muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Tuesday, December 7, 2010

kelantan is the best

assalamualaikum......

   Pagi ini satu Muharram... alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk ana berkongsi dengan sahabat2 di perkhawinan sahabat ana.. nama teman sameza... ana suka panggil dia kak meza, ana doakan moga dia bahagia hingga ke syurga.. nilah gambar khawin dia 


ha nilah hadiah kami buat kak meza, apa yang di pegang oleh pasangan ini semua ada kisah di sebaliknya... hanya kami-kami je tahu.. hehe.. apa pun semoga ia dapat menjadi kenangan paling berharga.. dan kak meza moga bahagia hingga kesyurga... jadilah isteri soleha ^_^

lepas je gi "big woh" kenduri kak meza kami terus g rumah wafak.. malam tu ada sedikit pengisian dan ucapan daripada semua sahabat2 untuk mengetahui perkembangan mereka..


dalam rumah ni ada tok mek dan mita je.. moga tok mek sihat selalu ^_^, sangat nak ucapkan terima kasih kat keluarga wafak, mereka sangat baik.. hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik keluarga wafak, terima kasih juga atas layanan yang istimewa, ni yang buat ana tertarik sebenarnya dengan warga kelantan, terutamanya shbt2 yang asal dari kelantan, bukan apa tiap kali ana gi rumah dan tido kat rumah shbt pasti dapat layanan seperti "puteri".. sangat best.. syukran shbt2 buat cuti ana kali ini amat bermakna..

ha nak tahu ini lah suasana pagi jumaat kat bandar kota bahru kelantan.. ramai sangat muslimin dan muslimat, tak kira tua atau muda, semua berhimpun semata-mata untuk mendengar kuliah.. masa kami sampai tu ustaz tengah bincang tentang persoalan ibadah.. dari wuduk yang sempurna sehingga solat yang khusyuk.. ayat yang tak boleh lupa "rugilah orang yang lalai dalam solatnya".. walaupun kuliah dalam bahasa kelantan, alhamdulillah masih boleh ana fahami.. ^_^ walaupun tak semua.

ni lah barang2 dagangan, para pedagang zaman cheng ho waktu dulu.. kami kat pameran kat KB ni nasib baik buka lagi, ada kapal layar.. tayangan sejarah zaman cheng ho pun ada.. gambar2 parameswara yang nak cari nama melaka pun ada.. tetiba teringat masa belajar sejarah kat sekolah dulu.. paling menarik kat pameran ni gambar ni... bukti pengislaman raja2 dahulu...
surah al-Baqarah - surah Al-Maidah

lepas gi pameran ni kami pun gi jalan-jalan kat pasar besar KB.. singgah kat RFC sebelum menunaikan solat zohor.. dan tidak lupa untuk mengunjungi Pasar Siti Khadijah.. kelantan sangat berbeza dengan negeri-negeri lain yang terdapat kat Malaysia ni.. kenapa ana kata macam tu, sbb kat kelantan ni wanita lebih banyak berniaga di pasar2 berbanding kaum lelaki, lebih pada perladangan dan nelayan.. kesungguhan kaum wanita untuk terlibat dalam bidang perniagaan ini perlu dijadikan contoh untuk kita yang khas bergelar wanita.. ya yang sememangnya telah kita ketahui, pekerjaan yang menghasilkan keuntungan dan kekayaan adalah dalam bidang "perniagaan".. 95% rezeki datangnya dari berniaga dan berniaga di sini tidak semestinya jual sesuatu.. tapi ada yg lebih besar... dalam surah As-saff.. 


sebelum tu, ni pelik kan, adakah RFC jual nasi bungkus? hehe sebenarnya tu nasi kerabu em memang sedap, kita orang tumpang makan je, last aktiviti adalah ziarah kat aisyah.. semoga kak aisyah tabah menghadapi penyakit yang menimpanya.. dan cepat sembuh.. 


No comments:

aquarium