muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Saturday, September 14, 2019

5 TANDA HATI ANDA MASIH TERLUKA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, apa khabar hati anda hari ini?


Hari ini saya nak kongsikan kepada anda tentang 5 tanda anda masih terluka sehingga mampu membawa kepada keretakan rumahtangga.

Pada saya, anda yang masih dalam fasa ‘kelukaan’ ini memang tak mudah untuk anda berdepan dengan konflik rumahtangga. Mungkin ada yang tersenyum bahagia tapi dalam hati siapa yang tahu kan? Jadi ini adalah tanda yang anda masih terluka:

1.SELINDUNG KESEDIHAN DIRI
Anda sendiri lupa bila kali terakhir anda rasa benar-benar bahagia dengan hidup. Mungkin anda seorang yang sering memendam rasa. Suka pendam perasaan sedih sendiri sampai anda sanggup BERPURA-PURA BAHAGIA sebab tak nak menyusahkan orang lain. Anda cuba ketepikan masalah diri sebab anda tahu banyak tanggungjawab anda perlu selesaikan saat ini.

2.SUKAR MELUPAKAN KESILAPAN PASANGAN
Masih teringat pengalaman yang menyakitkan? Anda nak sangat lupakan tapi anda tidak tahu bagaimana nak buang memori pahit tu.. Memanglah senang orang suruh positif, maafkan tapi nak buat bukannya mudah. Setiap kali terfikirkannya mesti rasa sakit je hati tu. Hal-hal itu menjadi terngiang-ngiang je dekat minda.

3.TAKUT DENGAN MASA DEPAN
Anda asyik fikir tentang apa yang akan jadi akan datang? Bukan soal diri sahaja tapi kerjaya, perhubungan dan masa depan anda. Anda takut orang mengkhianati diri, takut dicurangi pasangan lagi dan risau apakah kesudahan nasib anda di dunia ini. Kenapa anda takut? Sebab anda MASIH DIBAYANGI kisah silam tu. Bahasa mudahnya, anda masih trauma dan fobia!

4.CEPAT SANGKA BURUK
Apa sahaja pasangan anda buat,anda rasa was-was. Anda rasa ‘over-defensive’ terhadap diri anda sebab anda terlalu takut untuk dilukai lagi. Sudahnya, anda tak dapat bezakan mana kaca dan mana permata. Mungkin pasangan berniat baik terhadap anda, tetapi disebabkan kelukaan lalu, pintu hati telah tertutup untuk menerima kebaikan dari sesiapa pun.
.
5.HILANG FITRAH DIRI
Kalau dulu anda seorang yang ceria, bersemangat dan positif, kini tidak lagi. Anda semakin kurang bersemangat dan menerima sahaja apa yang berlaku. Hati anda telah terlalu letih untuk melayan semua masalah-masalah yang datang. Bagi anda, cukuplah anda buat apa yang perlu mengikut tanggungjawab anda.

aquarium