Wednesday, January 19, 2011

impian jadi kenyataan

Ya Allah Ampunkan daku Ya Allah... kecil rintihan yang kelua daripada hati ana, tiba-tiba perasaan ana berubah menjadi  tenang, setenang air di tasik... kadang-kadang hati ini mudah terusik umpama air di tasik yang ditiuo angin.. kelihatan air akan berkocak sedikit, sungguh muda, begitu juga hati ini, mudah saja terusik dengan bisikan-bisikan yang tidak diundang.. astagfirullah,ana tahu ana hanya insan biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan. namun ana tak nak ianya menjadi alasan untuk ana berubah untuk kebaikan diri ana juga..

"sabarlah ana, anggaplah ia satu ujian daipada Allah". memang mudah untuk dilafaz tapi, uhh... masyaAllah benarlah satu kata, kebenaran itu sungguh pahit, memendam ia lagi perit".. ujian itu adalah dugaan buat orang-orang yang di sayangi Allah.. kerana dengan sekecil-kecil ujian lah yang mampu untuk menyedarkan seseorang daripada terus melakukan kesilapan. subhanaullah.. masyaAllah...

"kamu tidak dikatakan beriman, selagi mana kamu tidak diuji".. ayat ini sentiasa terngiang-ngiang di kota fikiran ana, jika dibandingkan ujian yang Allah berikan kepada umat yang dahulu, sangat jauh.. begitu dengan kekuatan akidah yang mereka miliki, walau apapun yg berlaku keatas mereka, akidah tetap diperjuangnkan, subhanaullah.. lahaulawalakuataillabillah.. kenapa ana tidak boleh berfikir sepertii mereka.. "Ampunkan hamba Ya Allah, berilahkekuatan pada diri hamba".. 

jangan pernah merasa cukup dalam beribadah kepada Nya.. ana cuba mendidik diri ini untuk jauh daripada sifat-sifat mazmumah untuk tidak teus hanyut di buai nafsu yang jahat, ku ingin rahmat dari Allah, namun rahmat itu hanya milik orang-orang yang beiman dan merasa dekat dengan Allah. Allah mebolak-balikkan hati, namun doa lah yang membantu untuk ana terus kekal dilandasan dan cahaya yang betul.. oleh itu kekuatan doalah yang menjadikan apa yang diimpikan tercapai.. subhanaullah..alhamdulillah..





No comments:

Post a Comment

terima kasih @ thanks for your comment, semoga blog ini memberi manfaat pada anda