assalamualaikum wbt.. kepada sahabat blogger sekalian...
alhamdulillah diberi jua peluang untuk ana mengisi entry dalam blog ini, apa yang ana nak kongsi lebih kepada isu yang berlegar-legar di mulut siswi. hujung minggu lepas 26 march 2011 dapat satu mesej daripada sahabat seperjuangan, dia beritahu yang blok Siswi KTC di ceroboh lelaki. ana sangat terkejut pada waktu itu ana tengah berprogram di Masjid.
ana tidak senang duduk sebenarnya, sebab ana risau dengan keadaan keselamatan tempat ana study dan faham dengan perasaan orang yang terlibat dalam keadaan tersebut kerana fitrah yang Allah beri sebagai wanita dan Hamba-Nya.
kembali semula ke kampus dengan pelbagai persoalan, bagaimana keadaan wanita yang terlibat? bagaimana dengan penghuni2 Siswi? dan macam2 lagi.. sepanjang perjalanan ana tak berhenti panjatkan doa untuk keselamatan semua.
semasa menanti sahabat jemput ke kolej, masa tu ana dengan shbt ana paw tunggu bersama-sama. tiba2 je rasa nak kongsi perasaan dengan paw. paw pun rupanya ada kisah tentang pencerobohan ini. menutur paw KTF juga pernah diceroboh oleh seorang lelaki, yang tidak dikenali. lelaki tersebut panjat toilet semata-mata nak melihat perempuan mandi.. masyaAllah..terkejut ana mendengarnya. kejadian berlaku awal pagi, masa siswi2 berada dalam bilik kuliah. sama seperti mesej yang ana terima dari sahabat baru-baru ni.
tadi ana bertemu dengan ustazah naemah, untuk berkongsi tentang masalah ini, banyak juga maklumat baru ana dapat, rupanya bukan setakat pencerobohan keatas siswi malah ada juga lelaki kat UTM ni kerja dia suka kumpul pakaian dalam wanita."masyaAllah". benda ni berlaku masa ustazah jadi felo. oleh yang demikian sebagai siswi ana rasa bertanggungjawab untuk sampaikan isu ni kepada semua siswi agar berhati-hati. menurut ustazah juga dengan barang2 tersebut jika tidak dijaga orang yang jahat boleh ambil tindakan untuk buat santau. wayauzubillah.. semoga kita sering di pelihara..
antara langkah2 untuk menjaga keselamatan:-
1. jadikan bacaan al-mathurat itu sebagai rutin harian.....
2. jangan suka jalan sorang-sorang bila balik kolej. lebih2 lagi lalu kawasan pembinaan dan tempat yang sunyi.
3. jaga baik2 harta (barangan) anda
4. pergantungan sepenuhnya dengan Allah dan berusahalah untuk jaga diri dan orang lain
5. sentiasa pesan2 dekat kawan2
ana sertakan no telefon yang boleh terus di hubungi jika anda melihat ada makhluk2 yang mencurugakan di blok anda.. terutamanya bagi blok2 siswi..
en. ishak : sambungan 30537
no tel: 012 7314999
kaunter keselamatan terbuka 24 jam : 30014
'input ini hanya utk penghuni2 Siswi tidak kita dari Universiti mana sekalipun"
-wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung- Surah Al-Maidah :35.. "mati itu pasti, hidup Insya'Allah" -Think of Islam-
muhasabah
"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)
....doa istikharah.....
"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."
No comments:
Post a Comment