muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Monday, June 20, 2022

THE GREAT MEMORIES WITH MY FIRST OCCUPANT FETUS

 13.03.2022, : Hari terindah buat ku kerana setelah 34 tahun membujang sudah menjadi seorang isteri hanya dengan sekali lafaz bersama dengan suami tercinta Mohd Fadzly Bin Abdul Latif 

moga cinta kita hingga ke syurga Allah SWT... dan semoga hubungan kita penuh sakinah mawaddah warrahmah...

25.05.2022 : masa ni ku rasa period sudah lewat 2 hari, kebiasaan setiap bulan tarikh period ku pasti tepat masanya.. balik kerja tu terus pergi beli UPT (test kandungan). sampai saja di rumah terus ke tandas dan Alhamdulillah double line (positif mengandung). malam tu jua aq segera ke klinik berhampiran untuk membuat scan dan pengesahan. ya Alhamdulillah doktor sahkan aq mengandung.. Allah sahaja tahu perasaan ku saat itu dan suamiku jua sanggup untuk berpuasa kerana sangat gembira atas perkhabaran bahawa diriku telah mengandungkan anaknya.. alhamdulillah...

10.06.2022 : aq mula rasa khuatir kerana ada pendarahan, aq segera pergi ke klinik untuk periksa janinku sama ada baik2 saja atau tidak. masa ini kalau ikut perkiraan haid ku janin ku sudah berusia enam minggu, namun pada scan di klinik Family kandungan ku baru berusia 5 minggu.. kegusaran ku tidak berhenti malah semakin bingung dan khuatir kenapa boleh berkurang namun aq tetap positif kan diriku kerana menurut doktor di klinik tersebut mungkin aku salah kira kitaran haid atau persenyawaan lambat berlaku. 


12.06.2022 : petang ahad itu, setelah solat asar dan minum petang bersama suami ku dan keluarga ku, aku terbersin dan merasakan cecair panas keluar dari rahim ku, ku ingat masa tu aq sudah terkencing. aku terus pergi ke tandas untuk bersihkan diri, namun aq terkejut dan gelisah, bukan air kencing tapi darah banyak yang keluar. tanpa membuang masa aq mengajak suami ku terus pergi ke hospital kecemasan almaklumlah orang pertama mengandung kan jadi gelisah kekhuatiran tu ndak boleh di bendung sampai tekanan darah ku pun tidak stabil da dibuatnya.

dari pukul 4 petang aq admit di hospital tu, dengan kemeriahan orang yang tidak putus-putus mendapatkan rawatan di sana menyebabkan rawatan ku jua mengambil masa yang lama. pertama dalam sejarah hidupku doktor membuat pemeriksaan keatas diri ku banyak la benda pertama dalam hidupku berlaku di bilik kecemasan itu termasuklah memakai sarung pink orang nak bersalin tu. 


balik saja dari hospital kecemasan, pendarahan ku semakin teruk, darah berketul mulai turun dan hati ku semakin luruh,,, posible untuk keselamatan janinku semakin menurun. aku redha dan pasrah apa pun terjadi. kerana apa bila doktor sakit puan membuat scan keatas kandungan kuu yang sepatutnya pada hari itu sudah memasuki 7 minggu tetapi saiz hanya 5 minggu 4 hari.. sah dala hatiku janin ini tidak membesar dengan sepatutnya. 

15.06.2022 : aq pergi membuka buku pink


, jua pengalaman pertama dalam hidupku, walaupun janin ku bermasalah, aq tetap jua mengikuti saranan doktor untuk membuka buku pink lebih awal. banyak benda yang kupelajari semasa membuat pemeriksaan awal di pusat kesihantan ibu dan anak. oleh kerana taging buku pink ku bewarna merah, keesokan harinya aq perlu berjumpa doktor di KKIA bandar sudah tidak seperti ibu ibu yang mengandung normal temujanji biasanya 2 minggu  ke sebulan baru bertemu. 

16.06.2022 : jam 2 petang aq sudah mendaftarkan diri di KKIA untuk bertemu dengan doktor, biasalah keriuhan kalau berada di klinik yang di penuhi kanak-kanak riang riuhnya lumayan jua. melihat ibu di sebelah tempat duduk ku yang tengah sarat dan hannya menunggu hari untuk melahiran, meraihkan keterujaha pada diri ku, mula la aq berangan-angan untuk memakai baju mengandung sambil perut boboyot memawa baby aq tersenyum sendiri.. lamunan ku terhenti saat nama ku di panggil. 

doktor sekali lagi membuat scan dalam janin ku, kelihatan kantung ku masih stabil, namun janin dalam kantung tu bermasalah. ya malam sebelum ku berjumpa dengan doktor di KKIA itu aq telah membuat pemeriksaan di Klinik Nurliadi kerana pendarahan ku tidak pernah putus. bila Doktor Nurliadi mengatakan tidak dapat mendengar degupan jantung walaupun di segenap sudup telah doktor mencari bunyi tidak ketemu jua. aku mulai pasrah dan redha dengan segala ketentuan Allah kurniakan. 

ya doktor di KKIA hanya memberi pesanan pada ku, sekiranya tidak jua pendarahan yang serius berlaku keatas ku , aq di suruh tunggu saja temujanji ke hospital pada 30 jun 2022 untuk review selepas aq dari hospital kecemasan pada 12.06.2022. kata doktor kelihatan janin ku memang tidak menjadi namun biarlah dia kalau tidak jadi sekalipun biarlah jatuh sendiri jangan di paksa... ya aku setuju dengan pandangan tersebut. aq balik dan seperti biasa solat dalam keadaan istihadah dan terus berdoa dengan Allah yang maha pencipta segala takdir.. mana yang terbaik untuk diriku dan anak dalam kandungan ku..

19.06.2022 : jam 12 tengah hari, ya ada sesuatu ku merasakan keluar dari rahim ku, dan kuingat masa tu hanya 'kentut rahim' rupanya kantung janin ku sudah keluar.



. aq redha dan pasrah terus telefon suami ku yang dalam perjalanan baliik ke LD sebenarnya setalah 2 malam menginap di Tawau bersama ku. suami ku patah balik ke Tawau saat mendengar berita yang menyedihkan dan mengecewakan.. statusnya yang sebelum ini bahagia menjadi bakal ayah di hari bapa tahun 2022 ini tidak tercapai. namun kasih sorang suami tidak pernah berkurang dia beri pada ku malah kasih sayangnya semakin bertambah dan kuharap biarlah hingga ke akhir hayatku kasih sayang antara aq dan suamiku berkekalan sehingga ke syurga.. dan moga Allah gantikan dengan yang lebiih indah.. kehilangan satu ini mana tahu Allah nak bagi kembar sekaligus suatu hari kan.. jadi hanya doa dan hajat di pohon pada RobbulIzzati.. 


terima kasih semua shbt2 yang selalu beri saport dan dokongan pada diri ku... walaupun janin pertama ku hanya bertahan genap 8 minggu dalam rahim ku, ia merupakan suatu hadiah dan anugerah terindah buat diriku ,... terima kasih Allah atas segala takdir dan ujian kecil yang di titipkan dalam kehidupan ku... semoga sifat sabar dan tabah sentiasa ada dan tersemat dalam sanubari ku... sirru ala berkatillah..

'kenangan yang menjadi sejarah'

semua dalam 1 minggu pendarahan...



aquarium