alhamdulillah, cepat kan masa berlalu.......... top2 masuk 5 puasa dah.. tahniah buat yang tiada ponteng lagi yang tak pecah lagi.. teruskanlah puasa ya, semoga beroleh kerahmatan kan fasa pertama ramadhan adalah 'rahmat dari Allah SWT'.. jadi banyak2lah berdoa semoga kita semua memperoleh rahmatnya... kan ada ssatu ayat yang menyebut 'seseorang tidak masuk syurga dengan amal ibadah yang banyak, tetapi atas rahmat dan redha Illahi'.. tak bermakna kena tinggalkan ibadah teruskan sebab ibadah kita lah yang tentukan kita masuk syurga yang mana klu kita suka puasa insyaAllah, ganjarannya syurga Ar-Rayyan..
apa pun selamat menjalani ibadah puasa, untuk adik2 yang masih bersekolah jujur lah pada diri sendiri, klu nak sorok2 buka puasa tu, ingatlah memang tiada orang yang lihat tapi ALLAH itu Maha Melihat... jadi hati2.. bukan apa teringat pula kisah seseorang ni, masa dia sekolah dulu dia memang dah tak tahan sebab haus sangat-sangat, pastu dia pun minum air paip senyap2... nah sekarang ni dia nasihati pula anaknya, untuk jaga puasa elok2 sampai dia pesan kat anak dia 'abg jangan tipu ya, jgn minum air paip sbb air tu banyak ulat2 yang tidak dapat dilihat'.. harapnya budak tu dapat penuhkan puasanya dengan sempurna dalam bulan ramadhn ni walaupun usianya baru 8 tahun.
macam2 ragam kita lihat pada bulan ramadhan ni.. ada yang puasa pada siang hari tapi malam tidak tunaikan solat terawih, sedangkan solat tarawih tu hanya ada pada bulan ramadhan je, erm tak rasa rugi ke?? semoga mereka2 yang suka tinggalkan terawih ni diberi hidayah dan sedar akan peri bertuahnya bila dapat berjemaah terawih. tak banyak pun, klu tak larat 20 kan ada 8 rakaat... nak sikit lagi terpulanglah dengan kemampuan masing-masing... berjual belilah dengan Allah dengan sempurna..Allah beri pinjamkan kita tubuh badan yang sihat ni so gunakanlah sebaik mungkin...
ya awal-awal ramadhan ni masjid2 kebanyakkan penuh alhamdulillah semoga ia berterusan sampai bila... sangat2 bahagia saat melihat jemaah pada waktu subuh membanjiri masjid al-munawwarah kg tangjung batu keramat, alhamdulillah semoga ia istiqamah.. tahniah dan trima kasih buat pemuda2 kg yang istiqamah mengejutkan sahur pagi2.. best juga duk kampung ni meriah sangat2... lupa pula nak catit juga lirik2 sahur mereka.. apa pun trimalah pantun ramadhan ini...
bulan ramadhan bulan mulia
kerahmatan Allah di awal fasa
banyakkan ibadah tambah pahala
buat bekalan diakhirat sana
p/s kepada yang mengenali diri ini... mohon sejuta kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki....
-wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung- Surah Al-Maidah :35.. "mati itu pasti, hidup Insya'Allah" -Think of Islam-
muhasabah
"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)
....doa istikharah.....
"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."
Profile
Friday, August 5, 2011
Sunday, July 10, 2011
doa......kredit buat kalam ajaib
Yaa Rabbi...
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
...diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian...
Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Utsman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal,
setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Ameen ya Allah...

Sunday, July 3, 2011
isra' mi'raj
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi dengan limpahan nikmat kurniaan iman dan Islam dapat kita bertemu kembali... lama sudat ana tidak update blog ana.. gatal jari jemari ini ingin menekan key board laptop..
Ya seperti yang tertera tajuk di atas, ana ingin kongsi sedikit pengisian berkenaan hari istimewa orang-orang Islam, salah satunya adalah isra' mi'raj (rasulullah diperjalankan dari masjidil Haram ke Masjidil Aqsa-kiblat pertama Umat Islam dan seterusnya ke langit ke Tujuh. baru-baru ini kita semua telah ditemukan oleh Allah iaitu isra' mi'raj pada 29 Jun 2011. Walaupun agak lewat untuk ana berkongsi namun diharap ia dapat jua dikongsikan ambil yang baik jadikan tauladan.
1 jun 2011, masjid Al-Munauwaroh Kg, Tanjung batu Keramat laut (Tawau) telah mengadakan satu majlis ceramah sempenan peringatan kepada isra' mi'raj. ceramah disampaikan oleh ustaz Ahmad Abdul Malik, sangat cantik namanya, mulia akhlaknya dan tagap orangnya.. antara ceramah yang disampaikan. ya isra' apa yang dimaksudkan dengan isra'? menurut ustaz secara ringkasnya ia adalah perjalanan, sama seperti umat islam yang berjalan menuju ke masjid, bermula langkah dari rumah hingga tiba dimasjid itulah yang dipanggil isra'. mi'raj pula, apabila seseorang sampai di Masjid lalu mengadap kiblat dan mengangkat takbir itulah mi'raj orang muslim. harap kalian dapat tangkap maksudnya.
terdapat dua hikmah peristiwa isra' mi'raj Raasulullah SAW. walaupun dalam bulan rejab berlaku dua peristiwa menyedihkan Rasulullah SAW, iaitu kematian isteri yang dicintainya Syaidatina Khadijah dan bapa saudara Baginda Abu Talib. Kedua tokoh tersebut adalah orang yang banyak membantu Baginda dalam tugas menyebarkan dakwah Islamiyah. namun Allah telah hadiahkan kepada baginda dalam bulan tersebut satu peristiwa yang sungguh luar biasa, berlaku selepas Rasulullah menunaikan solat malam. menurut Ustaz Ahmad sebelum turunnya perintah untuk solat 5 waktu, Rasulullah dan para pengikutnya hanya menunaikan solat dua waktu iaitu sekali pada waktu siang dan sekali pada waktu malam.
hikmah Perjalanan Rasulullah yang pertama, apabila dicuci hatinya oleh malaikat Jibril A.S dan Rasulullah menjadi Imam solat malam dan makmumnya para nabi dan Rasul terdahulu di dalam masjidil Aqsa. masjid Aqsa sangat diberkahi Allah kerana Ramai para nabi dan Rasul dilantik di palestin. selepas mengerjakan Solat menurut Ustaz Ahmad, satu kesepakatan telah dilakukan dalam masjid Aqsa iaitu pada hari kiamat nanti Rasulullah SAW adalah yang pertama akan dibangkitkan.
hikmah kedua dalam perjalanan Rasulullah SAW, Rasululllah menghadap Allah SWT, dua hadiah yang diberikan oleh Allah kepada Rasulullah, yang pertama Rasulullah SAW dilantik menjadi kekasih Allah SWT dan perintah 50 waktu solat sehari semalam. semasa Rasullah turun dari menghadap Allah baginda bertemu dengan Nabi Musa AS. Nabi Musa meminta Rasulullah bertemu kembali Allah untuk mengurangkan 5 waktu kerana khuatir umat Nabi Muhammad tidak termampu untuk melaksanakannya. 9 kali Rasulullah bertemu untuk memohon supaya perintah solat dikurangkan.. dan akhirnya 5 waktu sehari semalam.
akhir kalam, jagalah solat kerana solat itulah banyak fadilatnya......
ty sambung lagi..salah silap harap diperbaiki

Subscribe to:
Posts (Atom)