segala puji dan syukur kehadrat Illahi, kina mengikut kalendar hijrah.. usia ku genap 24 tahun masihi.. alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana memanjangkan usiaku sehingga kini mencapai 24 tahun, ya seperti orang lain juga disetiap usia yang baru pasti ada azam baru, kerana zaman semakin menuju era yang baru..
pasti ada sahaja yang diimpikan, namun tidak pasti dengan diriku, rasanya ingin lebih untuk menumpukan azam yang lama dan cuba untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa. antara azam yang ku dokongg sehingga kini, ingin melihat biah solehah.. ya tentu ia sangat besar, namun ia bermula dengan diriku sendiri, kepada keluarga dan masyarakat, membaca banyak buku motivasi, haraki, sirah, khatam Al-Quran, hafal surah-surah dalam Al-quran dan banyak lagi.. namun apa yang ana cuba untuk fokus, ana pun tak pasti yang pasti khatam untuk sem ni Alhamdulillah dah berjaya, buku-buku pun banyak jua termasuklah novel2 islamik buku kegemaran ku sampai lupa dah tajuk-tajuknya..
perancangan untuk cuti akan datang, aku merancang ingin menjalankan program2 motivasi dikalangan adik2
sekolah lama ku dan kampung lama ku... rindu dengan suasana ketika zaman kanak-kanak dahulu, masjid dianggap seperti rumah sendiri, disitulah tempat berkumpul bersama kawan2, tempat tido, solat bersama-sama walaupun masa tu tak tahu lagi keistimewaan dan kenapa perlunya untuk solat berjemaah dan mengaji... hanya menurut sahaja kawan-kawan dan keluarga. pengalaman tidak dilupa masa tu ada qiam dekat masjid, wah memang bestlah, duduk2 kat luar masjid baring2 melihat bintang yang jatuh.. pasang hajat.. lupa da hajat tu hehe tapi mmg jika dikenang kembali ia tidak mungkin akan berulang kerana sudah jadi kenangan silam yang biarlah terpahat dihati..
kembali semula kepada perancangan ya mudah2an Allah permudahkan...
bila usia semakin meningkat kuharap jua diriku menjadi semakin matang, (sbb ramai kata saya tak matang).. sudut mana pun saya tak tau, apa pun ia menjadi muhasabah untuk diriku jua, begitu dekat waktu kematian, hanya Allah yang Mengetahui.. semoga amalan-amalan yang dilakukan yang masih sedikit Allah terima.. ameen.. dan mengampunkan dosa-dosa yang banyak ini... Astaghfirullah....
sampai sini dulu coretan buat diri ku yang kini berusia 24 tahun... pasti ada hadiah yang Allah nak beri..terima kasih ya Allah...dan pastinya bukan kek....
tidak lupa jua terima kasih jua buat ibu yang kini terlantar dihospital.. ku doakan semoga Ibu cepat sembuh..ameen
terima kasih ayah kerana selama ini menyayagi kami semua, berkerja keras untuk membina keluarga.. terima kasih...


No comments:
Post a Comment
terima kasih @ thanks for your comment, semoga blog ini memberi manfaat pada anda