Abu Malik; al-Haris bin Asim al-Asy'ari berkata, "Nabi Muhammad S.A.W berkata,
'bersuci adalah sebahagian daripada iman. berkata
'alhamdulillah' memenuhi neraca timbangan amalan baik seseorang itu semasa hari kiamat kelak. Menyebut '
Subhanaullah walhamdulillah' memenuhi ruang antara bumi dan langit.
Sembahyang adalah cahaya yang memberi petunjuk kepada amalan baik.
Sedekah adalah bukti benarnya iman seseorang.
Sabar adalah sinar yang terang benderang.
Quran adalah hujah bagi mu dan terhadap mu. Manusia yang bangun pada waktu pagi, lalu dia melakukan sesuatu; sama ada
mentaati Allah S.W.T ataupun mentaati syaitan dan nafsunya. Maka, dengan itu mereka samaada membebaskan diri mereka daripada kehinaan dunia dan azab di akhirat, jika mereka melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T ataupun membinasakan diri mereka jika melakukan maksiat dan dosa." Hadis Riwayat Muslim
Abu malik bin Asim adalah Al-haris bin Asim al-Asy'ari, beliau berasal daripada yaman dan meninggal dunia pada zaman Khalifah Umar akibat di serang wabak Taun. beliau melaporkan 27 buah hadis.
Antara tips hadis diatas adalah;-
1. Kita akan memperoleh pahala yang besar dengan memperbanyakkan pujian kepada Allah S.W.T dengan membaca Alhamdulillah.
2. sifat sabar akan membentuk jiwa yang kental
3. orang yang mentaati setiap arahan Allah akan bebas daripada kehinaan dunia serta bebas daripada azab akhirat.
p/s: Paksi Hadis 40 Imam Nawawi "Menegakkan Agama Melalui hadis Rasulullah S.A.W" 2010
No comments:
Post a Comment