muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Friday, June 20, 2014

sahabat

sahabat

Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.....

Duhai sahabat..
... Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?

Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNy

p/s: msg ini sy copy dr seseorang...
sama2 lah kita menghayatinya...:)

Thursday, June 19, 2014

Buat semua Muslimah

Buat semua Muslimah,

Duhai bidadari penghuni syurga, Bersabarlah dengan segala kepayahan dunia. Bukan sahaja kepayahan untuk membina dirimu agar tegar sebagai bidadari penghuni syurga malah kepayahan untuk membina manusia lainnya agar tegar juga dengan senda gurau dunia.

Duhai bidadari penghuni syurga, Sekali dirimu telah tersadung dalam kafilah tarbiyah ini maka janganlah sesekali kau berpatah balik ke belakang atau mengeluarkan dirimu dari gerabaknya. Ber'amallah dengan apa yang kau imani seikhlasnya. Walau seluruh manusia tidak mengiktiraf 'amalmu tetapi yakinlah Allah memandang segala keikhlasanmu.

Duhai bidadari penghuni syurga, Bersyukurlah dengan segala apa yang akan dan telah Allah hidangkan kepadamu. Kerana redha Allah itu hanya akan kau rasai dan perolehi setelah dikau sendiri redha dahulu dengan segala yang Dia berikan kepadamu.

Duhai bidadari penghuni syurga, Beruntunglah kerana kau boleh beramal dua kali ganda daripada sebelumnya. Bersangka baiklah sentiasa dengan anugerah Ilahi. Beruntunglah andai dirimu dapat menjadi Khadijah era ini. Bersyukurlah andai kau diuji seperti Asiah pemilik mahligai syurga Ilahi.

Duhai bidadari penghuni syurga, Cinta itu dari Ilahi. Datangnya ia dari Allah dan hilangnya ia juga dengan izin Allah. Kuyakin, dikau yang penuh dengan cinta. Sebarkanlah bahagia melaluiNya. Kepada hanya yang berhak menerima setelah Allah dan RasulNya



kasih ku Tuhan

Hakikat kehidupan, ujian silih berganti.. berat bahu yang memikul.. tiada tempat bergantung selain dari Allah.. namun, manusia masih memerlukan manusia.. bertanya tanpa suara, terjawab tanpa sedar, hikmah tersembunyi.. namun jiwa tetap merasa sesak... 'Ya Allah,terlalu berat dirasa' *********************** Jarak di antara tuhan dengan hambanya, sangat dekat. Sesungguhnya Allah itu sangat dekat.. Allah tahu apa yang kita rasa.. Semuanya berkait dengan jiwa.. Manusia, mereka tahu bila berada ditempat kita, atau pernah merasainya.


sukan perangkaan tawau

assalamualaikum...wbt

apa khabar semua penggemar blogger.. hari ini saya nak share aktiviti saya sepanjang bekerja dibawah jabatan perangkaan malaysia.. bekerja di bawah jabatan ni sangat mencabar lebih-lebih lagi skop pekerjaan membanci perusahaan.. pelbagai pengalaman yang saya alami pahit, manis dan macam-macam lagi..

hari perangkaan dibuat pada 14 jun 2014 saya bersama dengan group saya iaitu group 1 mewakili baju oren, dan ketua kumpulan kami mencadangankan kumpulan kami bernama jaguar.. hehe ada bunyi jaguh sikit.. nilah wajah2 kumpulan kami


ceriakan.... yang paling best kami telah memenangi tempat pertama dalam acara futsal dan badminton.. walaupun majoriti kumpulan kami berbadan XXL tapi semua semangat,,.. sangat seronok.. tahniah buat ahli kumpulan saya.. jumpa lagi untuk sukan indoor game kita 26 jun ini ^_^

credit for all staff jabatan perangkaan 



aquarium