-wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung- Surah Al-Maidah :35.. "mati itu pasti, hidup Insya'Allah" -Think of Islam-
muhasabah
"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)
....doa istikharah.....
"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."
Profile
Saturday, January 30, 2010
peristiwa di hari jumaat..
setelah tamat kuliah ku pada pukul 10am aku dan kawan-kawan sekuliah ku terus menuju ke PSZ. aku terlupa kami ada perbincangan kumpulan. dekat UTM nilah aku banyak belajar berkomunikasi dengan orang dari luar negara. mula-mula tu agak rasa kekok juga.. lama-lama hentam je lah labu... huhuhu
perbincangan kumpulan ini kami bekerjasamaan dengan 3 orang mahasiswi daripada tanah besar china, apalagi tidak dapat tidak kena cakap jugalah bahasa mandrin..hahah bukan bahasa inggeris lah.
seronok juga dapat satu kumpulan dengan mereka, banyak idea boleh kongsi sama.. em nak tahu ada sesuatu yang saya pelajari dari mereka, iaitu membuat bunga kertas "tulib" sangat lawa, sayangnya tak dapat nak tunjukkan dengan sahabat semua. ha mailah gi bilik saya ada simpan bunga tu.. bunga tu sebenarnya bungan yg sangat famous dekat negara mereka.
alhamdulillah dapat satu lagi kemahiran. nah nilah antara kebaikan dan faedah bila kita dapat bekerja sama dengan mereka. em satu lagi yang membuatkan saya seronok dengan mereka, mereka ni suka makan kuih "sri muka" hehehe..
tepat pukul 12pm.. aku, ila, syima, dan wana bersama-sama ke kuliah wanita di dewan al-ghazali Masjid Sultan Ismail (MSI). setiap hari jumaat Pusat islam akan mengadakan kuliah tafaquh wanita, yang di bawa oleh dua orang Ustazah secara bergilir-gilir.
sementara menuggu sahabat-sahabat dan ustazah sampai, wana meminta untuk saya memberi pengisian terlebih dahulu, saya pun on je. hampir satu jam juga kami menunggu kedatangan ustazah dan sahabat-sahabat. nak tahu apa yang saya kongsi ngan wana, syima dan ila? ha semua tentang hal wanita, mujahidah2, peranan dan tanggungjawab, termasuklah sirah-sirah di zaman Rasulullah.
hanya 8 orang mahasiswi termasuklah kakitangn UTM. rupa-rupanya kuliah ni tidak diwar-warkan lagi kepada mahasiswi, kerana sebelum ini hanya melibatkan kakitangan UTM sahaja, tapi dah ada tugas baru menjadi tnggungjawab kami yg hadir untuk mewar-warkannya, pada kuliah yang akan datang.
tazkirah yang ustazah sampaikan adalah, "pengorbanan Mariam ibu kepada Nabi Isa A.s" sewaktu mengandungkan dan melahirkan Nabi Isa tanpa ayah. Allah SWT telah memilih Mariam kerana atas kesucian yang dimiliki oleh mariam selama hidupnya. dengan Allah memberi mukjizat kepada nabi Isa iaitu boleh berkata-kata sewaktu dalam buaiyan lagi. dan Nabi Isa telah membuktikan kepada orang kampung yang Ibunya seorang wanita yang masih perawan. sekaligus membuktikan bahawa nabi Isa bukan anak Tuhan.
empat wanita yang Allah beri syafaat kepadanya iaitu yang pertama menerimanya adalah Mariam Ibu nabi Isa, Asiah isteri kepada Firaun, Syaidatina khadijah isteri Rasulullah SAW dan Puteri rasulullah Fatimah.. tentu saja kita yg bergelar wanita mahu berada dikalangan mereka bukan, jadi laksanakanlah tanggungjawab sebagai wanita muslimat, isteri soleha, dan masyarakat yang disayangi atas akhlak yang didasari dengan syariat ISlam.
nampaknya sampai disini saja, pengisian tersebut berdasarkan Al-quran surah Marian Ayat 42-44... semoga sedikit picisan ini, sahabat-sahabat dapat tanamkan dalam diri dan cuba untuk aplikasikan dalam kehidupan. ok sebelum tu nak tahu apa pandangan sahabat2 tentang hukum ini"isteri menyediakan makanan untuk suami?" adakah harus? wajib? sama2? or ???
kalau rasa nak kongsi mai kat facebook... -sutriana hj babu-
wasalam..........."hidup di dunia hanya sementara"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment