muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Thursday, January 5, 2012

Khaulah Al-Azwar, Serikandi Medan Jihad


Oleh: Ustazah Hanisah Harun

Kelihatan Kelibat seseorang yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau dan menggunakan skaf sebagai topeng di muka terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak.

Beliau meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya pula lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain. Pertempurannya secara solo melawan musuh-musuh tanpa rasa gentar walaupun bersendirian.

Siapakah gerangan pejuang ini? Dialah pejuang wanita islam yang begitu berani di medan perang,,siapa sangka seorang wanita tangkas bertempur dan berkuda…dialah KHAULAH AL-AZWAR iaitu bidadari besi...

Alkisahnya,,,Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman rasulullah saw. Beliau adik kepada Dhirar yang juga mempunyai kehandalan di medan perang yang sememangnya tidak asing lagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur di medan perang turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang wanita yang mahir bermain pedang dan berkuda.Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat.

Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.Jika diteliti sirah bidadari besi ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan wanita yang paling handal dalam sejarah Islam.

Monday, January 2, 2012

Nak berada dalam medan amal islami yang bagaimana?

Setiap manusia yang iginkan Islam itu tertegak diatas keruntuhan jahilyah pasti mencari sesuatu inisiatif dan daya usaha ke arah tertubuhnya satu sistem khilafah. Ini jelas dibuktikan sebagaimana yang telah diasaskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna suatu ketika dahulu. Selepas keruntuhan kerajaan Turki Othmaniyah, beliau telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu harakah yang sudah semestinya untuk memenuhi satu keperluan ke arah menegakkan Daulah Islamiyah.


Namun hakikat yang perlu kita tahu adalah, manusia itu tidak dilahirkan ke dalam satu keselarian fikrah. Sebab itulah, bila islam ini merupakan satu agama yang syumul (sempurna) dan alami (universal), maka ramai diantara umat islam ini menganjurkan kelompok-kelompok agamawan yang lebih merujuk kepada konsep tasauf dan tazkiyah an-nafs sebagai salah satu elemen utuk mendekatkan diri pada Allah. Matlamatnya adalah satu... Mencari CARA MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH YANG TERBAIK.


Bila kita membicarakan tentang MENCARI JEMAAH YANG TERBAIK, keadaannya tidak jauh berbeza seperti apa yang telah saya gambarkan sebentar tadi kerana kita masih lagi berbicara tentang manusia yang tidak mempunyai keselarian fikrah. Rata-rata jemaah yang wujud di dunia, semuanya mempunyai satu matlamat, iaitu menubuhkan satu sistem khilafah. Tetapi, jemaah yang manakah adalah jemaah yang terbaik?


Kata sahabat-sahabat sefikrah, mencari jemaah yang terbaik seperti mencari kapal terbang yang terpantas untuk sampai ke destinasi. Kalau kita mengambil kira penggunaan motorsikal dan kereta sebagai salah satu alternatif lain, mungkin memakan masa 10-20 tahun agar matlamat untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju itu tercapai. Tetapi kalau kita menaiki kapal terbang? mungkin tidak sampai satu hari, sekurang-kurangnya kita telah mencapai 30% ke arah matlamat yang dituju (tak boleh kata capai 100% kerana kapal terbang boleh mendarat dilapangan terbang sahaja) . Selebihnya, mungkin memerlukan sedikit keupayaan untuk mengharungi ujian dan dugaan untuk mememastikan sampai ke destinasi (menaiki teksi dan bas untuk sampai ke bandar, sebagai contoh).


Ada juga orang kata, biar lambat asal selamat... Persoalannya, kita bukan membicarakan tentang penggunaan jalan rayaTetapi, kita berbicarakan tentang Islam yang berada didalam ghazwatul fikr (peperangan fikrah). Rata-rata hari ini, masyarakat Islam telah rosak, tak kanlah kita masih nak mengaplikasikan konsep 'lambat, selamat' sedangkan umat islam sangat 'cepat tak selamat' ?


Sahabat-sahabat, Islam adalah agama perjuangan, Allah sendiri telah berfirman, adakah kita ini mahu mengaku kita beriman, sedangkan kita ni belum diuji? (Rujuk Al-ankabut : 2-3). Atas sebab itulah, kita harus mengkaji dan menilai, dalam proses kita menyatakan penggabungan diri kita dengan sesuatu jamaah, kita harus mencari jemaah yang manakah adalah merupakan jemaah yang terbaik.


Persaolan terakhir yang ditimbulkan, bagaimanakah mencari jemaah yang terbaik?


Jawapan : Jemaah Islam yang terbaik adalah menghampiri kesemua ciri-ciri Islam yang telah Allah aturkan.

hasil nurkilan : saudara Ibnu Zubir Al-Bakri...

Friday, December 23, 2011

tarbiyah dzatiyah





tarbiyah dzatiyah adalah tarbiyah yangg berkaitan dengan pembentukan peribadi muslim dalam diri. terdapat 5 fokus utama dalam tarbiyah ini

1. Ruhiyah - untuk meningkatkan peribadi muslim seiring dengan meningkatkan keimanan dalam diri. melakukan amalan-amalan yang dapat meningkatkan keiman kita kepada Allah SWT. antara amalan-amalan adalah menjaga solat lima waktu, berpuasa wajib dan sunat, mendirikan qiammullail, mengaji Al-Quran, dan amalan-amalan terpuji yang lain. amalan ini dapat membantu kita meningkatkan keimanan kita kepada Allah dan membantu mendapat rahmat dan redha Illahi. selain itu sentiasa berdoa agar Allah sentiasa beri hidayah kepada kita dan agar kita sentiasa komited dan istiqamah dalam melaksanakan tuntutan sebagai hamba kepada-Nya, dan meninggalkan larangan_Nya. mengikut hadith daripada Saidina Ali nasihat Rasulullah kepadanya, sebagai seorang mukmin yang sejati paling kurang pun untuk komited dalam beribadah iaitu melakukan tiga perkara ini dengan konsisten iaitu solat dhuha, puasa sunat isnin khamis dan paling kurang dalam sebulan 3 kali puasa sunat".. namun ingatlah sahabat2 jagalah solat 5 waktu, solat itu adalah doa yang paling besar.

2. Fikiran - tarbiyah atau didik diri untuk sentiasa menggunakan akal fikiran untuk berfikir akan kebesaran Allah SWT. selain itu melatih diri untuk banyak membaca, iaitu memastikan setiap hari memperuntukan diri untuk membaca dalam masa 2 jam, membaca bahan2 yang ilmiah yang dapat membuka minda kita serta membaca sejarah-sejarah pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran serta mengambil ikhtibar dan ibrah daripada kisah sejarah tersebut lebih-lebih lagi merenung dan memikirkan bagaimana kejayaan Islam dan kebangkitannya semasa zaman Rasulullah SAW dengan banyak membaca sirah-sirah Rasulullah SAW dan tidak lupa juga nabi dan rasul yang diceritakan dalam Al-quran dan As-Sunnah. sebagai seorang mahasiswa yang terpelajar juga perlu cakna dan memikirkan tentang isu semasa yang berlaku disekeliling..

3. material (kebendaan) - cara didikan ini dengan mengambil ibrah peristiwa penghijrahan kaum muhajirin ke kota madinah dan bertemu dengan golongan Ansar, walaupun kaum muhajirin mendapat tawaran-tawaran yang hebat dari kaum Ansar namun kaum muhajirin tetap untuk mencari ikhtiar bagi menyara kehidupan mereka tanpa bergantung kepada pertolongan kaum ansar sehingga berjaya untuk meningkatkan ekonomi keluarga dan seterusnya membantu meningkatkan ekonomi Islam. kisah ini boleh dijadikan contoh kepada ahli gerakan Islam yang ingin memperjuangkan kebenaran dengan melatih diri untuk mencari dana bagi melaksanakan sesuatu program tarbiyah tanpa bergantung harap kepada duit persatuan..



4. penguasaan lapangan - melatih diri untuk menjadi seorang pakar dalam menganalisa keadaan semasa bagi memudahkan proses pentarbiyahan dan penyebaran dakwah dilakukan. sebagai contoh memahami wilayah atau kawasan yang didiami dengan mengetahui populasi penduduk sekitar bagi mendapatkan target yang tepat untuk dibimbing kejalan yang benar. agar perancagan lebih tersusun dan berstrategik, ana ingat kata-kata ini, "kebatilan yang terancang dapat mengalahkan kebenaran yang tidak terancang". selain itu juga ana ingat kata-kata pensyarah ana, bila kita lakukan sesuatu biarlah dengan perancangan yang bersungguh-sungguh.. pasti hasilnya tidak akan mengecewakan, namun ingat jika terlalu terburu-buru untuk mencapai sesuatu dan tidak mengikut strategik yang telah dirancang ia akan membawa padah dan kemungkinan gejalah lesu dan lari dari medan perjuangan akan berlaku.


5. haraki (gerakan Islamiyah) - memastikan diri mendapat didikan daripada gerakan islamiyah.. kerana ana terbaca satu kisah, dimana seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW.. ya Rasulullah apakah amalan-amalan kejahatan kerana rasulullah hanya menceritakan tentang amalan-amalan kebaikan sahaja dan sahabat tadi kuatir dia terjebak dalam amalan-amalan kejahatan. jawab Rasulullah ada, maka sahabat tadi pun bertanya lagi adakah amalan-amalan kebaikan akan muncul kembali selepas terhapusnya amalan kejahatan jawab Rasulullah ada dan sedikit sahaja yang akan melakukan kebaikan pada akhir zaman kerana ramai yang melakukan ibadah tetapi tidak mengikut sunnah ku (rasulullah SAW). lalu sahabat tadi bertanya lagi, bagai mana jika dia berada di zaman itu dan bagaiman dia terus istiqamah dalam kebaikan. maka jawab Rasulullah beradalah kamu dengan jemaah, dan sahabat bertanya lagi sekiranya tiada jemaah pada zaman tersebut aku harus bagaimana, jawab Rasulullah carilah jemaah walau pun ketika itu kamu terpaksa memakan ranting-ranting kayu. Subhanaullah betapa pentingnya kita berada dalam sesebuah jemaah bagi memastikan kita sentiada berada dalam rahmat dan lindungan Illahi..




aquarium