1. menyapu tangan ke muka (hadis Nabi saw yang bermaksud: "Rasulullah bangun tidur, kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya."(Riwayat Muslim)
2. berdoa : (Huzaifah meriwayatkan: "dan setiap kali bangun tidur, baginda berdoa: 'segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami dan kepada-Nyalah (kami) dibangkitkan. "(riwayat al-tarmizi)
3. bersugi (membersihkan gigi) : dalam sebuah hadith (yang bermaksud) ada menyebut : "apabila Rasulullah s.a.w bangun daripada tidur, baginda akan membersihkan mulutnya dengan bersugi." (muttafaq 'alaih)
4. membasuh kedua-dua tangan sebanyak 3 kali : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur."(mutaffaq 'alaih)
5. beristinthar (menghembus air selepas menyedut ke hidung) : Rasulullah S A W bersabda yang bermaksud : "apabila seorang antara kalian bangun tidur, maka berwuduklah dan kemudian beristintharlah sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya." (riwayat al-Bukhari)
sumber: majalah solusi isu no.36 bm/s73
1 comment:
Terima kasih atas info. Sangat membantu. Semoga hari kita lebih bersemangat apabila mengerjakan sunnah Rasulullah s.a.w ketika bangun tidur :)
Post a Comment