muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Sunday, December 11, 2011

CERPEN : MATA DUITAN


Persisiran sungai kuantan menjadi destinasi aku hari ini, sudah hampir 10 tahun aku tidak kembali demi kota kuala lumpur menjenguk kampung halaman. Sudah banyak berubah, dahulunya tempat inilah yang indah tempatnya, dihiasi kerusi sepanjang sungai menghadap ke tanjung lumpur dan sesekali kapal nelayan pukat tunda memecah air sungai yang selalu di jadikan tempat anak muda bermasu asmara.

Aku terus menyesuri anak sungai kuantan yang lebih mesra dipanggil banteng oleh penduduk tempatan. Langkah demi langkah kenangan lalu sedikit demi sedikit menerjah fikiranku. Hatiku terdetik melihat sepasan g kekasih bak merpati putih sejoli sedang rancak berbual dan bergurau senda di bawah pohon tembusu. Aku tersenyum sendirian , hampir 10 tahun aku tidak mendengar khabar berita sidia yang dulu pernah mengisi ruang dalam hati ini sejak aku membuat keputusan untuk berpisah, aku terus tidak berpaling ke belakang. Aku melanjutkan pelajaran ke menara gading dan mendapat pekerjaan yang baik di kota metropolitan kuala lumpur. Dahulu aku orang yang sering pulang ke kampung halaman kerana aku masih mempunyai mak dan ayah serta adik-adik aku yang masih memerlukanku. Namun tanggal 29 september 2001, hampir 9 tahun yang lepas mengubah segala-galanya dalam hidupku. Aku di tawarkan jawatan sebagai seorang jurutera pemasaran di sebuah syarikat terkemuka dunia tetapi memerlukan aku meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke Jepun.



Pada mulanya, aku ingin mengubah hidup keluargaku dengan gaji yang lumayan nanti aku mampu merancang hidup dengan lebih sempurna. Aku ingin mengumpul wang dahulu, kemudian membina sebuah syarikat yang mampu membantu negara dan anak bangsa dengan memberi peluang pekerjaan. Perancangan ku hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam, aku sepatutnya hanya 4 tahun dijepun, tetapi kerana terlalu mengejar kemewahan aku terlupa akan tanah air.

“assalamualaikum”.. seseorang menyapaku dari belakang.

Waalaikumsalam, rosli.. “apa khabar lama sudah kita tidak bertemu” aku membalas dengan perasaan penuh kekok.

“lama tak Nampak kau buat apa sekarang”? rosli bertanya.

Kehadiran rosli sahabat baik ku ketika di metrikulasi bukan punca aku menjadi kekok, tetapi gelak tawa kanak-kanak di samping seorang wanita mengejutkan aku. Dialah , yang dahulu pernah mengisi ruang hati anak adam ini. Sudah 5 tahun rosli berkahwin dengan si dia yang dahulu panggilan manjanya nur.

Aku memiliki sebuah kereta sport berjenama nisan skyline GT. Kereta ini aku beli semasa bekerja di jepun. Banyak perkara yang aku jumpa di jepun . cara hidup orang disana cukup-cukup berbeza sehinggakan aku lupa siapa diriku sebenar.

Kereta skyline warna hitam laju meluncuri jalan beserah, jarak rumah dengan bandar hanya 10 minit perjalanan. Azan berkumandang , tanpa ku sedari senja sudah hampir berlalu. Aku solat maghrib di masjid sultan ahmad shah yang terletak betul-betul di tengah bandar kuantan. Di hadapan masjid terdapat padang bola sepak dan kelihatan beberapa orang kanak-kanak yang masih berlari-lari anak di tepi padang.

Lamunanku terhenti , aku mengambil wuduk dan terus keruang solat. Aku terasa kosong dengan hidup ku kini hambar tanpa hala tuju yang jelas. Tiada sahabat disisi apatah lagi ahli keluarga.

“kenapa kau balik, pergilah cari duit, cari dunia buang keluarga”. Kata-kata pak cik Isa terus terngiang-ngiang di dalam fikiran ku. Solat maghrib ku seolah-olah di awing-awangan. Aku hairan dengan diri ini langsung tiada perasaan bersalah, hati aku berkata aku tidak bersalah itu semua takdir ketentuan Tuhan.

Disebalik tiang masjid yang dua pelukan diameternya, seorang anak dalam linhgkungan usia 5 tahun sedang bergurau senda dengan ayahnya. Aku rasa hiba, semua salah ayah, kalau ayah selalu tidak out station tentu mak tidak sakit. Aku tentu tidak jadi seperti ini. Ayah dan emak berpisah sebelum aku melangkahkan kaki ke university lagi. Sejak dari itu, sikap aku terhadap keluarga banyak berubah. Aku menjadi seorang pendendam dan tidak suka berada dirumah. Entah perasaan apa yang selalu timbul dalam lubuk hati ku, sehinggakan badan ku tidak selesa bila berhadapan dengan keluarga.

“bosan lah duduk rumah ni, ashik dengar bebelan je., tak pandai tengok orang duduk senang”. Teringat daku kata-kata ku yang pernah menyinggung perasaan keluarga ku. Ya Allah berdosanya aku, dimana rasa belas kasih ku, jauh sekali aku tersasar untuk menjadi hamba mu yang beriman, malu rasanya berhadapan dengan Mu ya Allah. Aku sedar dahulunya semasa di meriks abang senior selaku naqib usrah ku pernah berpesan, walau siapa pun mak ayah kita , walaupun mereka kurang ilmu sekali pun namun hormat dan kasih kepada mereka tetap utama. Sejahat mana pun mereka, mereka tetap mak dan ayah kita. Ya Allah apa yang telah aku lakukan, aku gagal untuk menjadi hamba mu yang soleh, ampunkanlah lah aku Ya Allah.. aku tidak sedar bila masa air mata ku ego ini boleh menitiskan air mata.

Kenapa aku berdegil, aku sudah tiada sesiapa lagi, mak sudah kembali ke rahmahtullah semasa aku berada dijepun. Ayah ku telah pergi sejak aku bermula bekerja di kuala lumpur lagi. Aku degil semua yang berlaku bukan salah aku. Adik-adik ku entah ke mana merantau. Adakah aku masih berdendam dengan mak dan ayah ku.

“astaghfirullah al-azim”.. tiba-tiba air matuku menitis, aku beristighfar , hati ku tiba-tiba luruh dan hancur. Aku cuba menahan tetapi air mataku terus mengalir. Aku mengambil senaskah al-quran. Aku membelek-belek sambil meneliti makna ayat-ayat suci dariNya. Aku cuba menenangkan hatiku.

dan tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya, atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu maka janganlah sekali-kali engkau menyatakan kepada kedua-duanya berkata “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik”(surah al-isra :23)

Hatiku terus hancur, keegoan ku dibuang jauh-jauh. Semua salah ku yang terlalu ingin mengejar kemewahan sehingga menggadai keluarga yang terlalu aku saying. Malam itu menjadi malam yang penuh bermakna dalam hidupku. Allah telah menemukan aku dengan jalan yang benar. Selepas daripada itu, aku berusan mencari adik-adik ku yang telah lama terpisah jauh. Moga-moga aku dapat menemukan mereka dan berbakti kembali kepada adik-adikku yang tersayang.

No comments:

aquarium