muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Tuesday, December 29, 2009

secebis ungkapan



em sedihnye rasa malam ni, apa yang nak di lakukan semua tidak menjadi... "apa harus ku buat ya?".. hati kecil ku berbicara, ya memang malam ni rasa agak tidak tenang semua di sebab kan oleh masalah 'notebook' yang tidak di update lagi. "em tak dah laptop susah, ada laptop pun susah"..sekali lagi hati ku merungut. "astaghfirullah" em mengucap-mengucap, "Allah tidak suka orang yang suka merungut" tiba-tiba teringat kata kakak naqibah ku ketika aku masih menuntut diploma dahulu.

sesungguhnya setiap apa yang berlaku sudah tercatat. terimalah ini semua adalah ujian dari Allah. selama ini kita tidak sedar akan nikmat sewaktu senang, kini bila dapat ujian sedikit sudah berasa kecewa.. bagaimana kita dak mendidik hati supaya tabah dengan setiap apa ynag berlaku. em.... tentunya nak mengatasi adalah dengan memohon pertolongan dengan Allah.

sebenarnya laptop ku di serang oleh virus yang sememangnya suka merosakkan item-item dalam komputer mahupun notebook. apakan daya orang yang membuat komputer pasti akan membuat satu virus, semata-mata untuk mengaut keuntungan tanpa berfikir secara rasional terlebih dahulu. ish geram...


semua telah di 'hidden', tu yang membuatkan diriku tidak puas hati.. "em salah diriku juga tidak menjaganya dengan baik". begitulah dialog dalam hati ku yang sering saja bertelaga. apa pun semoga setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. ni baru digunakan untuk belajar, belum lagi dalam bidang career yang aku akan ceburi suatu hari nanti..lagi banyak maklumat yang perlu di jaga serapi yang mungkin..

apa pun nasihat untuk semua sahabat2 ku yang mempunyai laptop or PC jagalah elok-elok, jangan jadi seperti saya.. "sudah terhantuk, baru terngadah"... "sesal dahulu pendapatan, sesal kem,udian tiada gunanya"..

p/s: siapa yang pakar dalam bidang komputer ni harap sangat-sangat dapat kongsi ilmu dengan saya..

Thursday, December 24, 2009

LUAHAN HATI

lebih kurang pukul 10 malam pada 23 disember 2009, hatiku sedikit diketuk oleh kata-kata dari ustazah yang telah memiliki 2 phd.. yakin sekali diriku bahawa aku pernah bertemu dengannya.. tak silat dekat Masjid KLCC.

hatiku di ketuk, rasa terlalu lemah dan sedar akan kesilapan selama ini.. antara perkataan yang tidak dapat ku lupakan adalah "fanakkan Makhluk".. tahukah sahat2 apa itu fanakkan makhluk??? aku pun sebenarnya baru mendengar perkataan tersebut, maknanya rupanya sangat mendalam.. antara yang ku fahami adalah kita sebagai hamba perlu melenyapkan manusia dalam hati, tidak salahkan orang lain, apa yang berlaku semua atas kehendak Allah dan yang paling penting adalah perasaan ihsan itu sendiri "yakinlah setiap apa yang kita lakukan adalah kehendak dari Allah dan Dia lah yang maha melihat..

kadang-kadang ku rasa lemah, tak yakin, sentiasa menyalahkan diri dan orang lain.. tapi kenapa semua perasaan ini timbul??? ku tersedar rupa-rupanya selama ini ku hanya berdusta dalam berdoa..beribadah... ampunkanlah diri ku ini Ya Allah....ya Allah.. YA.. ALLAH.. ku sering lalai, hati ku memiliki titik-titik hitam.. astaghfirullah al-azim...,

dengarkanlah suara hati ku ini....

YA ALLAH...YA RAHMAN.. YA RAHIM..
KU MENGHARAPKAN RASA KASIH DARI MU YA RAHMAN
AKAN KU BUANG SEGALANYA YANG MENETAP DIHATIKU
HADIRKANLAH RASA CINTAKU HANYA KEPADA MU
HADIRKANLAH YA ALLAH..

CINTAMU TERLALU AGUNG
PELBAGAI CABARAN DAN UJIAN PERLU KU LALUI
KAU KUATKAN LAH DIRI KU YA ALLAH YANG MAHA MENGUATKAN..

KU TAHU CINTAMU TIDAK BOLEH DIDUAKAN
KAU BIMBIMLAH AKU UNTUK MENGAPAI CINTAMU..
KU TAK LAYAK DIKASIHI..
SELAGI DIRIKU TIDAK MENGGAPAI CINTA MU YA RAHMAN..
BIMBINGLAH AKU YA ALLAH..
HANYA KEPADA MU KU BERHARAP..

YA ALLAH
KU AKUI SELAMA INI KU BANYAK MELAKUKAN KESILAPAN
SAMA ADA SECARA SEDAR DAN TIDAK SEDAR..
KERANA KU TEWAS DENGAN BISIKAN NAFSU DAN SYAITAN
YANG TIDAK LEKANG DARI TUGAS UNTUK MENYESATKAN MANUSIA..
AMPUNKAN LAH DAKU YA GHAFUR...

YA HADI..YA NUR...
KAU LAH YANG MEMBERI HIDAYAH DAN CAHAYA
KU MOHON AGAR KAU TUNJUKKAN JALAN YANG KAU REDHAI
KAU TERANGI LAH HATI KU YANG PENUH NODA TITIK HITAM INI..
KAU MEMILIKI RAHMAT YANG AGUNG..
KURNIAKANLAH KU PETUNJUK MU YA ALLAH..
JANGAN KAU BIARKAN DIRI KU YANG MENENTUKAN WAULAU DALAM SEKELIP MATA
KAU ATURLAH HIDUPKU INI YA ALLAH
AGAR TERUS BERADA DI JALAN MAGHRIFATULLAH..

YA ALIM..YA RASYID..YA HAKIM
ENGKAU MEMILIKI NAMA-NAMA YANG AGUNG,
KAU MEMILIKI ILMU, KEBIJAKSANAAN, DAN KAULAH YANG MAHA MENGETAHUI
JAHUKANLAH AKU DARI MENJADI HAMBA KEPADA KEPUTUSAN KU
TAPI KU PUHON KEPADA MU YA ALLAH KAU ALIRKANLAH
KEBIJAKSAAN MU DALAM DIRIKU INI
KAU KURNIAKANLAH KU ILMU YANG BERGUNA..
BIARLAH AKAL FIKIRAN KU RASA TAK BERGUNA
TAPI BUKAN PADA AKHLAK DAN SPIRITUAL,
KERANA KU TAHU AKAL ITU SERING MEMBUAT KESILAPAN
MERASA DIRI SENTIASA BENAR
MERASA DIRI PALING HEBAT
MERASA DIRI PERLU DIPUJI
LALAI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN
MAAFKAN LAH DIRI INI YA ALLAH.,
MAAFKANLAH..MAAFKANLAH...MAAFKANLAH

YA WAHAB..
KAU LAH YANG MAHA MEMBERI PERTOLONGAN
BANTULAH AKU YA ALLAH..
UNTUK MENERUSKAN PERJUANGN KEKASIHMU, RASULULLAH S.A.W
KAU HADIRKANLAH "AL-KUAH & AMANAH"
DALAM DIRIKU YANG LEMAH INI..
AGAR MENJADI HAMBA DAN KHALIFAH YANG KAU REDHAI
HANYA KEPADAMU KU MOHON PERTOLONGAN..
HANYA KEPADAMU KU MOHON BIMBINGAN
HANYA KEPADAMU KU MOHON KEKUATAN
HANYA KEPADAMU KU MOHON KEREDHAN..
KERANA MATI ITU PASTI..
MOGA KU MENJADI AHLI SYURGA FIRDAUSI....... AMIN..SEMOGA KAU PERKENANKAN YA ALLAH

Monday, December 21, 2009

kisah tiga orang sahabat

di sebuah kampung terdapat tiga orang sahabat hidup dalam keadaan yang miskin. seorang mengalami penyakit kulit yang digelar sebagai sopak. seorang lagi buta iaitu tiada deria penglihatan, dan seorang lagi botak. ketiga-tiga mereka tidak pernah mengeluh tentang nasib mereka, malah mereka saling bantu-membantu di antara satu sama lain.

pada suatu hari, mereka didatangi oleh malaikat yang menyerupai manusia. malaikat tersebut berjumpa dengan si sopak. malaikat pun bertanya kepada si sopak, "apa yang kamu paling idamkan dalam kehidupan kamu di dunia ini?" jawab si sopak pula "aku inginkan kulit yang cantik seperti orang lain". maka Allah memakbulkan permintaan si sopak. kini si sopak memiliki kulit yang cantik. malaikat itu bertanya lagi, "apa yang kau inginkan untuk kau meneruskan hidup?" lantas si sopak pun menjawab "aku ingin menternak unta", maka Allah pun memberi si sopak unta yang tengah sarat bunting.

malaikat tersebut pun meruskan perjalanannya, malaikat bertemu dengan si botak pula. malaikat bertanya kepada si botak dengan persoalan yang sama di ajukan kepada si sopak tadi. maka jawapan si botak, dia menginginkan rambut yang lebat dan rapi. maka Allah pun memakbulkan permintaannya. si botak juga memohon untuk menternak lembu.

manakala, si buta pula, memohon untuk diberi nikmat melihat, kini si buta sudah boleh merasai deria penglihatannya dengan baik, dan hanya memohon untuk menternak kambing.

setelah ke tiga-tiga sahabat tadi telah memiliki apa yang di inginkan, kehidupan mereka terus berubah iaitu, semakin meningkat dan bahagia.

5 tahun kemudian, malaikat ingin menguji ketiga-tiga sahabat tersebut. malaikat pun bertemu dengan si sopak. malaikat pun menyamar seperti keadaan si sopak yang dulu. malaikat ingin memohon sumbangan daripada si sopak tetapi si sopak telah berubah menjadi orang yang sombong dan kikir, si sopak tidak mahu memberi sedikit hartanya di atas jalan Allah SWT. maka malaikat pun mengembalikan si sopak kepada keadaan seperti mula-mula malaikat menemuinya.

begitu juga halnya kisah si botak, segala harta yang dimilikinya Allah telah ambil kembali. kerana memiliki sikap yang tamak akan harta yang difikirkan miliknya. berlainan kisahnya iaitu sahabat mereka yang buta, merasa ringan untuk menyumbangkan sepenuh hartanya kepada jalan ALLAH SWT. namun malaikat tersebut telah memberi keseluruhan harta itu untuk digunakan oleh si buta tadi, kerana sikap ikhlas yang dimiliki oleh si buta tadi. dan malaikat tersebut memberitahu si buta bahawa kedua orang sahabatnya telah jatuh miskin kembali....

-kisah ini sebenarnya kupasan daripada hadith Riwayat Muslim-

nota- jadilah hamba yang bersyukur, ingatlah didunia ini tidak ada kita punya, kita hanya mengusahakan sahaja...kerana semuanya adalah milik Allah SWT, Dia lah yang MAha KEKAL.."subahanaullah" segala puji-pujian hanya milik Allah SWT..

Tuesday, December 15, 2009

memori sebulan

setelah sebulan pulang ke rumah kini kembali ke medan menuntut ilmu. sepanjang cuti berlangsung terlalu lama rasanya diri ini tidak mengemaskini blog. hari ni permulaan coretan jari-jari yang tersusun, begitu indah ciptaan Allah..



bersyukur kehadirat Illahi, kerana masih memberikan nikmat iman dan Islam kepadaku yang tidak lepas dari membuat kesilapan. namun ku Tahu Ya Allah sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.



bermula bulan lepas iaitu november, telah di takdirkan diriku berada dalam program yang bukan diriku menjadi perancang, tetapi telah di pertanggungjawabkan menjadi AJK (Bahagian dapur). biasalahkan persepsi setengah individu bahawa wanita akhirnya kedapur jua. biarlah apa orang nak kata, yg pasti ku tertarik dengan pandangan seorang sahabatku 'atlist' kedapur pun kita tetap ada PHD.

yalah menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap individu.. kata pujangga, "ilmu itu pelita hidup". tiada ilmu gelaplah hidup, banyak Ayat-ayat yang terdapat dalam kitab begitu mengambil berat soal menuntut ilmu. tapi menjadi masalah bila menuntut ilmu sekadar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, tetapi matlamat hidup sebagai umat Islam yang sentiasa melafazkan ikrar 5 waktu sehari semalam..."segala ibadah, hidup @ mati hanya untuk Allah SWT" hanya sekadar kata2, nauzubillah, astaghfirullah..



seorang pensyarah telah berkongsi tentang pengalaman beliau melihat dan mengkaji best student in IPTA dan institusi2 yang berjaya.. beliau mendapati orang yang berjaya adalah menyerahkan seluruh hidupnya kepada Pencipta (Allah SWT) iaitu dengan mengamalkan solat2 sunat seperti solat sunat malam (tahajud), dhuha, dalam rutin sehariannya kerana yakin dengan janji Allah "siapa yang melakukan solat sunat dhuha Allah akan permudahkan segala urusannya pada hari tersebut". dapat dibuktikan pada diri sendiri alhamdulillah semua adalah berkat izin dari Allah SWT semata-mata.


sampai sini dulu coretan dariku yang lemah, semoga kita bertemu kembali.. ingatlah "MATI ITU PASTI, tapi HIDUP INSYAALLAH".. semoga sahabat-sahabat terus istiqamah dalam medan perjuangan untuk menegakkan Islam kembali.


"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah."~Saidina Abu Bakar As-Siddiq~
“Ini adalah kehormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya, bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) tempat kembali yang terbaik, (iaitu) syurga ‘Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka, di dalamnya mereka bersandar (di atas dipan-dipan) sambil meminta buah-buahan yang banyak dan minuman di syurga itu.” (Shaad : 49-51)





“Malam Pertama di Syurga” karangan Adil Akhyar merupakan gambaran kehidupan insan-insan yang berjaya di sisi Allah sehingga mereka layak bergelar ahli jannah. ‘Malam pertama’ di syurga hanyalah sebuah perumpamaan betapa indahnya syurga, sehingga lebih indah daripada malam-malam pertama pengantin baru.

Di bahagian awal buku ini, pembaca dihidangkan dengan segala kenikmatan syurga yang digambarkan berdasarkan Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. Penulis berhasil menguatkan lagi angan-angan dan azam pembaca untuk meraih jannah yang menjadi impian setiap manusia dan merupakan tempat pengakhiran yang terbaik.

“Mereka berehat di dalam syurga dengan bertelekan di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya.” (Al-Insan: 13)

Dalam memastikan ‘hari pertama’ kita di akhirat nanti adalah yang terbaik, maka pastinya memerlukan persiapan untuk menuju ke arah itu. Dunia merupakan ladang akhirat. Apa yang ditanam, itulah nanti yang dipetik. Jika ingin menuai hasil yang baik di akhirat nanti, maka, tanamlah benih yang baik di dunia ini, yakni kerjakan perintah Allah, jauhi larangan-Nya dan lakukanlah amal soleh. Jika ingkar, maka buruklah pengakhirannya, iaitu neraka. Orang-orang yang beruntung adalah orang-orang yang meletakkan dunia pada tangannya, bukan pada hatinya serta yang sentiasa mengingati mati, pemutus segala kelazatan dunia. Mereka rindu untuk bertemu Tuhannya, tidak sabar-sabar menanti saat bersemuka dengan Penciptanya.

Tidak kira lelaki mahupun wanita, anda layak mengecap indahnya nikmat syurga seandainya telah memenuhi kriteria-kriteria ahli jannah yang turut dimuatkan di dalam buku ini. Kita selalu mendengar tentang bidadari-bidadari yang cantik rupawan, bermata jeli, bersuara merdu yang disediakan buat lelaki-lelaki ahli syurga. Buat wanita-wanita ahli syurga, mereka memiliki ganjaran tersendiri yang telah Allah tetapkan buat mereka. Namun, tiada yang dapat menyangkal bahawa ganjaran terhebat yang diberikan kepada ahli jannah adalah dapat melihat Zat Allah yang Maha Esa.

Penulis buku ini bukan sekadar memberi gambaran indahnya syurga semata-mata, tetapi turut memberi tips serta panduan untuk menuju ke sana. Di samping itu, pembaca akan terkesan dengan peringatan-peringat an yang ditegaskan di dalam buku ini, baik berbentuk ancaman mahupun janji-janji manis. Apa yang boleh saya katakan, buku ini sebenarnya menyegarkan semula ingatan tentang hakikat syurga dan neraka kerana apa yang diperkatakan adalah daripada apa yang telah terkandung dalam Al-Quran dan hadis dengan sedikit kupasan yang dikaitkan dengan realiti hari ini.

Anas r.a. pernah berkata, “Mahukah kalian aku beritahu tentang dua hari dan dua malam yang belum penah diketahui dan didengar oleh manusia (yang masih hidup)? Hari yang pertama adalah hari di mana datang kepadamu pembawa berita dari Allah, baik dengan membawa keredhaan-Nya ataupun murka-Nya (hari kewafatan), dan kedua iaitu hari di mana kalian dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal, dengan tangan kiri atau dengan tangan kanan. Sedangkan dua malam, adalah malam pertama kali di dalam kubur dan malam di mana pagi harinya dilenyapkan tatkala terjadinya Hari Kiamat.”

“Malam Pertama di Syurga” menjadi motivasi buat insan-insan yang mencari kebahagiaan hakiki.

Monday, October 19, 2009

NASIHAT BUAT DIRIKU



Allah tidak menjadikan manusia cerdik dan bodoh. Sebaliknya Allah menjadikan manusia dengan kecerdikan yang berbagai-bagai. Bergantung kepada manusia dari sudut mana melihat kecerdikan tersebut”. Sedutan daripada kuliah Ustaz Hasrizal masih lagi saya ingat dan seringkali terngiang-ngiang di cuping telinga bilamana mengenangkan kejadian manusia dan tingkah laku mereka.

Buat diriku..,

Kita adalah insan yang lahir dari rahim suci seorang ibu. Kita lahir dalam keadaan ‘zero’, dan tiada apa-apa kelebihan dari sudut ilmu dan lain-lain pada diri kita melainkan dibekalkan pancaindera, akal, nafsu dan jiwa.

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”
(An-Nahl:78)

Kepada diriku, pandanglah manusia dengan pandangan kasih kerana kita semua adalah sama. Tidak ada insan yang cerdik sejak lahir, ataupun yang bisa mengerti erti kehidupan saat membuka mata melihat dunia. Jika itu keadaannya, jauh sekalilah perkataan bodoh untuk manusia yang suci hatinya. Maka kepadaku, ku katakan bahawa kita tidak pernah bodoh, tetapi kadang-kadang kebodohan akan melewati kita saat kita tidak bersungguh-sungguh megejar kecerdikan.

Buat diriku..,

Ku katakan pada diri, bahawa melantik nafsu sebagai pemandu, ianya akan menjadikan kebodohan sebagai salah satu hala tuju. Mungkin bukan bodoh dalam pelajaran. Mungkin juga bukan dalam tindakan. Tetapi ianya akan jelas dalam pemikiran. Kebiasaannya akan disusuli dengan tindakan dan perkataan.

Kuncinya..,
Jinakkanlah nafsu supaya dirimu jauh dari titik kebodohan. Kebodohan yang akan membawa banyak masalah dan perspesi yang akan muncul juga bertindak sebagai barah. Hati-hatilah memandu arah. Aku mohon padaMu ya Allah.

bingkai kehidupan

Thursday, September 3, 2009

Lailatul Qadar tanda manusia dikasihi Allah

SALAH satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan.

Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar.

Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.

Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud: ?Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah. - (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah (SAW) bersabda maksudnya: ?Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau. - (Hadis riwayat Muslim )

Keistimewaan Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira. Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah. Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah dalam helaian al-Quran.



Antaranya firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar". Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar. - (Surah al-Qadr, ayat 1-5).




Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad.

Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada seribu bulan.

Ulama bersepakat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada Ramadan.

Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27." - (Hadis riwayat Ahmad)

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir.

Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan.

Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan.

Akan tetapi fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, perilaku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya.

Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.

Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah (SAW) ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.

Ia juga membawa perubahan kepada detik dan perjalanan hidup umat manusia sejagat.

Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.

Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu.

Usia baginda dan umatnya adalah pendek.

Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad SAW. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 80 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad saw yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun saja.

Kerana keutamaan inilah, Rasulullah (SAW) amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.

Dalam hal ini, memadailah Rasulullah (SAW) sebagai model yang menampilkan teladan terpuji untuk diikuti oleh umat Islam seluruhnya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf dan membangunkan keluarganya agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari.

Rasulullah (SAW) juga tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat dalam masjid seperti solat Tahajud, solat Witir, solat Tarawih, berzikir kepada Allah serta membaca dan tadarus al-Quran.

Baginda juga sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara doa yang sering baginda baca ialah doa bermaksud: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan kebajikan akhirat saja, malah untuk memantapkan lagi langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa.

Tambahan pula, setiap manusia pada dasarnya tidak akan terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah.



dipetik Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, berita harian..

moga kita bertemu lailatu qadr

Tuesday, September 1, 2009

puisi ramadhan

Assalamulaikum saya ucapkan,
selamat sejahtera handai dan rakan,
sebuah syair saya sajikan...
bersama-sama kita menungkan...

kita bersyair di bulan ramadhan,
dimana bulan al-quran diturunkan,
perang badar kubra mendapat kemenangan,
di pilih ibadah tadarus al-quran...

di malam lebih baik 1000 bulan,
doa makbul bulan keampunan,
bulan penuh keberakatan,
rezeki dan pahala dinaungi ramadhan...

niatkan puasa sebulan ramadhan,
bertadarus bersama bukan sendirian,
amalkan qiyamulail dipertengah bulan,
solat jemaah eratkan perpaduan...

makanan pedas tidak digalakan,
elakkan juga berbelanja berlebihan,
baiki hubungan sesama jiran,
perbanyakkan sedekah penuh keimanan...

berazam beramal kuatkan kesabaran,
dipertiga malam bacalah yassin,
surah al ikhlas, alzalazah, kursi dan al qafirun,
penuh khusuk jangan di lupakan....

tahajjud, taubat, tasbih dan al quran,
hajat, istikharah, dilupakan jangan
baca al quran 17 ramadhan
di situ bermulanya nuzul al quran....

ya ilahi tuhan ku ya rahman,
teguhkan agama ku di dalam iman,
semoga berkahnya di bulan ramadhan,
membuka hati kami penuh kesedaran...

tamatlah sudah syair ramadhan,
untuk renungan sedara islam sekelian,
semoga iktibar petunjuk kita perolehkan,
islam sejetera zaman-berzaman....

akhir sekali ingatlah teman,
hidup di dunia tiada berkekalan
salah dan silap mohon di maafkan,
walaikumusalam saya ucapkan....

hasil nurkilan dari al_ikhwan

Wednesday, August 26, 2009

JAMAAH YANG MUNAZZAMAH (TERATUR)

Jamaah yang membuat keputusan terhadap sebarang amal jamaie itu mestilah berada dalam satu tanzim yang kemas, teratur dan berencana serta berstrategi, unsur ini merupakan suatu yang asasi dan dharuri bagi mana-mana jamaah yang mempunyai matlamat tertentu. Tanpa tanzim, jamaah tidak akan berjaya dalam gerak kerjanya.
Terdapat beberapa aspek yang perlu wujud dalam jamaah munazzamah:
a) Baiah
Iaitu janji taat setia ahli jamaah kepada pimpinan untuk taat dan hidup di atas landasan yang ditentukan oleh jamaah dalam memperjuangkan Islam. Baiah hendaklah diberikan dengan kefahamn yang jelas tentang setiap aspek jamaah dengan keyakinan yang tinggi dan disusuli dengan iltizam kepada jamaah.
b) Imarah
Kepimpinan merupakan cirri asas dalam jamaah Islam. Adanya baiah beerti adanya kepimpinan. Dalam konteks sebuah jamaah, kepimpinan mestilah dipilih oleh jamaah dan ia mampu, cekap dalam melaksanakan tugas serta amanah dalam mentadbir menurut lunas-lunas Islam.
c) Ta’at
Bai’ah adalah untuk memastikan ketaatan kepada jamaah. Pendokong dan ahli jamaah wajib mentaati pemimpin terutamanya dalam melakukan amal jamaie.
d) Musyawarah
Pemimpin bertanggungjawab menjalankan syura kerana ia adalah tuntutan syara’ bagi menjamin perkembangan jamaah berjalan dengan baik.

MUWASHOFAT AHLI HARAKAH ISLAMIAH

ada 20 kriteria yang harus dimiliki ahli harakah Islamiah , yang disarikan dari Al Qur’an dan hadits, iaitu :
1. Aqidahnya bersih سليم العقيدة (saliimul ‘aqiidah)
2. Akhlaknya mulia متين الخلق (Matiinul khuluqi)
3. Ibadahnya sahih صحيح العبادة (Shohiihul I’baadah)
4. Tubuhnya sihat dan kuat قوي الجسم (Qowiyyul jismi)
5. Fikirannya intelek مثاقف الفكره (Mutsaqqoful fikri)
6. Jiwanya bersungguh-sungguh مجاحدة النفس (Mujaahadatun nafsi)
7. Mampu berusaha mencari nafkah قاديرعلئ الكسب (Qaadiirun ‘alal kasbi)
8. Efisien dalam memanfaatkan waktu حريث على الوقت (Hariisun ‘alal waqti)
9. Bermanafaat kepada orang lain نافع لغيره (Naafi’un lighoirihi)
10. Selalu menghindari perkara yang samar-samar بعيد عن الشفهات (Ba’iidun ‘anisy syubuhat)
11. Sentiasa menjaga dan memelihara lisan حفظ اليسن (Hifdzul lisaan)
12. Selalu istiqamah dalam kebenaran استقمة في الحق (istiqoomatun filhaqqi)
13. Sentiasa menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan غض البشيروحفض الحرمات (Gaddhul bashor wahifdul hurumat)
14. Lemah lembut dan suka memaafkan لطيف وحب العفوى (Latiifun wahubbul ‘afwi)
15. Benar, jujur dan tegas الحق والامانة والشجاعه (Al Haq, Al-amanah-wasyja’ah)
16. Selalu yakin dalam tindakan متقينون فى العمل (Mutayaqqinun fil’amal)
17. Rendah hati توضؤ (Tawadhu’)
18. Berfikiran positif dan membangun الفكروالبناء (Al-fikru wal-bina’)
19. Sentiasa siap tolong menolong متناشرون لغيره (Mutanaashirun lighoirihi)
20. Bersikap keras terhadap orang-orang kafir الشداء على الكفار (Asysyidda’u ‘alal kuffar)

Monday, August 17, 2009

jangan merajuk lagi wahai da'ie

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja
perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan
kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam
kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah
sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri
setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit
jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar
berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai
Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah
mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara,
mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat
seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa
hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia.
Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan
hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya
pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang
Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari
Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-
Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di
setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu
untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait
Kalamullah.. .

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan
mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...


"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali...

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri,
jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-
gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah
dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi
Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga
terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari
Tuhan.

Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah
kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi,
hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah
apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa
kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan
risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu
mengambil jalan kepada Tuhannya"
(Al-Furqan:56- 57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak
bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat
Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya
aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa' :87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari
sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya
taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari
kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup
bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan
kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih
mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan
dalam kehidupan seharian.. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat
mengakui kesalahan.

Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas
kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah
mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi
keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa
mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan
ini adalah kejayaan...

Thursday, August 13, 2009

akhir zaman



marilah kita sama-sama untuk mengurangkan masalah keruntuhan akhlak umat akhir zaman. semoga Allah SWT mengampun dosa kita kerana mampu untuk melihat sahaja. dalam satu hadith yang lebih kurang maksudnya, "jika kamu melihat maksiat hendaklah cegah dengan kuasa (tangan), jika kamu tidak mampu hendaklah cegahnya dengan perkataan atau lisan dan sekiranya tidak mampu bencilah ia dengan hati.."doakan lah moga mereka yang terjebak ke lembah hina itu Allah buka hati mereka untuk rasa insaf".. Allah SWT itu memiliki nama2 dan sifat yang agung, salah satu sifat adalah 'Maha Pengampun' moga-moga Allah tidah menurunkan bala kepada kita. kerana ana pernah dengan satu ceramah Allah akan menurunkan bala kepada umatnya yang tiada lagi perasaan malu untuk lakukan maksiat, nauzubillah... astaghfirullah...

Friday, August 7, 2009

Konferens Gejala Sosial

04 OGOS 2009 : Satu Konferens Gejala Sosial bakal diadakan oleh PMIUTM bagi membincangkan permasalahan sosial yang berlaku di sekitar UTM. Ini adalah salah satu usaha pihak jawatankuasa pusat bagi memastikan kempen ini berjaya. Konferens tersebut bakal dihadiri oleh para Pensyarah, pihak pentadbiran HEP, pihak keselamatan UTM dan pimpinan-pimpinan Mahasiswa UTM serta terbuka kepada semua warga kampus.

Pelbagai desakan dan kritikan serta tentangan yang telah diterima oleh Pihak Jawatankuasa pusat dalam pelaksanaan kempen ini. Oleh itu, pihak kami telah mengaturkan satu program khusus bagi sama-sama kita membincangkan permasalahan yang semakin serius ini. Lontaran pandangan daripada semua amat kami harapkan.

Di akhir konferens ini juga, Satu resolusi bersama hep, mahasiswa, pusat Islam, pihak keselamatan dan umumnya warga kampus akan dibuat bagi mengatasi gejala sosial di UTM untuk diserahkan kepada pihak pentadbiran untuk dilaksanakan.

Lujnah R&D PMIUTM di bawah pantauan Saudara Ghazali selaku pengerusi lujnah R&D PMIUTM juga sedang membuat kajian berkenaan akhlak mahasiswa Islam dengan membuat kaji selidik terhadap hampir 1000 orang respondan secara rawak dikalangan mahasiwa UTM . Kajian ini diharapkan dapat mengukuhkan hujah pihak jawatankuasa bertindak pusat untuk menjadikan UTM sebagai Zon Larangan Bonceng. Sekian. MyLPM.

sumber: http://utmsayno2bon ceng.blogspot. com

Monday, August 3, 2009

hanya hasrat

HANYA HASRAT

Ilmu hanya sebiji bacang, selebar upih,
hendak memberi tidak berupaya,
kerana terlalu miskin, lalu ke air tiada berbekas,
ku ambil air yang lima.

Ku isikan dalam raga, melimpah ke seluruh alam,
tersimpul ilmu dan amal di tapak tujuh tiang.
lenyap dalam wujudMu dengan kunci
dua kalimah.

Adat dagang kembali ke negeri,
adat bergayung bersambut, adat kata bersahut,
jika hutang dibayar yang dipinjam dipulangkan,
dariNya kita datang kepadaNya sekelian kembali
atas syariat Rasulullah.
InsyaAllah.

Renungkanlah....

Thursday, July 23, 2009

TAZKIRAH

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

v Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

v Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.


v Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.


v Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.


v Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.



Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

Ø Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

Ø Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

Ø Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

Ø Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

Ø Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

Ø Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

Ø Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Friday, July 17, 2009



"kalau mereka sibuk mencari cinta dunia, biar kita sibuk mencari ilmu dan cinta Akhirat"

Thursday, February 19, 2009

mutiara kata untuk para Da'e


"tiap-tiap da'e hendaklah insaf bahawa pengisian hati hendaklah diutamakan dari segala-galanya.. kalau jasad dan akalnya diberi habuan dan ubatan untuk berfungsi maka demikian juga hati. dengan hati ia boleh memandang da'e mukmin rabbani sebenar. kalau da'e tidak abid dan tidak bersifat rabbani, maka tidak adalah ertinya sama sekali, walau bagaimana tinggi ilmu dan pencapaian ilmiahnya, kerana ilmu dan pengetahuan dibangunkan atas dasar taqwa kepada Allah S.W.T

"Think of Islam"

ceria sokmo..

salam mujahidah,

syukur kepada Allah, ana dapat juga untuk create blog ni.. syukran kepada sahabat ana tidak lokek untuk berkongsi ilmu blog ni.. apa2 pun sahabat2 jangan tension2 tau kena ceria sokmo.. ops tercakap dilek terengganu plak... em nak kongsi kat sahabat2 em petua awet muda ni senyum selalu tapi biar kena pada tempatnya, pesanan ana jangan senyum-senyum kambing nanti kambing marah tau.. senyumlah biar ikhlas bak kata borneo senyum sebut "3"... cuba2 nah betulkan rasa ceria dan still rasa diri ni muda je... kalau tak percaya cuba lihat senyuman sahabat2 depan cermin... ha tafsirlah sendiri.. em nampaknya masa tak izinkan ana duduk lama2 dalam psz ni... k la ya teruskan perjuangan untuk mencapai "mardatillah"...

(",) think of Islam (",)

aquarium