Bila membicarakan soal cabaran ia datang dalam dua bentuk iaitu positif dan negatif. Sebagai contoh dalam sesuah peperangan, dalam menghadapi cabaran yang datang daripada musuh, cabaran positif adalah berusaha bersungguh-sungguh untuk menumpaskan lawan dan cabaran negetifnya adalah yang datang dari dalam diri, iaitu perasaan lemah, kurang semangat perjuangan, ukhwah dan sebagainya.
Cabaran bagi seorang pelajar yang akan bertempur di medan peperiksaan adalah untuk mendapatkan A+, Maka cabaran positif yang datang adalah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, manakala cabaran negatif adalah perasaan malas yang seringkali mendominasi diri.. Ubat paling mujarab bagi penyakit malas adalah rajin..mudah kan...
Sekarang adalah fasa-fasa imtihan (peperiksaan) bagi sesetengah universiti dan bakal menjelangnya peperiksaan, SPM dan STPM. Masa ini adalah fasa untuk menumpahkan segala yang dihadam sepanjang tempoh proses pembelajaran dan pengajaran~..Ilmu yang diperolehi hanyalah setitik daripada selautan ilmu yang dimilik Allah SWT.
Bagi pelajar yang sudah bersedia sejak awal, maka akan menghadapi fasa-fasa ini dengan penuh ketenangan, kerana hanya perlu mengulang apa yang sudah dipelajari. Bagi sesetengah pelajar yang kurang membuat persediaan sejak awal, keadaan genting dan rungsing akan menguasai. Tapi apa yang perlu diingat dan ditanamkan dalam diri, selagi belum berada di medan, kita perlu terus berjuang..pelbagai perasaan yang datang hanyalah untuk menduga keteguhan hati..maka kepada sang Pencipta lah tempat untuk mengadu segala-galanya. Allah mengajar kita supaya jangan mudah berputus asa..Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

Doa+Usaha+Istiqamah+Tawwakal= Kejayaan~
Iringi setiap denyutan hela nafas kita denga pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Optimis bahawa Allah akan memberikan kejayaan kepada hambaNya yang berusaha, istiqamah dan bertawwakal kepadaNya. Maka ia akan membuahkan kejayaan yang manis. Menuntut Ilmu Allah dengan penuh keikhlasan dan kerendahan hati, kerana ilmu itu ibarat air, hanya akan bertakung di lembah-lembah..bertitik tolak daripada keikhlasan itu, maka ia akan membuahkan praktik amal, serta sebar terhadap ilmu yang diperoleh. Moga-moga kita dijauhkan daripada ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat.
Ingatlah bahawa Allah tidak menilai berapa besar kejayaan yang kita capai, tapi Allah menilai apa usaha kita dan bagaimana Tawwakal kita kepada Ketentuan Allah..
SETIAP FASA-FASA DALAM KEHIDUPAN KITA MESTILAH SENTIASA PERLU ADA PERSEDIAAN..BERSEDIA UNTUK HIDUP SEOLAH-OLAH AKAN HIDUP SERATUS TAHUN LAGI..DAN BERSEDIA UNTUK MATI SEOALAH-OLAH SOLAT YANG BAKAL KITA TUNAIKAN SEBENTAR LAGI ADALAH SOLAT TERAKHIR..
SESUNGGUHNYA ORANG YANG BIJAK ADALAH YANG PALING BANYAK MENGINGGATI MATI
Salam Imtihan Buat Semua~Moga kejayaan mengiringi langkah kita menuju Redha Ilahi..
sumber : sahabatku Kak Irnawati... MARSIS
No comments:
Post a Comment