muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Friday, April 29, 2011

kisah disebalik marah

kisah ini adalah dari sebuah buku yang ana baca, tajuk buku "mencari makna kehidupan". sangat best buku ni sebab banyak berkaitan dengan kehidupan yang ku sendiri alami.

kisah-kisah yang terkandung dalam buku ini bnyak membuka minda untuk ana berfikir, banyak kesilapan rupanya yang telah dilakukan, yang memang begitulah manusia kadang2 merasa apa yang dilakukannya adalah betul dan tepat

ya ana tertarik dengan beberapa kisah daripada buku tersebut, ya tentu sahaja ada kaitan dengan tajuk diatas 'disebalik perasaan marah". begini kisahnya, seorang pemuda bersama dengan ayahnya.. pada suatu petang pemuda tersebut mengalami ganguan emosi dan sering marah, lalu ayahnya mendekatinya dan cuba memberi cadangan kepada anaknya..

"mari anak ku, ayah bawa kamu kesatu tempat untuk kamu lepaskan marah itu'


anak tersebut pun tanpa banyak soal, mengikuti ayahnya ke kandang kuda.

"wahai anak ku, apabila kamu marah kamu ambil paku dan ketuk kepapan ini, hingga kamu berasa puas"
begitulah pesan si ayah kepada anaknya.

pemuda itu pun, melaksanakan apa yang ayah dia cadangkan, oleh itu apabila pemuda tersebut berasa marah lalu dia mengambil paku dan ketuk paku tersebut sekuat mungkin

tiba satu petang, seperti biasa pemuda tersebut berkongsi rasa dan dia memberitahu yang di sudah rasa lega. ayah dia pun memberi cadangan yang lain pula, sebelum tu ayah dia lihat dahulu paku-paku yang dah melekat dekat kandang kuda tersebut.. dan paku-paku itu hampir memenuhi pagar.

'sekarang, sekiranya kamu menahan rasa marah dan memaafkan orang yang telah memarahi kamu, atau kamu cuba maafkan siapa2 yangg cuba memarahi kamu, maka cabutlah paku-paku yang kamu sudah tukul kepapan kandang itu' kata si ayah kepada anaknya.

lalu anaknya pun melakukan apa yang telah disarankan oleh ayahnya tanpa ada rasa ingin mengetahui objektif atau sebab mengapa ayahnya memberi cadangan sedemikian rupa.

sampai satu tahap, kesemua paku yang ditukul dahulu sudah dicabutnya semula kerana merasa sudah memaafkan kesalahan orang lain dan dia memaafkan dan melupakan kesilapan yang pernah dilakukan. lalu pemuda tersebut berjumpa dengan ayahnya untuk mengkhabarkan perihal tersebut.

ayah pemuda itu pun pergi melihat sendiri apa yang dikatakan oleh anaknya, ya memang kesemua paku-paku telah di keluarkan namun ianya telah meninggalkan bekar aiitu lubang-lubang pada kayu-kayu kandang tersebut, dan ayah pemuda itu pun menerangkan kesan marah tersebut..

lebih kurang macam ni ayatnya

"anak ku, bila kamu marah pada seseorang dan melepaskan kemarahan tersebut tidak kira tempat tanpa berfikir secara rasinal, kerana api kemarahan sudah melepasi tahap pemikiranmu.. maka tercetuslah kesan yang sangat besar dan dalam umpama batang tersebut (ayah menunjukan batang-batang yang berlubang-lubang) kesan ini mengambil masa yang panjang untuk kembali pulih atau ianya akan menjadi parut, begitu jualah di ibaratkan bila kita marah pada orang tentu orang itu terkesan dan bukan kesan yang sekejap kerana manusia ini pelbagai ragam, ada yang mudah memaafkan dan ada jua yang susah nak hilangkan kesan tercalar pada hatinya hatta seseorang itu bersahabat berpuluh-puluh tahun. lebih parah lagi jika marah itu diselitkan dengan kata2 kesat. ingatlah tidak semua orang memiliki perasaan yang sama. ingat lagi pepatah mengatakan jika kita buat silap atau terlepas kata pada orang lain ia susah untuk diundur kembali, dan buat silap dengan manusia tidak sama buat silap dengan Allah SWT, Allah maha pemaaf, tapi manusia tidak semua begitu dan ada sahaja yang susah untuk memaafkan.. oleh itu fikirlah dahulu sebelum kamu nak marah.

ana teringat juga kisah dalam saifulislam.com yang dikarang oleh ustaz Hasrizal, kesan marah memberi kesan yang luar biasa kepada siapa-siapa yang berada disekelilling manusia, umapama daripada pengurus yang dimarahi bosnya, lalu kemarahan dilepaskan kepada isterinya, isterinya pula lepaskan marah pada anaknya, anaknya marah pada pembantu rumah dan tak semena-mena pembantu tersepak pula kucing.



apa pun cubalah untuk memaafkan orang lain, dan sungguh kita bukan siapa2 akhir kita akan kembali jua kepada Pencipta Kita Allah SWT..

dan kepada siapa2 yang memiliki character suka marah2, cubalah didik untuk menjadi orang yang sabar.. tiada rugi untuk mencuba.. sungguh anda mampu untuk mengubahnya.. mintalah pada-Nya.,,,

tips untuk tidak marah, cuba tenangkan diri, istighfar banyak2, ambil wuduk..kalau tak le juga dari keadaan berdiri - gi duduk - tak le juga maka baringlah.. dan orang yang hebat dan kuat itu kan orang yang mampu untuk mengawal perasaan marahnya.. so jangan marah-marah2.. marahpun biar ada sebab..



salam mujahadah dan salam muhasabah...

siapa rasa nak komen boleh tulis dalam ruangan komen dibawah..

ya tiap2 orang pasti ada pandangan masing2.. tiada yang salah kerana itu hak anda

Sunday, April 24, 2011

dari blog ke fb dari fb ke blog


By Sutriana Umay · 14 hours ago

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan
wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang
mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada
kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal
orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan
martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan
paras rupa yang indah bak permata yang
menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas
kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita
hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih
untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan
kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan
lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan
dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa
mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan
ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih
berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita
atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih
malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau
akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu
tidak akan terpaut pada wanita hanya
kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa
dan agama.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan
adalah wanita solehah"

Friday, April 22, 2011

jadual exam

final exaam semakin menghampiri....
jadual exam

27/4 : english writing -

4/5 : Fundamentals of research methodology

7/5 : industrial supervisor

9/5 : skill for trainer

11/5 ; program evaluation

"ya Allah berilah kefahaman kepadaku dan tambahkanlah ilmu yang bermanfaat kepadaku ya Allah"

aquarium