muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Saturday, July 24, 2021

AMALAN HARIAN MOGA TERUS ISTIQAMAH

 JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS 🌳


1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)

- Mandi dan ambil wuduk


2. Solat Sunat Wuduk.


3. Solat Sunat Taubat.


4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).


5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).


6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.


7. Istighfr


( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X


8. Tahlil

( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X


9. Baca Doa Nabi Yunus


( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x


10. Tasbih 40x


( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X


11. Solat Sunat Fajar.


12. Solat Subuh.


13. Baca Yaassin lepas subuh.


14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.


15. Solat Zohor.

- Solat sunat sebelum

- Solat sunat selepas


16. Solat Asar.

- Solat sunat sebelum


17. Solat Maghrib.

- Solat sunat selepas


18. Solat Isya'

- Solat sunat sebelum

- Solat sunat selepas


19. Sebelum tidur baca :

- Al-Quran

- surah Al-Mulk

- surah Sajjadah

- surah Al-Waqiah


20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.


“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."


Ustaz Ismail Kamus ❤️


Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :


🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.

🔸 Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.

🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.

🔸Allah akan sibukkan kita dengan harta.

🔸 Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.


🔸Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.


🔸Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.


🔸 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.


🔸 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.


🔸Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.


🔸Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.


🔸 Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.


🔸 Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.


🔸Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.


(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)


🍃🌹tazkirah hati🌹🍃


 ❤️ @kataindahpenuhhikmah ❤️BUKU 


Monday, January 13, 2020

KISAH MAHLIGAI CINTA NANNA.. 11.01.2020

 menumpang pelamin si Nanna atau namanya Elyana sedapkan... barakkall sekali lagi buat Nanna dan Suaminya semoga kalian bahagia hingga ke syurga, tahniah atas perkahwinan walaupun kedengaran agak payah lafaz aqatnya ya... apa pun syukur juga 11.01.2020 kalian selamat sah menjadi isteri dan suami..saling melengkapilah dan saling menyayangilah dalam membina rumah tangga yang sakinah mawaddah dan warahmah... 

teringat la pula kisah yang pernah ku baca dalam 1 buku ni,,, tajuk buku tu Ajari hatiku, dalam buku tu ada banyak kisah dan tajuk kecil.. tapi satu ni paling juga ku ingat kisahnya, begini 

pada suatu hari ada seorang wanita yang baru pulang dari pasar melihat ada 3 orang berjanggut di halaman rumahnya.. ketiga-tiga org itu kelihatan letih dan lapa, wanita itu mengajak mereka masuk untuk,makan lalu mereka yang bertiga tu bertanya samaada suami wanita tersebut ada di rumah atau tidak. 3 orang tu setia menunggu suami wanita tu balik dan baru mereka sudi untuk masuk ke rumah wanita tersebut... wanita ni pun bila sampai sudah suaminya dia pun bagitau suaminya tentang kedatangan 3 orang tersebut. suami wanita tu pun ajak la 3 orang tadi tu masuk ke rumah, tapi tiba2 salah sorang dari tetamu tu bersuara "yang itu namanya KEKAYAAN, yang itu KEJAYAAN dan saya CINTA" mereka perkenalkan diri dan paling sandi sebab mereka tidak boleh masuk ke rumah bertiga2 keluarga tersebut kena memilih yang mana satu untuk di bawa masuk ke dalam rumah. jadi suami dan wanita itu pun berbincang mahu masukkan yang mana, suaminya ingin KEKAYAAN yang masuk sebab dia mahu rumahnya penuh dengan kekayaan. tapi wanita itu inginkan KEJAYAAN biar pekerjaan mereka sekeluarga selalu berjaya, tapi anak mereka pula inginkan CINTA agar rumah mereka penuh dengan CINTA. akhirnya semua bersetuju dan memilih CINTA untuk masuk kerumah. lalu mereka pun memanggil CINTA untuk masuk... tiba2 bila CINTA melangkah masuk kerumah ternyata KEKAYAAN dan KEJAYAAN turut ikut bersama. tuan rumah pun pelik sebab bukan hanya seorang saja kena masuk, tapi si CINTA pun mulai terangkan "Kalau kalian memilih KEKAYAAN ATAU KEJAYAAN kami hanya boleh berjalan sendiri2.. tapi kerana kalian memilih CINTA maka kami berdua akan selalu mengikutinya kemanapun dia berjalan... sebenarnya kami berdua ini BUTA hanya CINTA yang bisa melihat dan membimbing kami ke manapun dan pada bila2 masa"

dari kisah itu sebenarnya penulis ingin sampaikan yang kebahagian dan kedamaian hati bukanlah kekayaan dan kejayaan tetapi dengan kasih sayang yang mendalam di antara orang yang kita sayang....

so selamat berkasih sayang la..like in this photo....... 




Saturday, September 14, 2019

5 TANDA HATI ANDA MASIH TERLUKA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, apa khabar hati anda hari ini?


Hari ini saya nak kongsikan kepada anda tentang 5 tanda anda masih terluka sehingga mampu membawa kepada keretakan rumahtangga.

Pada saya, anda yang masih dalam fasa ‘kelukaan’ ini memang tak mudah untuk anda berdepan dengan konflik rumahtangga. Mungkin ada yang tersenyum bahagia tapi dalam hati siapa yang tahu kan? Jadi ini adalah tanda yang anda masih terluka:

1.SELINDUNG KESEDIHAN DIRI
Anda sendiri lupa bila kali terakhir anda rasa benar-benar bahagia dengan hidup. Mungkin anda seorang yang sering memendam rasa. Suka pendam perasaan sedih sendiri sampai anda sanggup BERPURA-PURA BAHAGIA sebab tak nak menyusahkan orang lain. Anda cuba ketepikan masalah diri sebab anda tahu banyak tanggungjawab anda perlu selesaikan saat ini.

2.SUKAR MELUPAKAN KESILAPAN PASANGAN
Masih teringat pengalaman yang menyakitkan? Anda nak sangat lupakan tapi anda tidak tahu bagaimana nak buang memori pahit tu.. Memanglah senang orang suruh positif, maafkan tapi nak buat bukannya mudah. Setiap kali terfikirkannya mesti rasa sakit je hati tu. Hal-hal itu menjadi terngiang-ngiang je dekat minda.

3.TAKUT DENGAN MASA DEPAN
Anda asyik fikir tentang apa yang akan jadi akan datang? Bukan soal diri sahaja tapi kerjaya, perhubungan dan masa depan anda. Anda takut orang mengkhianati diri, takut dicurangi pasangan lagi dan risau apakah kesudahan nasib anda di dunia ini. Kenapa anda takut? Sebab anda MASIH DIBAYANGI kisah silam tu. Bahasa mudahnya, anda masih trauma dan fobia!

4.CEPAT SANGKA BURUK
Apa sahaja pasangan anda buat,anda rasa was-was. Anda rasa ‘over-defensive’ terhadap diri anda sebab anda terlalu takut untuk dilukai lagi. Sudahnya, anda tak dapat bezakan mana kaca dan mana permata. Mungkin pasangan berniat baik terhadap anda, tetapi disebabkan kelukaan lalu, pintu hati telah tertutup untuk menerima kebaikan dari sesiapa pun.
.
5.HILANG FITRAH DIRI
Kalau dulu anda seorang yang ceria, bersemangat dan positif, kini tidak lagi. Anda semakin kurang bersemangat dan menerima sahaja apa yang berlaku. Hati anda telah terlalu letih untuk melayan semua masalah-masalah yang datang. Bagi anda, cukuplah anda buat apa yang perlu mengikut tanggungjawab anda.

aquarium