TAWAU : Perjalanan ku sebagai seorang sukarelawan ke sebatik yang di RINDUI adalah untuk melawat sekaligus membantu menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada warga anak anak di sana.
Perjalanan kami pada 21 April 2019 bersamaan hari ahad seramai tujuh orang termasuk dua kanak kanak perempuan. Ketua perjalanan kali ini oleh Seorang Ustaz yang terkenal dengan ceramah Motivasinya Ustaz Roslan Bin Ramli dan Isteri, Ustazah Normah Binti Kitta
Tempat berkumpul semestinya di Jeti Tawau yang terletak bersebelahan dengan Pasar Ikan Tawau. masa yang di janjikan 7:00 pagi, namun begitulah janji melayu jam 8:00 pagi juga baru semua bertemu.
Jika di ikutkan wakil untuk Nusaibah dan Amerah Kalabakan, ramai juga tapi hanya tiga orang saja yang akhirnya terpilih untuk bersama misi kali ini termasuklah saya sendiri. Aku yang di tugaskan pada mulanya sebagai wartawan berubah menjadi seorang jurukamera. Manakala dua orang lagi sahabat ku di lantik sebagai juruacara dan juga Ahli Jawatan Kuasa (AJK) pendaftaran.
Perasaan syukur tidak dapat ku gambarkan kerana semenjak beberapa hari dengan taklifan sebagai Wartawan oleh penganjur Ketua NGO Sakinah Kalabakan, Kak Umie Suziana membuat tidur ku tak lena. Jawatan itu sangat asing bagi ku, kerana aku sebenarnya lebih suka menjadi pemerhati atau ahli yang menyibuk.
Tugasan sebagai jurukemera tidaklah terlalu berat kerana memang salah satu kegemaran ku SUWAFOTO atau selfie. Tanyalah siapa saja mengenali ku pasti mereka tahu hobiku bila memegang "HandPhone", pasti ada saja gambar dan terus di 'Update' di Laman sesawang
Kembali ke Misi Kami iaitu menyampaikan sumbangan beg sekolah, "I LOVE SCHOOL" dengan tajaan AEROTREE dan IQRA TRAINING CONSULTANT di Pulau Sebatik sangat mengujakan. Misi ini sudah di rancangan lebih awal kerana 117 orang telah di senaraikan untuk menerima sumbangan ini di seluruh Tawau, sabah.
Kami menaiki Perahu kecil ke Kampung Bergosong, Sebatik. Aku duduk di bahagian belakang perahu kerana aku tahu berat badan ku yang agak comel ini perlu berada di belakang bagi memudahkan perjalanan kami. Lebih kurang satu jam juga kami menunggu penumpang lain untuk memenuhi ruang perahu kecil tersebut.
Lebih kurang 30 Minit masa perjalanan kami ke Pulau sebatik. Di Sepanjang perjalanan jari jemariku tidak duduk diam asyik mengambil gambar pemandangan di atas Lautan yang sangat menguja perasaan ku ketika itu. sahabat ku pun sama turut menggambarkan keterjuaan dengan mengambil gambar di setiap posisi.
TIba di Jeti Kampung Bergosong, kami di minta menunggu kenderaan yang akan membawa kami ke kampung WallaceBay yang di fahamkan sejam perjalanan juga untuk sampai ke sana. Sambil menunggu kami menjamu selera dengan kuih yang sempat di beli masa di bandar tawau, Kuih Karipap dan Kuih Kochi ala onde onde.
Dua buah kereta 'Double Cap' menjemput kami di jeti, aku memilih untuk duduk di bahagian tengah kereta walaupun membuat rasa nak duduk di bahagian barket kereta, namun cuaca yang agak terik pagi itu membuat aku dan sahabatku mengubah fikiran. kami duduk di bahagian tengah dengan merasai penghawa dingin kereta.
kami tidak terus ke Kampung WallaceBay tetapi, perjalanan kami singgah sebentar di Masjid kampung Bergosong untuk mengambil beberapa peserta program. Sudah pasti merekalah yang akan memenuhi ruangan barket kereta di bahagian belakang. Aku rasa kecewa kerana tidak dapat mengambil gambar-gambar mereka kerana diriku saja tersepit antara sahabatku.
Sepanjang perjalanan mata ku asyik melilau ke luar tingkap kerana pemandangan pokok pokok dan dalan raya yang singpang siur bagaikan ular menarik perhatian ku. Pembangunan perumahan juga semakin bertambah dengan pelbagai bentuk dan dimensi rumah yang di bina. Namun ku rasa jika pulau ini di teroka oleh pihak berwajib pasti lebih banyak boleh membuahkan hasil pada Negeri.
Jalan raya yang banyak lopak lopak membuatkan masa perjalanan kami semakin bertambah. Semoga sahaja Menteri yang di tugaskan menjaga prasaranan Pulau ini menambah lagi insfratuktur yang baik kepada rakyatnya. Saya mendengar perbualan penduduk di sana, mereka mempunyai dua buat markas POLIS tetapi Pusat Kesihatan tiada. Sedangkan dalam pembinaan sebuah kampung Sepatutnya Pusat Kesihatan tidak lari peri pentingnya mesti ada.
Pulau sebatik ini yang uniknya ianya sebuah pulau yang di kongsi antara negara Malaysia dan Indonesia. Rakyat malaysia yang ada di pulau ini tetap mendapat taraf kerakyatan dan juga turut di Banci Oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Semoga mereka juga mendapat hak dari segi sumbangan dan pembangunan oleh kerajaan Malaysia.
Majoriti apa yang kami lihat sepanjang perjalanan yang melewati beberapa kampung, dari kampung bergosong, kampung Sg, tongkang, Mentadak Baru dan Wallacebay penduduknya mendapat bekalan air dari tadahan hujan dan sumber pendapatan daripada hasil tanaman. Juga menarik perhatian kasihan ku, hanya sebuah sahaja Sekolah Menengah di Pulau ini. Sedangkan demografi setiap kampung amat luas. Mungkin Jabatan Pendidikan daerah Tawau boleh membuat candangan untuk menambah lagi pusat pendidikan khusus untuk anak-anak remaja di Pulau ini.
Jam menunjukan pukul 10:45 pagi, kami pun tiba selamat di Masjid At Taqwa kampung WallaceBay. Program kami ini di mulakan dengan aktiviti pendaftaran, Kemudian di sajikan dengan Bacaan Doa oleh Imam masjid En. Husaini. Program kami di serikan lagi dengan Ceramah oleh Ustaz Roslan Bin Ramli juga merupakan Pemilik Iqra Training Consultant, yang membawa tajuk ceramah "Keluarga Bahagia".
Apa yang dapat ku simpulkan daripada ceramah Ustaz Roslan adalah berkenaan kisah seorang pemuda dengan Bag tangan. Kisah ini sangat mencuit hati ku dan juga penduduk kampung yang turut sama hadir di program tersebut. Seorang pemuda ini memiliki sifat kejujuran dan amanah yang tinggi. Dalam cerita tersebut pemuda ini pada akhirnya di kahwinkan dengan seorang puteri cantik yang merupakan anak kepada pemilik bag tangan yang di jumpa oleh seorang pemuda semasa beliau menunaikan umrah di Makkah. Nak tahu lebih lanjut kisah ini rajinlah menghadirkan diri di ceramah ceramah Ustaz Roslan.
Tidak lupa juga Ustaz Roslan, pesanan ustaz kepada anak-anak yang menerima sumbangan agar mementingkan dan belajar ilmu agama serta menjadi anak yang soleh dan solehah. Seterusnya, Program di sambung dengan pemberian bag sekolah kepada kanak-kanak. Seramai 35 orang mendapat sumbangan dan mereka sangat gembira dan teruja walaupun hanya menerima sebuah bag sahaja.
Program kami bersambung dengan penyampaian Cenderahati kepada Imam dan Wakil Masjid At Taqwa kampung Wallacebay. Sebelum berakhir para peserta dan penduduk di sajikan dengan makanan tengah hari iaitu Nasi Ayam. Sebelum acara makan-makan program di ceriakan dengan aktiviti bergambar.
Seusai majlis, Azan Waktu Zohor pun berkumandang, Tidak ramai muslimat yang turut berjemaah positif sahaja mungkin ramai yang tidak boleh Solat. Apapun harapan saya moga kelas KAFA terus di jalankan di pulau tersebut dan memberi pendedahan tentang kepentingan solat dan menuntut ilmu agama seperti kelas Fardhu Ain, Kelas Mengaji Al Quran dan Pengajian Kitab.
Usai solat Zohor kami singgah sebentar di salah sebuah PASTI yang terdapat di Kampung WallaceBay. Masih tidak ramai murid tapi kesedaran daripada keluarga di sana untuk menghantar anak mereka ke sekolah jenis agama sudah mulai tumbuh. harapan saya dan sahabat semoga PASTI terus membangun di sana.
Seperti biasa perjalanan kami ke Jeti dari kampung Wallacebay mengambil masa sejam. Tiba di Jeti perasaan gusar ku timbul kerana air tengah surut. Tiada perahu yang boleh bergerak. Lalu ku teringat cerita sahabat ku sewaktu duduk sembang di PASTI, bahawa ada satu tempat yang di panggil Jeti Pelambung Biru. Pemandu kami En. Irwan juga merupakan salah seorang penduduk Pulau, membawa kami ke Jeti Tersebut.
Kegusaran ku terus hilang sekelip mata apabila melihat keindahan ciptaan Allah di jeti tersebut. Kebiruan warna laut,, kehijauan warna pokok bakau dan kebesaran Tongkang yang tersadai di Jeti tersebut mencuri penglihatan dan perasaan ku. Kami berjalan di atas pelampung biru untuk ke perahu sangat mengujakan kerana ia merupakan pengalaman pertama dalam hidup ku.
tepat jam 3:00 petang kami tiba di pelabuhan Jeti Tawau... salam semut memisahkan kami dan Keluarga Ustazah Normah. Aku dan Eka sambung pi minum-minum ABC Ais Kelapa.
wassalam...
-wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung- Surah Al-Maidah :35.. "mati itu pasti, hidup Insya'Allah" -Think of Islam-
muhasabah
"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)
....doa istikharah.....
"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."
No comments:
Post a Comment