assalamualaikum wbt... kepada semua sahabat2 ku.. kali ini ana nak kongsi lawatan ana ke MSTS atas tugasan subjek 'pengurusan latihan' di bawah kelolaan pensyarah ana iaitu Dr. Shah Rollah. Kami diterima oleh MSTS untuk menemuramah mereka bagi tujuan lawatan untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan pengurusan sebagai pusat latiha. tanpa kami duga rupanya syarikat MSTS terapung diatas air.
kami sangat teruja, bila melihat pejabat MSTS berada diapungan air laut, MSTS terletak sebenarnya dibelakang pelabuhan Johor (Johor Port). tempat ni sangat best, sangat tenang..
ini lah Mr. Eddie(bukan nama sebenar - ana lupa da nama dia) iaitu sebagai pengurus besar MSTS di Malaysia, Menurut beliau lawatan kami adalah lawatan pertama daripada student Malaysia, Mr Eddie sangat peramah dan pandai melayan tetamu. sangat terbuka dan memberi maklmat dengan bersungguh2, sampaikan dia sendiri yang ambil kertas yang patutnya kami tanya. last2 Mr Eddie yang jawab satu2 tanpa soalan direct dari kami. memahami betullah..
ha, yang duk kat tengah2 tu lah salah seorang jurulatih MSTS, beliaulah yang menemani kami disepanjang lawatan tersebut,
ni adalah fail senarai aktiviti2 perancangan latihan MSTS, paling mudah nak cakap kat sini "list of training" tercatat sekali PICnya..
Mr Eddie menerangkan board yang beliau tengah tunjuk tu, kat board tu tercatat nama pekerjanya, aktiviti dalam setahun, yang mana dah cover, dan belum dilaksanakan.. supaya menjadi rujukan kepada Mr eddie dan pekerja2nya.
selepas je aktiviti temubual bersama Mr. Eddie, kami pun bergambar... ha, nilah wajah2 ahli kumpulan ana.. mereka semua baik2...
kami pun menjelajah lah tiap2 ruang kat MSTS tu, ha gambar kat atas ni, adalah salah satu latihan untuk teknik penerjunan yang betul kedalam air. ada 2 orang je wanita.. selebihnya kaum lelaki..
ni pula kapal2 kecil yang digunakan untuk latihan praktikal yang menjalani latihan dekat MSTS...
baju2 keselamatan yang disusun dengan kemas, dalam store yang sangat comel..
dari pejabat, kami sambung pula lawatan ke tempat latihan "fire".. pemadaman api, sesuai untuk kakitangan yang bekerja di tempat yang keberangkalian ada pembakan. walaupun kami hanya melawat, tetapi kami juga diminta untuk memakai topi bila berada dikawasan ni.. memang best la tempat ni, kat depan gambar ni ada satu tempat latihan bagi pekerja2 yang terlibat dengan pembinaan bangunan, panjat tinggi2 tu..
ha, kan2 masa ni macam kawat jualah latihan memadam api ni, "fire ,,fire,,fire.."
No comments:
Post a Comment