Ana suka kata-kata yang di kongsi oleh shbt2 dekat whatsup... untuk tidak menghilangkan kata-kata ini jadi saya kongsikan dekat dalam blog ni.. supaya ia sentiasa akan menjadi peneman agar ana sentiasa bersyukur dengan apa adanya... hayatilah kata-kata ini....
jika tiada rezeki anak
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik
maka kita akan lebih bahagia daripada memiliki anak yang liar
jika tiada rezeki wang ringgit
mungkin diberikan rezeki kesihatan
maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia
jika tiada rezeki kereta mewah
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah
maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang lebih mahal
jika tiada rezeki tinggal di rumah yang besar
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus
maka kita jauh lebih bahagia dari si gelandangan
jika tiada rezeki memiliki pasangan yang kacak
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan jauh lebih bertanggungjawab
maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya
jika tiada rezeki berjodoh
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang
maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada mereka
jika tiada rezeki hari ini
mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari
maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka
bersabar...
bersyukur..
berusaha..
berdoa.
dan...
bertawakkallah
...hanya Dia Allah SWT yang Maha Adil dan Maha Mengetahui mana yang baik untuk mu...
No comments:
Post a Comment
terima kasih @ thanks for your comment, semoga blog ini memberi manfaat pada anda