Tarikh : November 27, 2011
Sungguh cepat masa berlalu. Tahun 1432 Hijrah sudah hampir melabuhkan tirainya. Pasti masih banyak azam kita pada awal tahun ini, belum tercapai. Itulah ketetapan ALLAH yang wajib kita terima dan reda, segala perancangan, hanya ALLAH berkuasa menentukannya. Sebelum kita berhijrah ke tahun 1433 Hijrah, iaitu sebelum tiba awal Muharam para khatib dan penceramah akan membicarakan semula pengertian dan maksud hijrah.
Saya percaya ramai faham maksud perkataan hijrah, tetapi sejauh manakah mereka memahami maksud sebenar dikehendaki oleh Islam?.
Hijrah berasal daripada peristiwa perpindahan atau penghijrahan Nabi SAW dan sahabatnya dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Apabila kita halusi peristiwa ini, ia adalah proses meninggalkan negara yang penuh dengan kerosakan dan kejahatan kepada negara yang lebih damai. Malah, meninggalkan aqidah yang rosak lagi fasad dan amalan serta muamalat yang merosakkan nilai murni seorang manusia.
Rasulullah SAW pernah menceritakan kisah seorang lelaki yang banyak melakukan dosa. Lelaki tersebut telah membunuh 99 nyawa. Dia ingin bertaubat, tetapi oleh kerana dia tersalah memilih guru, maka sekali lagi dia membunuh dan mangsanya adalah guru tersebut. Sampailah pada suatu ketika dia bertemu dengan seorang guru dan menyatakan dia ingin bertaubat, tetapi dengan dosanya yang banyak, apakah taubatnya diterima ALLAH? Guru itu menyatakan ya dan memintanya untuk berhijrah ke negeri yang memiliki penduduk beribadah kepada ALLAH dan tinggalkan negeri diduduki orang yang rosak pegangannya.
Lalu dia pun keluar berhijrah. Sampai di pertengahan jalan dia meninggal dunia. Ketika itu datanglah malaikat azab dan malaikat rahmat. Masing-masing saling bergaduh perihal status mayat ini, apakah mahu dirahmati dan diazab? Lalu turun malaikat lain dan menyatakan ukur mana jarak lebih dekat, adakah negeri yang baik lebih dekat atau negeri kejahatan? Lalu mereka mengukur dan ternyata negeri kebaikan lebih dekat justeru malaikat rahmat mengambilnya.
Daripada peristiwa tersebut amat jelas untuk difahami hakikat hijrah dengan firman ALLAH ini, “Barang siapa berhijrah di jalan ALLAH, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada ALLAH dan Rasul-NYA, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi ALLAH. ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.” (Surah an-Nisaa ayat 100)
Dari aspek lain, erti hijrah ditafsirkan dengan pertanyaan seorang lelaki kepada Nabi SAW, “Manakah hijrah yang paling afdal (utama)? Jawab Nabi SAW, “Engkau meninggalkan apa sahaja yang menimbulkan kemarahan TUHAN-MU AZZAWAJALLA.” (HR an-Nasaie dan Ahmad). Hijrah juga membawa maksud bertaubat dengan meninggalkan kesyirikan, maksiat dan bidaah. Ketahuilah kasih sayang ALLAH ke atas hambanya amat luas. Buktinya selagi kita masih bernafas dan nadi masih berdenyut, pintu taubat masih terus terbuka sehinggalah matahari terpancar dari barat.
Justeru, sempena tahun baru dengan azam baru, marilah sama-sama kita bermuhasabah, melihat dan menyenaraikan semula apakah perkara diperintahkan dan dilarang ALLAH. Dalam konteks hijrah ini, kita perlu utamakan perintah bermula dari aqidah diikuti amalan, muamalat dan akhlak. Kita perlu meninggalkan dosa, maksiat dan bidaah. Setiap manusia keluar meninggalkan maksiat dan dosa, maka baginya kejayaan dan redha ALLAH.

p/s: semoga ianya bermanfaat untuk kita semua