada hitam)
-          ½ labu bawang besar (dipotong dadu)
-          1 ulas bawang putih dicincang
-          2 sudu makan lada hitam dikisar
-          1 sudu makan sos tomato
-          1 sudu makan kicap
-          1 air rubusan tulang ayam
-          1 suduh teh tepung jagung
-          Garam dan sedikit gula
-          Minyakbagi menumis

Cara membuat
-          Bersihkan dan buang tulang ayam daripada daging paha
-          Perap ayam dengan serbuk lada putih beberapa jam
-          Selutkan ayam dengan tepung serbaguna
-          Panaskan minyak dan gorengkan ayam yang diperap sehingga masak
-          Susunkan semua bahan di dalam pinggan dan siramkan dengan lada hitam.

Cara membuat sos lada hitam
-          Tumis bawang merah dan bawang putih
-          Masukkan air rebusan tulang ayam
-          Apabila sudah pekat masukkan sos tomato , lada hitam, kicap dan bancuhan tepung jagung
-          Kacau sehingga sebati dan masak mengikut kepekatan sos yang dikehendaki . masukkan garam dan gula secukup rasa.
-          Hidangkan dengan chiken chop.  

Thursday, February 10, 2011

awan biru


ingin sekali ku terbang 
meninggalkan bumi yang gersang
namun ku tidak berdaya
kerana aku sedar aku hanya insan biasa

ya Allah
aku ingin menggapai cinta Mu
tapi ku tak tahu harus bermula dari mana
bantulah aku ya Allah
kerana hanya Engkau yang Maha Kuasa 
dan hanya cinta MU yang maha Agung..

Ya Allah Ya Rahman
kasih yang KAU curah tiada kurangnya
ku bersyukur dengan nikmat kurniaan-MU
ampunilah dosa hamba jika hamba terleka
bimbinglah hamba kejalan MU..
dalam mencari redha MU..

Ya Allah yang Maha Pengampun

ampunilah dosa ku
ampunilah dosa kedua ibu bapa ku
ampunilah dosa guru2 ku
ampunilah dosa adik-beradik ku
ampunilah dosa sahabat2 ku
ampunilah dosa sekalian para muslim
sesungguhnya hanya kepada MU kami memohon pengampunan

selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

aquarium