-wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung- Surah Al-Maidah :35.. "mati itu pasti, hidup Insya'Allah" -Think of Islam-
muhasabah
"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)
....doa istikharah.....
"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."
Profile
Friday, December 23, 2011
tarbiyah dzatiyah
tarbiyah dzatiyah adalah tarbiyah yangg berkaitan dengan pembentukan peribadi muslim dalam diri. terdapat 5 fokus utama dalam tarbiyah ini
1. Ruhiyah - untuk meningkatkan peribadi muslim seiring dengan meningkatkan keimanan dalam diri. melakukan amalan-amalan yang dapat meningkatkan keiman kita kepada Allah SWT. antara amalan-amalan adalah menjaga solat lima waktu, berpuasa wajib dan sunat, mendirikan qiammullail, mengaji Al-Quran, dan amalan-amalan terpuji yang lain. amalan ini dapat membantu kita meningkatkan keimanan kita kepada Allah dan membantu mendapat rahmat dan redha Illahi. selain itu sentiasa berdoa agar Allah sentiasa beri hidayah kepada kita dan agar kita sentiasa komited dan istiqamah dalam melaksanakan tuntutan sebagai hamba kepada-Nya, dan meninggalkan larangan_Nya. mengikut hadith daripada Saidina Ali nasihat Rasulullah kepadanya, sebagai seorang mukmin yang sejati paling kurang pun untuk komited dalam beribadah iaitu melakukan tiga perkara ini dengan konsisten iaitu solat dhuha, puasa sunat isnin khamis dan paling kurang dalam sebulan 3 kali puasa sunat".. namun ingatlah sahabat2 jagalah solat 5 waktu, solat itu adalah doa yang paling besar.
2. Fikiran - tarbiyah atau didik diri untuk sentiasa menggunakan akal fikiran untuk berfikir akan kebesaran Allah SWT. selain itu melatih diri untuk banyak membaca, iaitu memastikan setiap hari memperuntukan diri untuk membaca dalam masa 2 jam, membaca bahan2 yang ilmiah yang dapat membuka minda kita serta membaca sejarah-sejarah pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran serta mengambil ikhtibar dan ibrah daripada kisah sejarah tersebut lebih-lebih lagi merenung dan memikirkan bagaimana kejayaan Islam dan kebangkitannya semasa zaman Rasulullah SAW dengan banyak membaca sirah-sirah Rasulullah SAW dan tidak lupa juga nabi dan rasul yang diceritakan dalam Al-quran dan As-Sunnah. sebagai seorang mahasiswa yang terpelajar juga perlu cakna dan memikirkan tentang isu semasa yang berlaku disekeliling..
3. material (kebendaan) - cara didikan ini dengan mengambil ibrah peristiwa penghijrahan kaum muhajirin ke kota madinah dan bertemu dengan golongan Ansar, walaupun kaum muhajirin mendapat tawaran-tawaran yang hebat dari kaum Ansar namun kaum muhajirin tetap untuk mencari ikhtiar bagi menyara kehidupan mereka tanpa bergantung kepada pertolongan kaum ansar sehingga berjaya untuk meningkatkan ekonomi keluarga dan seterusnya membantu meningkatkan ekonomi Islam. kisah ini boleh dijadikan contoh kepada ahli gerakan Islam yang ingin memperjuangkan kebenaran dengan melatih diri untuk mencari dana bagi melaksanakan sesuatu program tarbiyah tanpa bergantung harap kepada duit persatuan..
4. penguasaan lapangan - melatih diri untuk menjadi seorang pakar dalam menganalisa keadaan semasa bagi memudahkan proses pentarbiyahan dan penyebaran dakwah dilakukan. sebagai contoh memahami wilayah atau kawasan yang didiami dengan mengetahui populasi penduduk sekitar bagi mendapatkan target yang tepat untuk dibimbing kejalan yang benar. agar perancagan lebih tersusun dan berstrategik, ana ingat kata-kata ini, "kebatilan yang terancang dapat mengalahkan kebenaran yang tidak terancang". selain itu juga ana ingat kata-kata pensyarah ana, bila kita lakukan sesuatu biarlah dengan perancangan yang bersungguh-sungguh.. pasti hasilnya tidak akan mengecewakan, namun ingat jika terlalu terburu-buru untuk mencapai sesuatu dan tidak mengikut strategik yang telah dirancang ia akan membawa padah dan kemungkinan gejalah lesu dan lari dari medan perjuangan akan berlaku.
5. haraki (gerakan Islamiyah) - memastikan diri mendapat didikan daripada gerakan islamiyah.. kerana ana terbaca satu kisah, dimana seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW.. ya Rasulullah apakah amalan-amalan kejahatan kerana rasulullah hanya menceritakan tentang amalan-amalan kebaikan sahaja dan sahabat tadi kuatir dia terjebak dalam amalan-amalan kejahatan. jawab Rasulullah ada, maka sahabat tadi pun bertanya lagi adakah amalan-amalan kebaikan akan muncul kembali selepas terhapusnya amalan kejahatan jawab Rasulullah ada dan sedikit sahaja yang akan melakukan kebaikan pada akhir zaman kerana ramai yang melakukan ibadah tetapi tidak mengikut sunnah ku (rasulullah SAW). lalu sahabat tadi bertanya lagi, bagai mana jika dia berada di zaman itu dan bagaiman dia terus istiqamah dalam kebaikan. maka jawab Rasulullah beradalah kamu dengan jemaah, dan sahabat bertanya lagi sekiranya tiada jemaah pada zaman tersebut aku harus bagaimana, jawab Rasulullah carilah jemaah walau pun ketika itu kamu terpaksa memakan ranting-ranting kayu. Subhanaullah betapa pentingnya kita berada dalam sesebuah jemaah bagi memastikan kita sentiada berada dalam rahmat dan lindungan Illahi..
Sunday, December 11, 2011
CERPEN : MATA DUITAN
Aku terus menyesuri anak sungai kuantan yang lebih mesra dipanggil banteng oleh penduduk tempatan. Langkah demi langkah kenangan lalu sedikit demi sedikit menerjah fikiranku. Hatiku terdetik melihat sepasan g kekasih bak merpati putih sejoli sedang rancak berbual dan bergurau senda di bawah pohon tembusu. Aku tersenyum sendirian , hampir 10 tahun aku tidak mendengar khabar berita sidia yang dulu pernah mengisi ruang dalam hati ini sejak aku membuat keputusan untuk berpisah, aku terus tidak berpaling ke belakang. Aku melanjutkan pelajaran ke menara gading dan mendapat pekerjaan yang baik di kota metropolitan kuala lumpur. Dahulu aku orang yang sering pulang ke kampung halaman kerana aku masih mempunyai mak dan ayah serta adik-adik aku yang masih memerlukanku. Namun tanggal 29 september 2001, hampir 9 tahun yang lepas mengubah segala-galanya dalam hidupku. Aku di tawarkan jawatan sebagai seorang jurutera pemasaran di sebuah syarikat terkemuka dunia tetapi memerlukan aku meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke Jepun.
cerpen: Memories with Apperentiice
Sampai sahaja di Sajaratur Dhur (SD), MUslim dan Ikhwan terus duduk di pangkin sementara menunggu giliran untuk melepaskan lelah akibat seharian mengedarkan soalan kaji selidik. Tiba-tiba suasana rumah yang riuh berubah menjadi sunyi sepi. Lima saat kemudian “Allahuakhbar...Allahuakhbar”.. laungan azan kedengaran dan menandakan waktu asar sudahpun masuk.
Seusai solat asar secara berjemaah, Sumayyah dan Saidatul serta beberapa sahabat yang lain terus membaca Al-Mathurat dan akhir sekali doa di panjatkan kepada Illahi, bacaan doa di ketuai oleh Aishah. “amin..amin ya Robbalalamin”.. semua bersalam-salaman dan saling mendoakan antara satu sama lain. “semoga Allah permudahkan urusan kita semua, terima kasih semua” tetiba je suasana berubah menjadi ceria semula. Kekerutan yang terpamer di wajah sahabat-sahabat sedikit sebanyak berubah menjadi ketengan, betullah kata mutiara yang sering kita dengar iaitu “dengan mengingati Allah hati menjadi tenang”.
Tut.tut.tut.. deringan telefon mengejutkan Sumayyah, dia terus mengambil telefon dah terpamer dikaca skrin *muslim SUK. Sumayyah dengan pantas menekan punat hijau dan membaca mesej yang diterimanya, dan terus menekan butang reply, “ok kita gerak awal sikit sebab tempat tak pasti lagi sama ada kita nak jumpa pimpinan UKM KL di masjid wilayah atau pasti hidayah, apa kata qadir mesej dahulu untuk tentukan betul-betul dimana tempat kita nak buat pertemuan malam ini ok syukran”.. ibu jari terus menekan butang send...tidak lama kemudian Muslim menelefon dan meminta agar saidatul dan kak sut bersedia dengan soalan-soalan yang akan di ajukan kepada pimpinan UKM KL malam ini.
selepas grade???
BEBERAPA PERSOALAN BAGI MAHASISWA TAHUN AKHIR..DAN YG TELAH BERGRADUASI..
SITUASI KE 1
Monika : mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?
Mak : kedua-duanya bukan..
Tercengang.. Mak mengukir senyuman.
Mak : Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Monikka menarik nafas dalam-dalam.
Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?
Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum
SITUASI KE 2:
Pokook: Eh kamu tak nak kahwin ke?
Rahmat: Mau bah, tapi ongkosnya belum ada
SITUASI KE 3
Ayah: kamu dah tahun akhir sekarang..belum ada calon ke?
Rohisyam: Tak fikir pun yah..busy ngan study
Ayah: ayah bukan apa, kamu tu dah 24 tahun..nanti kalau lambat sgt lambat pula ayah ngan mak kamu dapat timang cucu
SITUASI KE 1
Monika : mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?
Mak : kedua-duanya bukan..
Tercengang.. Mak mengukir senyuman.
Mak : Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Monikka menarik nafas dalam-dalam.
Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?
Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum
SITUASI KE 2:
Pokook: Eh kamu tak nak kahwin ke?
Rahmat: Mau bah, tapi ongkosnya belum ada
SITUASI KE 3
Ayah: kamu dah tahun akhir sekarang..belum ada calon ke?
Rohisyam: Tak fikir pun yah..busy ngan study
Ayah: ayah bukan apa, kamu tu dah 24 tahun..nanti kalau lambat sgt lambat pula ayah ngan mak kamu dapat timang cucu
Gerhana Bulan 10 Disember 2011
Salah satu kebesaran Allah SWT yang mesti kita ketahui dan memikirkannya seperti sabdaRasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).
amalan Sunat.... Solat sunat Gerhana Bulan.. dua rakaat, rakaat pertama 2 qiam, 2 rukuk, dan rakaat kedua pun sama 2 qiam dan 2 rukuk... akhir sekali salam...
semoga kejadian gerhana bulan ini banyak memberi ikhtibar kepada kita semua.. peristiwa bulan jun 2011 banyak memberi peringatan kepada kita semua dengan kehilangan 500,000 manusia terkorban dalam bencana gempa kesan daripada kejadian gerhana
Saturday, December 10, 2011
PETUA MENJADI PELAJR CEMERLANG MENURUT AL-QURAN
Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Wednesday, December 7, 2011
Walaupun “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN”
by Siti Nurhidayu
INGATLAH...
yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang membacakan yaasiin untuk kamu "ORANG LAIN"
yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"
Jadi jangan menyusahkan "YANG LAIN" dengan perangai kamu yang "TIDAK
DISENANGI ALLAH dan MAKHLUKNYA"......
by Siti Nurhidayu
SEMAIKAN CINTA BEGINI
Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..."
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..."
Subscribe to:
Posts (Atom)