Saturday, October 1, 2011

KOMUNIKASI KEPEMIMPINAN DALAM ISLAM

Menurut Mohd. Yusuf Hussain, seseorang pemimpin menurut Islam harus
memenuhi beberapa syarat untuk melaksanakan komunikasi kepemimpinan dalam Islam,
antaranya:
1. Mempunyai banyak sifat-sifat mahmudah antaranya berilmu, adil, berani,
kesucian moral, pemurah, pemaaf, bertimbang rasa, menepati janji, benar,
tegas, bijaksana, cekap berfikir, merendah diri (tawadu’), dan sebagainya.
2. Memelihara hubungan baik dengan Allah s.w.t. sesuai dengan firman Allah
s.w.t.,  “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (51:56)
3. Memelihara hubungan baik dengan manusia sesuai dengan firman Allah
S.w.t., “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah s.w.t.
(agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai….(3:10)
4. Memelihara hubungan baik dengan alam persekitaran, iaitu tumbuhtumbuhan dan binatang-binatang sesuai dengan sepotong hadis Rasullullah
s.a.w. yang bermaksud, “Kasihanilah kepada setiap penghuni (makhluk) di
bumi semoga kamu dikasihani oleh mereka yang di langit.”
Komunikasi adalah satu aktiviti yang  dianggap mulia oleh Islam sebagaimana
yang dijelaskan dari beberapa ayat Al-Quran dan Hadis. Antaranya adalah :
“Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat.” (Hadis)
“Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta
  (sekalian makhluk).” (96:1)
“Dan hendaklah ada di atara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam),  dan menyuruf berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan
keji). Dan mereka bersifat demikian adalah orang-orang berjaya.” (3:104)
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang   menyeru
kepada (mengesa dan meamatuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan
amal yang soleh…” (41:33)
“Wahai orang berselimut. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada
umat manusia).” (74:1-2)
Menurut Islam, pemimpin harus menjadi contoh dan teladan kepada yang
dipimpin. Contoh dan teladan yang perlu ditunjukkan bukan sahaja stail, kaedah, dan 8
strategi berkomunikasi tetapi juga tentang akhlak dan amal ibadat. Menurut Islam lagi,
seseorang yang baik dalam komunikasi tetapi kekurangan dalam bidang akhlak dan
beramal soleh, belum lagi boleh dianggap  sebagai pemimpin yang baik. Malah, Islam
meragui kebolehan seseorang boleh menjadi pemimpin yang baik, jika akhlaknya buruk
dan amalnya kurang.

No comments:

Post a Comment

terima kasih @ thanks for your comment, semoga blog ini memberi manfaat pada anda