muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Sunday, September 22, 2013

Ana Jatuh Cinta dengan Bicara Hati

Assalamualaikum..wbt

Alhamdulillah hobi ana membara kembali dengan semangat untuk meluahkan segalanya dan berkongsi ilmu di blog ini. sebenarnya terlalu banyak pengalaman, ilmu dari tazkirah-tazkirah yang ingin ana kongsi bersama, cuma ana tak cukup bijak lagi untuk menguruskan masa dengan baik... ya faham sajalah dunia kampus berbeza dengan dunia di alam kerjaya, walaupun belum pun dapat kerjaya dalam bidang yang diceburi masa ijazah tahun lepas.

namun semua tu mungkin boleh dikatakan alasankan, erm tapi tulah ana sebagai insan, ana hanya lah manusia biasa yang hanya meminjam sedikit kudrat dan upaya daripada Allah swt, kerana tiada satu pun upaya kita melainkan semua atas kehendak-Nya.. Allah hu Akhbar..

walaupun di kampus dahulu ana pernah menjadi kakak naqibah, ya walaupun tak layak kerana tidak mempelajari ilmu agama yang khusus seperti ustazah tapi menjadi tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu walaupun sedikit, kerana pesanan Rasulullah SAW dalam satu hadith 'sampaikan walaupun satu ayat'. Jadi tanggungjawab untuk meyampaikan ilmu itu adalah satu kewajipan dan amanah yang perlu dilaksanakan.

tugas tersebut ingin ana teruskan dikampung ana, bermula dengan keluarga sendiri, namun ana akui ianya bukan mudah jika seorang diri, kerana sesuatu dakwah itu perlukan jemaah, kumpulan mahupun satu pasukan, ibaratnya seperti kambing seekor tidak akan kuat untuk berhadapan dengan seekor serigala berbanding dengan sekumpulan kambing.

akhir kata untuk malam ini ana kongsikan dengan bica hati bersama As-maul Husna yang dikarang oleh Dr. Wan Maseri Pensyarah UPM.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya kasih sayangMu terlalu banyak terhadap kami. tidak mampu kami hitung pemberianMU yang tidak bertepi dan tidak pernah terhenti ini. kami mengucapkan syukur setinggi-tingginya di atas segala pemberianMu Ya Wahhab yang Maha Memberi. Ya Allah Ya Afuww, Ya Ghafur, Ya  Tauwab. Engkau Yang Maha Pemaaf, Pengampun dan Penerima Taubat. Kami sringkali melakukan kesalahan, kemungkaran kerana kejahilan dan keingkaran kami. kami sering tertipu dengan helah syaitan yang sering menipu kami dan sering kali juga kami mengikut hawa nafsu. Maafkan, Ampunkan dan terimalah taubat kami Ya Afuww, Ya Ghafur, Ya Tauwab., sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa-dosa hamba-Mu walaupun sebanyak buih dilautan.

Dengan Pengampunan Mu Ya Allah, Engkau kekalkanlah hidayah dan petunjuk-Mu ini di dalam hati kami hingga akhir hayat kami. Engkau berikanlah kekuatan kepada kami untuk kembali melaksanakan ketaatan kepada-Mu dan menjadi hamba yang sejati serta melaksanakan perintah-Mu sebagai wanita yang soleha, lelaki yang soleh, serta menghormati suami mahupun isteri kami, ibu bapa kami, mengasihi anak-anak kami, saudara mara kami, rakan-rakan kami dan masyarakat kami... Ameen Ya Allah......

bicara hati diatas paling best dibaca ketika waktu sunyi sambil menundukkan wajah kebawah dan penyerahan diri dan jiwa sepenuhnya pada Allah SWT.

No comments:

aquarium