muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Tuesday, October 26, 2010

MAHASISWA ASING

Situasi 1
 
"Hai Jo, gembira nampak?"..
"Biasalah Pok, hari ni perkara yang sangat mengembirakan diriku. Hehehe.."
"Apa yang gembiranya? Mesti perkara best ni kan".

"Yalah, inilah first time dalam hidupku setelah lama aku nanti-nantikan. Bukan macam kau, kau memang dah lama dengan si dia. Tapi tak apalah, yang penting aku dah dapat dengan perempuan yang aku idamkan selama ini. Yahoooo..."

"Memang gembira betul lah kau ni. Tahniahlah. Last sem ni kan, dapat juga kau couple akhirnya."
 
“Yalah Pok. Bukan macam kau tu, berapa banyak sudah awek yang kau dapat. Kalau dikira-kirakan, rasa-rasanya sudah 3 kali kau bertukar awek waktu degree ni. Memang terer tul lah kau ni.”
“Macam mana juga Jo, dah memang aku hensem sangat, mesti ramai awek yang minat kat aku. Tapi apa-apa pun, tahniah sekali lagi atas kejayaanmu ini”
“ TQ Pok, tapi kalau bukan sebab kau yang ajar aku selama ini,mungkin aku tidak akan berjaya menarik hatinya.. teknik kau mmg berkesan lah, first class punya”
“ Tengok kaki lah Jo. Tapi kan, aku hairanlah, apsal si Awang tu, sejak dari awal sem degree, tak pernah pun aku nampak dia jalan dgn perempuan, apsal Jo?”
“ Yalah, aku pun hairan juga.. dia tu, tgk rupa paras, mmg hensem juga, aku dgr ramai perempuan yg minat dengan dia, tp dia saja yg tak nak.. jual mahal la konon..mmg asing betul dia tu”
“ Apa kata kita gelar dia Mahasiswa Asing…amacam?”
“ Betul gak tu… Cadangan yang mantap.”
“ Ah itupun dia si Awang, nak ke mana pulak dia tu?”
“ Hai Awang, mu nok gi mano?”
“ Assalamualaikum Jo, Pok… oo.. Aku nak pergi library ni, nak study, kan exam seminggu lagi, jom kita study sama-sama.”
 
Situasi 2

"Assalamualaikum Jo, gembira nampak?"..
"Waalaikumussalam. Biasalah Pok, hari ni perkara yang sangat mengembirakan diriku. Hehehe.."
"Apa yang gembiranya? Mesti perkara best ni kan".
"Yalah Jo, inilah first time dalam hidupku setelah lama aku idam-idamkan. Demi mencari keredhaanNya, alhamdulillah, aku dapat juga mengkhatamkan al-Quran dalam bulan ramadhan lepas. InsyaAllah, moga-moga amalan ku ini diterima. Amin.”
“Alhamdulillah Pok, tahniah atas usaha kau selama ini, mudah-mudahan usaha kita ini menjadi titik tolak untuk meneruskan amalan membaca quran setiap masa dan dapat mengkhatamkannya sebulan sekali. Boleh Pok?”
" Boleh bah kalau kau. InsyaAllah, aku akan teruskan. Aku sangat berterima kasih kepada kau Jo atas tunjuk ajar kau selama ini. Kau lah yang selalu mendampingi aku dan memberikan nasihat tentang kepentingan membaca Quran. Aku rasa hati ini menjadi tenteram dan sangat tenang.  Doakan aku ya Jo agar aku terus istiqomah”
“ InsyaAllah Pok. Kita doa bersama-sama,”
“ Macam mana target kau Jo ramadhan lepas? konfem targetnya tercapai kan. Siapa yang tak kenal dengan Syeikh Jo ”
“ Alhamdulillah Pok. Bulan ramadhan lepas aku dapat juga menghafal 3 juz Quran. InsyaAllah akan diteruskan untuk beberapa juz lagi di bulan ini.”
“ Subhannallah Syeikh Jo, sungguh hebat kamu ya, dapat hafal 3 juz, aku kagum dengan kamu”
“ Tapi yang pentingnya Pok, apa jua amalan yang kita lakukan ini kita sandarkan kepada Allah s.w.t dan ikhlaskan lah diri dalam menjalankan perintahNya.”
“Yalah Jo.. aku sangat bersyukur dengan nikmat islam dan iman yang kita ada ini.. Bersama-sama lah kita mendoakan agar hati kita sentiasa ikhlas melaksanakan perintah Allah demi mencari keredhaanNya..”
“ InsyaAllah Pok, we will find our ways.”

Kesimpulan: 

Begitulah sketsa pendek yang memberi makna sebenarnya di dalam kita menjalani kehidupan sebagai seorang muslim dan juga bergelar mahasiswa IPT, perbualan yang bagaimana sepatutnya kita bicarakan. adakah kita hanya berbual kosong dan tidak memberikan manfaat kpd orang lain? perbincangan tentang study itu amat perlu, tetapi bilamana diselitkan dengan perbualan yang tidak kena mengena dengan study, maka perbincangan kumpulan tersebut akan menjadi sia-sia belaka.

Kehidupan mahasiswa IPT adalah kehidupan yang bermindakan ilmu yang tinggi jika dibandingkan dengan rakan2 sebaya yg duduk di luar pengajian kampus tetapi melihat keadaan sekarang, pemikiran mereka seakan-akan sama ada yang bercerita mengenai awek dan pakwe tetapi segan pula untuk berkata isteri ataupun suami. sebab apa ya? Agak-agaknya?rasa-rasanya?jawapannya adalah pemikiran. bila kita berkata awek atau pakwe, sudah tentu mindset berkata-kata “ belum tentu dia menjadi suami/isteri ku”. itulah dia pemikiran. pemikiran siapa? Siapa lagi kalau pemikiran yang diambil bulat2 dari barat.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (Surah al-Baqarah, 2: 120)

Berbeza pula dengan mahasiswa yang masih mengekalkan pendiriannya bahawa cinta selepas nikah adalah cinta yang membawa kpd keredhaanNya seperti diutarakan oleh ustaz-ustaz di ceramah2 mereka dan ada dikalangan mahasiswa berasa hairan dengan mahasiswa seperti ini, sehinggakan bertanya “ada awek ke?” bila dikatakan tidak ada, ada yang merasa ganjil, asing dan pelik… pelik ke? Siapa yang pelik sebenarnya ni… 



MAHASISWA ASING

Islam itu dimulai dalam keadaan asing, dan suatu saat akan kembali menjadi asing. Maka beruntunglah orang-orang asing tersebut.” (Riwayat Muslim)

Pertanyaan ini bukanlah asing sebenarnya dikalangan mahasiswa sekarang kalau boleh tiap2 hari ada saja kedengaran tetapi asingnya perbualan itu apabila kita bertanyakan mengenai kehidupan islam yang syumul. Puasa sunat tak hari ni? Berapa juz dah bacaan Quran minggu ni? Ramadhan lepas dapat khatam Quran tak?apabila bertanyakan soalan seperti ini, ada yang hairan dan terkejut dan mungkin ada yang berpandangan “si Awang ni berlagak jak”.  ganjil kah pertanyaan tersebut?kenapakah kita lupa untuk mensyukuri nikmat islam dan iman yang kita ada dan apabila diajak untuk berbuat kebaikan kita merasa sangat berat seperti memikul batu saiz gajah.

So, we should proud to be a Muslim because we are the best ummah. marilah berbuat kebaikan kerana kebahagian hidup di dunia ini adalah sifatnya sementara saja tetapi kebahagian hidup di akhirat itulah yang perlu kita kejarkan.
“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”(Surah al-Imran, 3:110)

[p/s: maaf, terdapat bahasa yang bercampur-baur.. 1Malaysia bah..] 

Sumber Artikel : (LINK)
Artikel Di kongsi daripada Penulis Blog (http://ibnunurz.blogspot.com)

dan di ambil last dari kak azlina..MARSIS

perkongsian daripada sahabat

MOGA2 KITA MAMPU AMBIL IKTIBAR, IBRAH DAN PENGAJARAN....

SEDIKIT PERKONGSIAN DARI UST DZULKHAIRI MOHD NOOR
Seorang adik menghubungi saya baru-baru ini. Ia mengadu masalah seorang sahabatnya yang hampir berzina. Saya tidak terkejut sangat mendengarnya meskipun sahabat itu adalah seorang ahli gerakan Islam. Bagi saya, ahli mahupun tidak, ia tidak terlepas daripada buruan syaitan dan bisikan nafsu. Semakin merapat ia kepada Allah, semakin syaitan berusaha menjatuhkan keimanannya dalam lembah maksiat.

Adik saya itu kelihatannya tidak tenang. “Ustaz Dzul, ana tidak dapat tidur semalaman memikirkan perkara itu. Ana sangat sedih.” Begitulah lebih kurang mesejnya. Saya menyedari kesedihan menguasai dirinya menyebabkan emosinya agak kurang tenang.

Saya bertanyakan beberapa persoalan kepadanya. “Dik, agak-agaklah, siapa lebih mulia, enta ke dia? Boleh tak enta sebut pada ana, adakah enta masuk syurga dan dia masuk neraka?” Adik saya itu terdiam dan kemudian memberikan respon. “Masya Allah ustaz, dia lebih mulia daripada ana.”


Saya tidak mahu memberikan jawapan yang panjang lebar kepada dia. Saya hanya meminta agar adik itu menuntun kehendak nafsu sahabatnya. Seseorang yang tenggelam dalam lembah maksiat, kemungkinan akan mengakhiri hidup di lembah keimanan.

Bak kata saudara saya Zahiruddin, “Yang kita bimbang adalah kesudahan hidup kita.” Ya, ketakutan orang siddiq adalah su’ul khatimah. Mungkin ia merupakan orang yang mulia dalam hidup tetapi penghujungnya adalah buruk.

Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai suatu pedoman,

“Jika kamu bertemu dengan orang tua, bisikkan kepada hatimu. Sesungguhnya ia orang tua, pasti pahalanya banyak bertimbun.

“Jika kamu bertemu orang muda, maka bisikkan kepada hatimu. Ia masih muda, dosanya pasti lebih kurang berbanding aku.

“Jika kamu bertemu dengan orang alim, maka bisikkan kepada hatimua. Ia orang alim, pasyi ia lebih mulia berbanding aku.

“Jika kamu bertemu dengan orang jahil, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang jahil, ia melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan aku melakukan maksiat dalam keadaan aku mengetahui.

“Jika kamu bertemu pelaku maksiat, maka bisikkan kepada hatimu. Ia mungkin orang maksiat, namun aku tidak tahu apakah kesudahan penghujung hidupku. Mungkin ia mati dalam keadaan bertaubat dan taat sedangkan aku tidak tahu kesudahanku.”

Maka sahabat, apa guna kita berlagak sombong, dengan jawatan dan aktifnya kita. Ingin saya berpesan kepada adik-adik dan sahabat-sahabat saya,

“Janganlah sombong jika kamu aktif dalam berusrah. Mungkin banyak orang yang kamu latih, tetapi belum tentu ia menyelamatkan kamu dari sambaran neraka. Orang yang berusrah rajin, kadang-kadang dihinggapi penyakit sombong. Ia merasakan jamaah kuat kerananya. Ia merasakan ramai orang yang Berjaya dilatihnya. Walhal ia hanya melatih fikrah, tetapi tidak menuntut hati agar membenci kehendak nafsu dan menjauhi dunia.”
Alangkah, saya teringat pesan saya kepada sahabat-sahabat yang mengambil bidang kedoktoran.

“Jika kamu memilih pasangan hidup kerana fikrah, maka pandangan kamu sangat sempit. Misi perkahwinan yang terbesar bukanlah dengan kamu mendapat pasangan hidup yang mengizinkan kamu aktif dalam jamaah. Tetapi tujuan yang terbesar adalah mencari pasangan yang menanamkan rasa rindu kamu kepada akhirat dan takut kepada neraka.”

Monday, October 25, 2010

PAKAIAN NABI-NABI ALLAH.

Pemurah adalah sifat Nabi Ibrahim a.s.
Redha adalah sifat Nabi Ishak a.s.
Sabar adalah sifat Nabi ayyub a.s.
Isyarat adalah sifat Nabi Zakaria a.s.
Berjauhan adalah sifat Nabi Yusuf a.s.
Memakai pakaian daripada bulu adalah sifat Nabi Yahya a.s.
Mengembara adalah sifat Nabi Isa a.s.
Fakir adalah sifat Nabi Muhammad SAW.

aquarium