-wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung- Surah Al-Maidah :35.. "mati itu pasti, hidup Insya'Allah" -Think of Islam-
muhasabah
"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)
....doa istikharah.....
"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."
Profile
Tuesday, January 25, 2011
Muslimat Power!
Sejarah Perjuangan Muslimat
:http://u-jam.blogspot.com/2011/01/dimanakah-muslimat-power.html
Penglibatan muslimat dalam gerakan dakwah dan perjuangan menegakkan kalimatul haq di atas muka bumi ini bukan perkara baru. Malah ia berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi.
Contoh yang ditunjukkan oleh muslimat terdahulu seperti isteri pertama Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah menjadi wanita pertama yang menyahut seruan Iman. Seorang yang cukup setia menemani baginda dalam susah dan senang , tidak pernah berhenti berusaha menenangkan hati baginda, menjadi penyokong dan sumber kekuatan yang kuat kepada baginda. Saidatina Khadijah....... yang asalnya dari golongan bangsawan yang mempunyai harta yang banyak, menjadi sumber kewangan kepada perjuangan Islam ketika itu atas sifatnya yang sangat pemurah. Sehingga diriwayatkan, di akhir hayatnya, tidak ada harta yang tinggal padanya, semuanya diinfakkan ke jalan ALLAH SWT. Kewafatan Saidatina Khadijah membuatkan Rasulullah SAW berduka kerana kehilangan seorang isteri yang setia, pembantu
dan pembela baginda dalam melanjutkan tugas dakwah yang suci ini. Kata baginda;
“Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-permpuan lain (isteri-isteriku)”
Begitu dalamnya cinta dan sayang baginda kepada Saidatina Khadijah. Saya pasti, sukar untuk kita mencari wanita sehebat beliau dalam sejarah perjuangan muslimat hari ini.
Sejarah tidak melupakan kehebatan seorang wanita yang hebat dalam ilmu Al-Quran, hadis, ilmu fiqh, sejarah dan juga Bahasa Arab, iaitu juga salah seorang isteri baginda Rasulullah yang dikahwini pada usia yang begitu muda, Saidatina Aisyah r.a. Abu Burdah bin Musa dari ayahnya ada menerangkan bahwa ; “setiap sahabat yang menemukan kesulitan dan bertanya kepada Aisyah r.a pastilah mereka mendapat jawapan yang mantap dan ilmiah..” Tercatat juga dalam sejarah bahawa Saidatina Aisyah r.a adalah termasuk salah seorang daripada 7 orang Majlis Syura. Kehebatan Saidatina Aisyah r.a dalam bidang ilmu banyak membantu baginda dalam menyampaikan risalah dakwah terutamanya dikalangan kaum wanita.
Saya tampilkan juga seorang lagi pejuang muslimat yang cukup tegar di medan peperangan,penuh keberanian, Nusaibah binti Ka’ab. Nusaibah antara wanita yang ikut sama di dalam perang Uhud, yang tugasnya memberi minum kepada muslimin yang berperang dan terluka di siang hari. Namun di saat genting, ketika tentera muslimin dalam porak poranda akibat tidak mengikuti arahan baginda Rasulullah, beliau segera mendekati Rasulullah dengan pedang dan anak panah sebagai pelindung kepada baginda. Di dalam peperangan ini, dengan keberanian yang ada pada Nusaibah, beliau telah mendapat luka yang teruk di seluruh badannnya di mana luka itu mengambil masa selama satu tahun untuk sembuh. Nusaibah sehingga kini disebut sebagai Srikandi Perisai Nabi.
Seorang lagi srikandi yang saya suka untuk kongsikan di sini iaitu, Sumayyah, orang pertama yang bergelar syahid. Kerana teguh dengan keimanan, beliau diseksa dengan begitu kejam sekali oleh Abu Jahal. Beliau dipakaikan baju besi dan dijemur dibawah terik panas matahari yang membakar. Kerana keteguhan inilah, Abu Jahal telah merejam beliau dengan tombak sampai mati. Teringat saya akan bait-bait indah dalam lagu yang disampaikan oleh kumpulan Hijjaz akan perjuangan syahidah pertama ini.
Sabarlah keluarga Yasir bagimu Syurga di sana
Dan kau pen tega memilih syurga
Walau terpaksa berkorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah
Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kau lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipata sejarah
Bait lagu ini pernah menanam satu semangat dan keinginan yang tinggi dalam hati dan jiwa saya untuk menjadi seorang insan yang berbakti kepada agama selama kehidupan ini.
Ramai lagi pejuang muslimat yang boleh dijadikan contoh dan ikutan kita di zaman ini. Cumanya, saya tampilkan empat srikandi ini untuk saya rumuskan beberapa perkara.
Pertama, seorang isteri itu perlu ada kesetiaan dan rela hidup bersama dengan suami dalam senang dan susah. Tidak kira dalam kondisi dia seorang yang berkerjaya, yang lebih tinggi gajinya daripada suami, ataupun yang mempunyai pangkat yang tinggi dalam jamaah berbanding suami. Kesetiaan ini, mampu memberi impak yang tinggi kepada si suami dalam meneruskan perjuangan seperti setianya Saidatina Khadijah kepada baginda Rasulullah SAW. Susah senang suami dapat dirasai bersama oleh isteri dan sentiasa berada di sampingnya untuk memberikan semangat kepada suami.
Kedua, seorang isteri perlu ada kemahiran psikologi yang baik. Ilmu kejiwaan ini sangat membantu dalam kehidupan suami yang berada dalam gerakan dakwah ini. Mereka yang berjaya menguasai ilmu psikologi ini dapat membantu suami dalam perjalanan dakwah dengan tenang di samping pertolongan dari ALLAH.
Ketiga, kepentingan ilmu. Muslimat yang ingin berada dalam gerakan dakwah, perlu ada ilmu. Agar perjuangannya mempunyai sandaran dan asas. Imam Hasan Al-Banna sendiri meletakkan rukun pertama dalam arkanul bai’ah ialah FAHAM. Untuk memahami, muslimat harus dilengkapkan dengan ilmu dan menyampaikan juga berdasarkan ilmu. Sebagaimana Saidatina Aisyah r.a yang menjadi gedung ilmu, begitulah juga muslimat pada hari ini. Yusuf Qardhawi menyebut, adalah wajib bagi setiap wanita terhadap orang tuanya, anak-anaknya, serta kawan-kawan sejantina dengannya, untuk menganjurkan pembersihan aqidah dan tauhidnya dari pengaruh di luar Islam. Dan kewajipan ini memerlukan ilmu.
Keempat, muslimat harus berani. Muslimat kadang-kadang perlu dibelakang sebagai pendorong dan pembantu, namun ada masa dan ketikanya harus di hadapan. Sebagaimana Nusaibah yang asalnya bergerak sebagai pemberi air dan perawat luka tentera muslimin, namun, di saat yang genting, memerlukan dia untuk tampil ke hadapan berjuang di medan peperangan. Muslimat sebagai isteri solehah, ibu mithali, keutamaannya adalah mendidik anak-anak, namun tidak bererti dia harus meninggalkan lapangan dakwah dalam konteks masa kini yang memerlukan tenaga muslimat di lapangan dakwah. Jadi, harus bijak bertindak. Bagaimana? Rancang dan fikirlah.
Kelima, mujahadah dan kesabaran yang tinggi. Indahnya kesabaran dan semangat jihad yang ditunjukkan oleh Sumayyah dalam mempertahankan aqidahnya. Hakikat kehidupan dalam perjuangan, jika mudah dan senang itu, bukan dinamakan perjuangan. Sabar kita dalam berkerjaya, sabar kita dalam menguruskan rumahtangga, sabar kita dalam menyampaikan dakwah. Andai hilang kesabaran, rebahlah kita di pertengahan jalan.
Wednesday, January 19, 2011
impian jadi kenyataan
Ya Allah Ampunkan daku Ya Allah... kecil rintihan yang kelua daripada hati ana, tiba-tiba perasaan ana berubah menjadi tenang, setenang air di tasik... kadang-kadang hati ini mudah terusik umpama air di tasik yang ditiuo angin.. kelihatan air akan berkocak sedikit, sungguh muda, begitu juga hati ini, mudah saja terusik dengan bisikan-bisikan yang tidak diundang.. astagfirullah,ana tahu ana hanya insan biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan. namun ana tak nak ianya menjadi alasan untuk ana berubah untuk kebaikan diri ana juga..
"sabarlah ana, anggaplah ia satu ujian daipada Allah". memang mudah untuk dilafaz tapi, uhh... masyaAllah benarlah satu kata, kebenaran itu sungguh pahit, memendam ia lagi perit".. ujian itu adalah dugaan buat orang-orang yang di sayangi Allah.. kerana dengan sekecil-kecil ujian lah yang mampu untuk menyedarkan seseorang daripada terus melakukan kesilapan. subhanaullah.. masyaAllah...
"sabarlah ana, anggaplah ia satu ujian daipada Allah". memang mudah untuk dilafaz tapi, uhh... masyaAllah benarlah satu kata, kebenaran itu sungguh pahit, memendam ia lagi perit".. ujian itu adalah dugaan buat orang-orang yang di sayangi Allah.. kerana dengan sekecil-kecil ujian lah yang mampu untuk menyedarkan seseorang daripada terus melakukan kesilapan. subhanaullah.. masyaAllah...
"kamu tidak dikatakan beriman, selagi mana kamu tidak diuji".. ayat ini sentiasa terngiang-ngiang di kota fikiran ana, jika dibandingkan ujian yang Allah berikan kepada umat yang dahulu, sangat jauh.. begitu dengan kekuatan akidah yang mereka miliki, walau apapun yg berlaku keatas mereka, akidah tetap diperjuangnkan, subhanaullah.. lahaulawalakuataillabillah.. kenapa ana tidak boleh berfikir sepertii mereka.. "Ampunkan hamba Ya Allah, berilahkekuatan pada diri hamba"..
jangan pernah merasa cukup dalam beribadah kepada Nya.. ana cuba mendidik diri ini untuk jauh daripada sifat-sifat mazmumah untuk tidak teus hanyut di buai nafsu yang jahat, ku ingin rahmat dari Allah, namun rahmat itu hanya milik orang-orang yang beiman dan merasa dekat dengan Allah. Allah mebolak-balikkan hati, namun doa lah yang membantu untuk ana terus kekal dilandasan dan cahaya yang betul.. oleh itu kekuatan doalah yang menjadikan apa yang diimpikan tercapai.. subhanaullah..alhamdulillah..
Thursday, January 13, 2011
terhijab
assalamualaikum, alhamdulillah bertemu lagi dalam ruangan alam maya.. dengan limpahan kuriniaNya dan izin_Nya dapat lagi ana menulis apa yang terbuku dalam minda ini.
alhamdulillah, setelah sebulan bercuti, dan macam tak cuti.. kuliah hadith bersambung semula alhamdulillah walaupun pada hari isnin yang lepas kelas tiada. namun ia bukan penghalang untuk ana dan sahabat2 datang pada hari seterusnya demi mengumpul dan mempelajari sedikit ilmu Allah untuk bekalan di hari kemudian yang kekal selama-lamanya..
sangat best, ustaz menggunakan Kitab Al-Hikam yang di tulis oleh Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari.. kata seorang adik keluarga ana di UTM ni kitab ni pernah di gunakan oleh Mas Azam (KCB 2). kitab ni banyak memberi penerangan tentang ilmu asas tentang Islam dan penghuraian yang jelas daripada ustaz untuk pemahaman yang lebih. namun shbt2 dan pengunjung2 boleh juga mempelajari kitab tersebut untuk bacaan dekat http://www.angelfire.com/journal/suluk/hikam.html namun untuk penerangan sebaiknya belajar dengan ustaz. semoga kita di jauhi dari sebarang ilmu2 yang menyimpang.. elakkan daripada membuat fahaman sendiri. kerana ia sangat bahaya.
melalui pengajian kitab tersebut bersama dengan ustaz othman, ia banyak mengajar ana sendiri dan memberi ilmu2 tentang mendekatkan diri pada Allah SWT. dapat menyedarkan siapa kita sebenar dan banyak lagi, kalau shbt2 pengujung berminat boleh lah joint
masa: 7.30 am- 8.00am
tempat : dewan al-biruni MSI
tarikh : isnin hingga jumaat.
datang jangan tak datang
Sunday, January 9, 2011
pertemuan di tasik
masyaAllah dah pukul berapa ni?.. kelihatan wa agak runsing kerana teman-temannya yang lain tidak kelihatan. em nilah macam mna nak ubah persepsi janji melayu.. jika terbukti janji pukul 9 , 10.15am baru datang. namun itu;ah secara realitinya, memang agak susah nak menepati waktu, kerana kita mampu merancang Allah jua merancang dan perancanganNya lah yang terbaik.
bie tidak usai lagi berada dalam meeting, mujur sahaja kak su temankan dia bermesyuarat bersama rakan-rakan kolej.
"kenapa saya yang menjadi topik perbualan pada pagi ini? terdengan keluhan bie, kesian dia. dia tidak terfikir langsung bahawa nama dia akan naik pada pertemuan tersebut, dan membuatkan dia rasa bersalah, dan membawa masalah pada semua orang. secara lahiriahnya manusia mudah untuk terasa dan tidak salah jika ia berfikir macam tu kerana kita hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, apa pun hanya sabar sahaja yang mampu untuk memberi kekuatan pada diri.
pertemuan yang seperti biasa di setiap pertemuan pertama iaitu suai kenal "tak kenal maka tak cinta".. seusai berkenalan pertemuan kami di teruskan dengan penyampaian harapan dan pandangan bila berada di suasana yang baru, bak kata orang kampung, tempat yang agak asing.
apa yang perlu disediakan adalah, persiapan diri sendiri, kuatankan diri dan bersedia untuk berhadapan dengan cabaran yang mendatang. tiba2 hujan turun, "bila hujan turun ukhuwah pun terjalin" ya hujan memang kedatanganya selalu membawa rahmat dan berita gembira kepada umat manusia.
k bersambung....................
Tuesday, January 4, 2011
em macam2..
assalamualaikum, alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi dengan limpahan kurnia iman dan Islam, ana diberi peluang untuk mencoret lagi di blog ini.
cuti sem ini amat bermakna, walaupun kawan2, teman2, shbt2 ada yang kerja sambilan, duduk rumah je, jalan2 cuti2 bersama family.. tapi berbeza dengan diriku dan shbt2 keluarga ku..
syukur Alhamdulillah kerana Allah telah memilih diriku untuk mengisi masa lapang di waktu cuti sem ini untuk bersama-sama mencari pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup, terutama bergelar sebagai mahasiswa.
jika difikirkan semula, ana hanya 3 tahun sahaja berada dalam kampus, "apa yang boleh ana dapat dalam masa 3 tahun? dan apa yang akan ana sumbangkan pada universiti? nilah impian ana semasa berada di bangku sekolah lagi.
sebelum tu nak konsi dulu mesej adik usrah ana "tangisilah segala dosa, ia kan menjadi syafaat di akhirat nanti.. usah berputus asa dgn banyaknya dosa. sebanyak mana pun dosa akan diampunkanNya.. asalkan kau menyerah & berjuang keranaNya.. iringlah kejahatan itu dengan kebaikan.. ia akan menghapuskan segala dosa.. menyesallah di atas keterlanjuranmu.. jgn diulangi lagi apa yang telah dilakukan, beristiqamahlah dengan kebaikan.. muhasabalah selalu setelah dilakukan.. kerana Allah Maha Penerima Taubat..."
subhanaullah kata2 yang sungguh memberi motivasi khusus kepada kita insan yang sering melakukan kesilapan.
bersambung..
Subscribe to:
Posts (Atom)