muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Monday, December 5, 2011

pejuang

hasil nurkilan dalam Majalah Synergy....


duhai pejuang.. 
dirimu sanggup lakukan pelbagai pengorbanan,.
lantang menegakkan kalimat kebenaran..
lincah menepis hasutan kebatilan..
cukup indah apa yang dirimu lakukan.



       sedikit ulasan daripada cebisan sajak, puisi yang ingin disampaikan oleh penulis iaitu saudara fakhrullah, apa yang ana faham ana tertarik adalah sajak ini merupakan nasihat buat pejuang2 yang ingin menegakkan kebenaran, ya memang benar tanpa pengorbanan tiada makna dalam perjuangan, walaupun ia pahit.. namun hasil dr perjuangan membawa impak yang besar kepada perubahan, walaupun dalam masa yang lama, namun kesabaran amat penting. tiada istilah rehat dalam memperjuangkan kebenaran. 

      Kejayaan tetap Allah beri kepada pejuang-pejuang agama Allah, cuma lambat atau cepat sahaja... wahai saudara pejuang diluar sana jangan berasa lelah, jangan pernah berasa lemah.. teruskan lah perjuangan semoga andalah yang dipilih Allah dan diperteguhkan kedudukan kalian seperti yang Allah janjikan dalam surah As-saff dan Surah Muhammad. 


(QS. Muhammad:7)
Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukannya



Saturday, December 3, 2011

dilema wanita hari ini


Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki. 
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

lawatan ku di MSTS Johor


assalamualaikum wbt... kepada semua sahabat2 ku.. kali ini ana nak kongsi lawatan ana ke MSTS atas tugasan subjek 'pengurusan latihan' di bawah kelolaan pensyarah ana iaitu Dr. Shah Rollah. Kami diterima oleh MSTS untuk menemuramah mereka bagi tujuan lawatan untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan pengurusan sebagai pusat latiha. tanpa kami duga rupanya syarikat MSTS terapung diatas air. 


kami sangat teruja, bila melihat pejabat MSTS berada diapungan air laut, MSTS terletak sebenarnya dibelakang pelabuhan Johor (Johor Port). tempat ni sangat best, sangat tenang..


ini lah Mr. Eddie(bukan nama sebenar - ana lupa da nama dia) iaitu sebagai pengurus besar MSTS di Malaysia, Menurut beliau lawatan kami adalah lawatan pertama daripada student Malaysia, Mr Eddie sangat peramah dan pandai melayan tetamu. sangat terbuka dan memberi maklmat dengan bersungguh2, sampaikan dia sendiri yang ambil kertas yang patutnya kami tanya. last2 Mr Eddie yang jawab satu2 tanpa soalan direct dari kami. memahami betullah..  


ha, yang duk kat tengah2 tu lah salah seorang jurulatih MSTS, beliaulah yang menemani kami disepanjang lawatan tersebut, 

aquarium