alhamdulillah dengan limpahan nikmat iman dan islam, saya dapat lagi melakar satu aktiviti hujung minggu saya dalam blog ini....
cerita bermula disini.. pada 14 oktober 2011 iaitu pada waktu malam yang hening saya telah menerima sebuah keluarga angkat..dan keluarga angkat tersebut bukan calang-calang orangnya itu..ketua kampung Kg. Chokro simpang renggam.. saya dan seoranga adik yang hanya digelar 'otai'.. mendapat keluarga angkat yang sama... yang teringat mam dirumah rindunya tidak terkira. selepas berkenalan dengan keluarga angkat ku yang senang lebih mesra untuk aku gelar 'abah' dan 'mami'.
Dalam keluarga sebenar ayah ku, digelar bukan seperti keluarga lain yang memanggil ayah mereka dengan panggilan 'ayah', 'abah', 'daddy', 'bapa' dan seumpamanya.. ya satu naluri baru yang timbul bila aku mendapat keluarga angkat dan memanggilnya dengan panggilan 'abah'.. baru kurasa aura nya disitu dengan panggilan 'abah' itu mudah untuk ku berkomunikasi dengannya tanpa rasa bimbang dan ragu. namun aku amat rindu pada keluarga kandungku ayah yang ku panggil dengan panggilan 'aji'.. telah melekat sekian lama dan amat keluh bila ingin ku ubah.. dan ku harap dengan adanya keluarga angkat ini aku dapat membahagikan kasih sayang sebenar sebagai seorang anak kepada kedua buah keluarga ini.
walaupun daku berkenal hanya dalam tempoh yang singkat 3 hari 2 malam, namun perasaan berkeluarga seperti sudah lama wujud.. mungkin inilah hikmahnya bila kita menjaga hak sesama muslim iaitu terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan, bantu membantu, saling hormat menghormati...... bukannya menjadi gunting dalam lipatan..pentingkan diri sendiri.. ia tidak membantu untuk meningkatkan sifat ketamadunan dalam sesebuah masyarakat.. sifat mengambil berat dapat menyuburkan nilai ukhuwah yang lebih mantop jika didasarkan dengan syariat Allah SWT.
-wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung- Surah Al-Maidah :35.. "mati itu pasti, hidup Insya'Allah" -Think of Islam-
muhasabah
"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)
....doa istikharah.....
"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."
Profile
Tuesday, October 18, 2011
Tuesday, October 11, 2011
Kepentingan Tarbiyyah Ruhiyyah dalam Perjuangan Islam
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, Allah permudahkan untuk ana mengisi ruangan entry ana walaupun isinya daripada rakan blogger boleh rujuk link ini http://kembarawardah.blogspot.com/2010/11/kepentingan-tarbiyyah-dalam-perjuangan.html
Firman Allah s.w.t.
“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang-orang yang beriman”
(Surah At-Taubah:112)Maksud tarbiyyah itu sendiri ialah suatu nizom yang mampu bertindak balas bersama fitrah insan, yang dikemukakan secara lansung (perkataan) atau tidak langsung (qudwah) yang bertujuan mengubah manusia kearah yang lebih baik, menepati manhaj dan wasilah-wasilah yang tertentu. Dalam terbiyyah terselit beberapa cabang antaranya, tarbiyyah jasadiyyah, fikriyyah dan juga tarbiyah ruhiyyah. Yang menjadi tunjang utama dalam kita mempersiapkan diri sebagai da`ie adalah dengan menjaga tarbiyyah ruhiyyah tanpa mengabaikan yang lain. Mengapa ana berfikiran sedemikian, adalah kerana tanpa pemeliharaan tarbiyyah ruhiyyah iaitu dari segi pembentukan pengisian dalaman, yakinlah bahawa gerak kerja yang dilakukan adalah bersifat dasar, atau berlandaskan semangat semata-mata. Ibaratnya, seperti tin kosong, boleh menghasilkan bunyi yang kuat, tapi tidak berisi. Kita bergerak kerja dengan penuh sungguh-sungguh menggunakan jasad tetapi, ruh kita kosong, tidak diberi ‘makan’ yang setimpal dengan jasad yang bergerak. Secara tidak langsung, perkara ini boleh menjadi barah dalam bergerak kerja.
Dengan menjaga tarbiyyah ruhiyyah, kita dapat mempersiapkan diri dalam memikul tugas dalam menyampaikan dakwah serta menjadi benteng kepada diri dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Oleh yang demikian, terdapat beberapa ciri-ciri keimanan yang perlu dijaga dengan rapi, supaya tarbiyyah ruhiyyah dapat dipelihara.
1. Al-Ta’ibun (orang-orang yang sentiasa bertaubat)
- Para da`ie seharusnya lebih berhati-hati terhadap maksiat yang berada disekelilingnya. Dosa-dosa yang dilakukan oleh diri mereka lebih wajar ditakuti daripada musuh mereka sendiri. Sekiranya berlaku yang tergolong dalam amal maksiat, mereka hendaklah bersegera memohon ampun dan bertaubat kepada Allah sebagaimana firman Allah:
Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa
(Ali-Imran:133)2. Al-`Abidun (orang-rang yang beribadat)
- Manusia-manusia abid ialah mereka yang beribadat kepada Allah dalam setiap gerak geri dan tindak tanduk, begitu juga perkataan dan perbuatan mereka supaya dengan itu mereka dapat memenuhi tujuan utama hidupnya sebagaimana firman Allah:
Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.
(Al-Zariyat:56)Apabila Allah menjadi matlamt kita, sasaran ibadat kita, arah dan matlamat hidup kita, maka kita akan berpegang teguh dengan segala perintahNya dalam segenap urusan hidup. Firman Allah swt:
Katakanlah: sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam
(Al-An`am:162)3. Al-Hamidun (orang-orang bersyukur)
- Al-Hamidun ialah golongan manusia yang hatinya sangat peka terhadap nikmat Allah kepada mereka. Lidah-lidah mereka menyatakan kesyukuran dan puji terhadapNya sedangkan anggota tubuh badan pula mengajukan pengorbanan bagi mencari keredhaan Allah. Para da`ie seharusnya memuji dan mensyukuri Allah dalam masa senang dan susah, kesempitan dan kemewahan sehingga mereka tergolong dalam manusia yang dinyatakan oleh Baginda saw:
Amat menabjubkan keadaan hidup orang mukmin dimana seluruh urusannya membuat kebaikan bagi dirinya. Sekiranya mendapat kegembiraan ia bersyukur, maka ia dapat kebajikan dengannya. Sekiranya ia ditimpa kesusahan dari ujian ia bersabar, maka ia dapat kebaikan darinya. Keadaan ini tidak ada dalam kehidupan manusia kecuali bagi orang mukmin sahaja.
4. Al-Sa`ihun (pengembara dijalan Allah)
- Pengembara disini ialah pengembaraan penglibatan, pemikiran, hati dan perasan dengan melihat makhluk ciptaan Allah dilangit dan dibumi. Pengembaraan para da`ie adalah pengembaraan menjelajah diri dan segala sesuatu yang disekelilingnya. Alangkah perlunya para da`ie kepada pengembaraan meneroka alam semesta yang luas sebagai pencetus ketaatan kepada Allah, meneliti sirah-sirah para salihin dan tokoh-tokoh besar yang menjadi pembakar semangat dan teladan dalam meneruskan perjuangan serta pertarungan antara haq dan batil dimana kehancuran yang yang dihadapi para taghut dalam berhadapan dengan benteng Islam. Pasti insaf bahawa negara yang diasaskan atas kebatilan usianya tidak panjang sedangkan kuasa yang dibina atas dasar kebenaran kekal hingga akhirat. Semua ini, boleh menjadi `ibrah kepada kita dalam mentaati Allah swt.
5. Al-Raki`un dan Al-Sajidun (orang-orang yang rukuk dan sujud)
- Golongan ini adalah mereka yang mengambil berat soal ibadah dalam memperbaiki dan mengukuhkan hubungan dengan Allah. Para da`ie perlu mempunyai hubungan denganAllah sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul dan cabaran-cabran yang merintangi perjalanan. Kemenangan golongan Al-Salaf Al-Salih serta kembangnya dakwah yang dibawa oleh mereka adalah hasil kekuatan hubungan mereka dengan Allah dan hasil teguhnya pegangan mereka terhadap agama Allah. Allah menjelaskan amalan mereka dalam firmannya:
Mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam dan diakhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah
(al-Zariyyat:17-18)6. Al-Amiru Bil-Ma’ruf Wa Nahuna Anil-Munkar (orang yang menyeru kepada makruf dam mencegah kepada kemungkaran)
- Seseorang Muslim tidak akan menjadi Muslim yang sebenarnya selama ia tidak melaksanakan tugas ini dalam lingkungan dirinya, keluarganya dan masyarakat. Rasulullah saw telah menyebut dalam satu hadis bahawa diantara salah satu sebab yang besar binasa dan runtuhnya sesuatu umat ialah apabila tanggungjawab amar ma’ruf dan nahi mungkar tidak dilaksanakan. Para da`ie juga harus sedar bahawa di antara syarat penting menjalankan tugasan ini ialah perlunya mereka menjadi qudwah tentang dakwah yang diseru kepada orang ramai. Sekiranya amalnya berbeza dari kata-katanya, maka sia-sialah amalan dan hilanglah ganjaran untuknya. Firman Allah swt:
Amat besar kebencian Allah apabila kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan
(Al-Saf:3)7. Wal Hafizuna Lihududillah (orang yang memelihara hukum-hukum Allah)
- Golongan terakhir ini adalah mereka yang berjuang untuk melaksanakan perintah-perintah Allah terhadap diri dan masyarakat. Sekiranya perintah-perintah Allah tidak mungkin dilaksanakan dalam bentuk yang sempurna tanpa kekuasaan dan pemerintahan Islam maka usaha dan perjuangan menegakkan hukum-hukum Allah menjadi satu perkara yang wajib.
Dengan izin Allah, moga dengan pengisian ini, dalam meng`update’ dan meng`upgrade’ diri kita sebagai pejuang Allah dijalanNya. Wallahu`alam...
*Buku rujukan: Bahtera Penyelamat (Fathi Yakan)
Friday, October 7, 2011
ADAB BANGUN TIDUR
1. menyapu tangan ke muka (hadis Nabi saw yang bermaksud: "Rasulullah bangun tidur, kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya."(Riwayat Muslim)
2. berdoa : (Huzaifah meriwayatkan: "dan setiap kali bangun tidur, baginda berdoa: 'segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami dan kepada-Nyalah (kami) dibangkitkan. "(riwayat al-tarmizi)
3. bersugi (membersihkan gigi) : dalam sebuah hadith (yang bermaksud) ada menyebut : "apabila Rasulullah s.a.w bangun daripada tidur, baginda akan membersihkan mulutnya dengan bersugi." (muttafaq 'alaih)
4. membasuh kedua-dua tangan sebanyak 3 kali : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur."(mutaffaq 'alaih)
5. beristinthar (menghembus air selepas menyedut ke hidung) : Rasulullah S A W bersabda yang bermaksud : "apabila seorang antara kalian bangun tidur, maka berwuduklah dan kemudian beristintharlah sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya." (riwayat al-Bukhari)
sumber: majalah solusi isu no.36 bm/s73
Subscribe to:
Posts (Atom)




