BEBERAPA PERSOALAN BAGI MAHASISWA TAHUN AKHIR..DAN YG TELAH BERGRADUASI..
SITUASI KE 1
Monika : mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?
Mak : kedua-duanya bukan..
Tercengang.. Mak mengukir senyuman.
Mak : Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Monikka menarik nafas dalam-dalam.
Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?
Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum
SITUASI KE 2:
Pokook: Eh kamu tak nak kahwin ke?
Rahmat: Mau bah, tapi ongkosnya belum ada
SITUASI KE 3
Ayah: kamu dah tahun akhir sekarang..belum ada calon ke?
Rohisyam: Tak fikir pun yah..busy ngan study
Ayah: ayah bukan apa, kamu tu dah 24 tahun..nanti kalau lambat sgt lambat pula ayah ngan mak kamu dapat timang cucu
SITUASI KE 4:
Fadilah : mak, adik nak kenalkan kawan lelaki adik pada mak?
Mak: ORANG MANA?
Fadillah: orang Sarawak
Mak: mak ai…jauhnya..daripada keturunan nek mak moyang kita tak dok yang berkahwin selain orang Kelantan..
Fadillah: dia baik mak..agama, rupa, keturunan, harta pun ada…
Mak: nak jadi anak derhaka?
SITUASI KE 5:
Pakcik teksi: cik belajar tahun bepa ? abis blajo bilo?
Nurain: dah buat master…cadangnya nak terus buat Phd
Pakcik teksi: cik tak payah lah blajo tinggi2 sgt..nnt susah dpt jodoh
~HANYA REKAAN SEMATA-MATA..TIDAK ADA KAITAN DENGAN ORANG YANG MASIH HIDUP DAN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA...
karya asal dr IRNA WATI AMUSIN, SEKSYEN 12, PETALING JAYA, KUALA LUMPUR

No comments:
Post a Comment
terima kasih @ thanks for your comment, semoga blog ini memberi manfaat pada anda