muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Saturday, December 3, 2011

lawatan ku di MSTS Johor


assalamualaikum wbt... kepada semua sahabat2 ku.. kali ini ana nak kongsi lawatan ana ke MSTS atas tugasan subjek 'pengurusan latihan' di bawah kelolaan pensyarah ana iaitu Dr. Shah Rollah. Kami diterima oleh MSTS untuk menemuramah mereka bagi tujuan lawatan untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan pengurusan sebagai pusat latiha. tanpa kami duga rupanya syarikat MSTS terapung diatas air. 


kami sangat teruja, bila melihat pejabat MSTS berada diapungan air laut, MSTS terletak sebenarnya dibelakang pelabuhan Johor (Johor Port). tempat ni sangat best, sangat tenang..


ini lah Mr. Eddie(bukan nama sebenar - ana lupa da nama dia) iaitu sebagai pengurus besar MSTS di Malaysia, Menurut beliau lawatan kami adalah lawatan pertama daripada student Malaysia, Mr Eddie sangat peramah dan pandai melayan tetamu. sangat terbuka dan memberi maklmat dengan bersungguh2, sampaikan dia sendiri yang ambil kertas yang patutnya kami tanya. last2 Mr Eddie yang jawab satu2 tanpa soalan direct dari kami. memahami betullah..  


ha, yang duk kat tengah2 tu lah salah seorang jurulatih MSTS, beliaulah yang menemani kami disepanjang lawatan tersebut, 

"Jadilah Seperti Mereka"

bismillahirrohmanirrohim,,,,,

"dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

kata-kata yang menyentuh relung hati ku..

kali ini saya ingin berkongsi kata-kata yang pernah saya temui di mana-mana  buku siri motivasi buat muslimah.. seperti biasa hobi saya bukan hanya update blog tapi bila tak dapat online saya suka baca buku lebih-lebih lagi siri motivasi, ya kos saya ambil sekarang pun melibatkan 'human'.. mengenali manusia.. kecenderungan manusia so jadilah saya sekarang yang menjadi pencinta buku.. InsyaAllah demi masa depan.


kata-kata yang buat air matuku mengalir.. kerana merindukan individu ini.. "semoga Allah memberi rahmat kepada mereka"

'jadilah sesabar Asiah isteri kepada firaun, jadilah sesetia Saidina Khadijah isteri Rasulullah dan sepintar saidina Aishah dan setabah Fatimah Zahra puteri Rasulullah SAW"

begitu tokoh-tokoh ini banyak berjasa dalam menegakkan islam, walaupun bergelar muslimah namun dengan kekuatan dan ketabahan dalam diri mereka mampu untuk menggoncangkan dunia...

mari kita mengikuti kisah mereka dengan merenung sejarah kegemilangan Islam masa dahulu.. jadikan ia sebagai pemula..


ya ala bisa tegal biasa..

coretan dari http://www.facebook.com/groups/gamis.fb/

Pesan Dan Nasihat 'UTSMAN BIN 'AFFAN

         

Dia adalah 'Uthman bin 'Affan bin Abu al-'Ash bin Umayyah bin 'Abd Syams bin 'Abd Manaf al-Qurasyi al-Umawi.'Uthman mempunyai gelaran sebagai berikut:

Dzun-Nurain(pemilik dua cahaya)
Orang yang dua kali hijrah.
Juru tulis wahyu
Mengorbankan harta di jalan Allah tanpa batas.
Membantu angkatan perang pada masa sulit yang sedang memuncak.
Membeli bahan Rumah untuk disumbangkan kepada umat Islam.
Memperluas bangunan Ka'bah
Menyatukan umat Islam dengan Kitabullah.
Penyabar dan tulus.
Orang yang diberi kabar gembira dengan syurga.
Orang terhormat yang gugur sebagai syahid.

aquarium