assalamualaikum buat semua penggermar blog.. sudah sekian lama coretan ana tidak mengisi wall post ana, cepatnya masa berlalu kini masuk tahun 2014 usia pun bertambah, namun kematangan diri bagaimana? amalan sehingga kini bagaimana? banyak telah berlaku di sepanjang tahun 2013, dan ana boleh katakan ia adalah tahun yang gelap bagi diri ana.. namun walaupun ianya sebenarnya ujian daripada Allah swt...
tanpa ana terus melalut, dan membuatkan jiwa ini sedih, ana ingin kongsikan kisah cinta .........
tepat pukul 3 pagi, sum tidak dapat melelapkan mata mungkin kesan daripada kesihatan sum yang kurang baik mendapat ujian sakit yang menjadi kafarah dosa untuknya. walaupun sebelum sum melelapkan mata dia telah mengamalkan satu ilmu yang di perolehinya dari sebuah majalah lama 'adab tidur dan bangun mengikut sunah nabi' walaupun tidak semua dilakukannya, kan ada pepatah mengatakan tidak mampu untu melakukan semua buat sikit pun takpa asalkan istiqamah.
1. muhasabah diri beberapa saat sebelum tidur
2. tidur awal
3. disunatkan berwuduk
4. disunatkan mengibas tempat duduk
5. makhruh tidur meniarap
6. menutup pintu, lampu
7. membaca ayat kursi, dua ayat terakhir daripada surah Al-baqarah, dan tiga qul
8. membaca doa dan zikir
*untuk mengetahui lebih lanjut bacalah majalah tersebut
hati sum gundah gulana, tiba-tiba dia teringatkan seseorang yang selama ini berada di ruang hidupnya, sum hairan hari ini hamba yang digalarnya sebagai mr.X sungguh menggangu pikirannya, jelas yang berlaku tiap kali sum mengambil gadget hp sum pasti tertera dailing mrX sim 1 or sim 2. kejadian pelik itu tidak berlaku sekali tetapi tiap waktu sum mengambil gadget untuk melihat momment kawan-kawannya di wechat.
sum menambil keputusan untuk melakukan solat istikharah walaupun solat istikharah untuk pemuda mr. x selalu di lakukannya sejak zaman universiti lagi. 'cinta dalam diam'. walaupun kata-kata yang pernah dilontarkan dalam buku 'cinta high class' penulis ustazah fatimah syarha berkaitan tentang 'mencintai seseorang dalam diam merupakan satu jihad' yang tahu kesahinya, namun pada diri sum ia menjadi sumber kekuatan pada dirinya untuk mencintai seseorang. walaupun hatinya banyak terluka dengan sifat kesabaranlah yang menjadi pendorong dan gurunya utk terus kuat.
seusai mengerjakan solat sunat tahajjud, sum pun menunaikan solat sunat istikarah dua rakaat... selepas tasyahud sum cuba lagi mengamalkan doa yang diperolehinya juga daripada majalah yang sama, sangat bermanfaat, doanya seperti berikut,
"ya Allah, aku mohon berlindung dengan Mu, daripada azab jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta kejahatan fitnah dajal" RA
doa tersebut adalah pengetahuan baru yang selama ini dilupakan dan ianya merupakan amalan yang sangat di ambil berat ketika tawun bin kaisan yang merupakan ulama tabiin yang sempat berguru dengan libih 50 orang sahabat dan merupakan murid paling kanan Ibn Abbas. nak tahu lebih lanjut belilah majalah (^_^)
usai menunaikan solat sunat tersebut sum pun membaca doa istikhara yang dikongsi oleh seorang temannya di wechat walaupun ia doa yang umum tapi maksudnya sangat mendalam....
"ya Allah ya Tuhan ku, berikan- daku pasangan yang terbaik dari sisi Mu, pasangan yang juga menjadi sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat"
nak tahu kisah selanjutnya antara mr.x dan sum?
kisah ini bersambung.......
owh ya siapa yang ad cadangan tajuk untuk kisah ini boleh bgtau saya melalui ID wechat saya
sutriana88
kerjasama dan prihatinan anda sy dahului dengan ribuan terima kasih
*terima kasih buat majalah Gen-Q
-wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung- Surah Al-Maidah :35.. "mati itu pasti, hidup Insya'Allah" -Think of Islam-
muhasabah
"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)
....doa istikharah.....
"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."
Profile
Friday, February 21, 2014
Saturday, September 28, 2013
hari terakhir kerja ana di Fajar
salam ukhuwahfillah...
hari ini 28 Sept. 2013 hari sabtu, hari terakhirku bekerja di KKDC Jewlerry fajar Tawau. hari isnin nanti bermula ana bekerja di Kampung Jawa dan menjaga sebuah kilang menghasilkan keropok dan ikan masin.. erm tugas pun semakin mencabar, kerana bos memberi amanah untuk ana menjaga pekerjanya di sana. pertama dalam hidup nak menjaga orang lain.. huh satu cabaran yang cukup besar saya rasakan...
apa pun moga dengan amanah yang baru ini mampu untuk mematangkan diriku.. Ya Allah Engkau bantulah ana, berikanlah kekuatan dan barakah dalam ana mencari Rezeki Mu yang halal....

Tuesday, September 24, 2013
bahagia dengan bersyukur
Ana suka kata-kata yang di kongsi oleh shbt2 dekat whatsup... untuk tidak menghilangkan kata-kata ini jadi saya kongsikan dekat dalam blog ni.. supaya ia sentiasa akan menjadi peneman agar ana sentiasa bersyukur dengan apa adanya... hayatilah kata-kata ini....
jika tiada rezeki anak
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik
maka kita akan lebih bahagia daripada memiliki anak yang liar
jika tiada rezeki wang ringgit
mungkin diberikan rezeki kesihatan
maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia
jika tiada rezeki kereta mewah
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah
maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang lebih mahal
jika tiada rezeki tinggal di rumah yang besar
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus
maka kita jauh lebih bahagia dari si gelandangan
jika tiada rezeki memiliki pasangan yang kacak
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan jauh lebih bertanggungjawab
maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya
jika tiada rezeki berjodoh
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang
maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada mereka
jika tiada rezeki hari ini
mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari
maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka
bersabar...
bersyukur..
berusaha..
berdoa.
dan...
bertawakkallah
...hanya Dia Allah SWT yang Maha Adil dan Maha Mengetahui mana yang baik untuk mu...

Subscribe to:
Posts (Atom)