Wednesday, March 10, 2010

MALAM PENGANTIN



kita pasti di risik
pertunangan sejak azali
dihujung hidup nanti
berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut
hantarannya
sakit dan nazak


tamu bertandang menghadiahkan esak tangis
pengantin dimandikan
dipakaikan baju cantik berwarna putih
wangian gaharu dan cendana
keranda jadi pelaminan



pengantin bersanding sendirian
di arak keliling kampung
berkompangkan azan dan kalimah kudus
akad nikahnya bacaan talkin
berwalikan liang lahat
saksi pula nisan-nisan
siraman air mawar



keluarga terdekat menepung tawar
tiba masa pengantin
menunggu sendirian
malam pertama bersama KEKASIH
di kamar bertilamkan tanah
dan dia menuntut janji



sucikah kita tatkala berpadu
pernahkah taubat sepanjang hayat
atau terkubur bersama dosa-dosa
dan dia KEKASIH itu
menetapkan mu ke syurga
atau melemparkan diri mu ke neraka
...

astaghfirullah....alazim....

Saturday, March 6, 2010

BUAT WANITA ITU


Kolej KTDI telah bekerjasama dengan HEWI PMIUTM untuk menjayakan program 'Busana Muslimah'...pada 6 Mar 2010..bertemakan "bidadari syurgawi" daku terpanggil untuk mendekliminasikan sajak dihadapan puluhan siswi khasnya siswi UTM Skudai...

hati ku begitu gemuruh sekali, kerana inilah pengalaman pertamaku mendekliminasikan sajak dihadapan orang ramai.... maha Agung Allah SWT... hanya Dia yang mengetahui kemampuan hamba-hambanya... terima kasih Ya ALLAH kerana beriku kekuatan untuk melaksanakan tugas ku sebagai Hamba....

sajak ini hasil nurkilan dari sahabat seperjuangan ku SITI NAZIRAH BINTI BUTAI... jua berasal dari pada Borneo. terima kasih kerana beri peluang kepada saya untuk mendekliminasikannnya... cuba renungi sajak ini...

siapa dia wanita itu?
wanita wartawan serta dermawan
keturunan terkenal zaman berzaman
agama menawan, terpikatlah yang beriman

siapakah wanita itu?
indah pekerti memikat hati
tegas berkarisma langkahnya rapi
cekal jiwanya walau diuji

siapa wanita itu?
ibarat mawar yang sentiasa berduri
dipagar diri, dikawal hati
dari nafsu yang sentiasa memburui

siapa dia wanita itu?
bijak bicara kentalnya diri
matinya syahid cita tertinggi
demi mengharap cinta Illahi

ya! itu dia wanita itu..
dalam dirimu wahai srikandi
sentiasa mencari redha Illahi
kasihi sunnah Rasulullah terpuji..

Thursday, March 4, 2010



Manusia sering sibuk

sehingga terlalu letih untuk mengingati NYA

Manusia juga sering senang

lalu menghabiskan seluruh waktunya dengan bersenang lenang

Hinggakan Akhirnya

DIA yang menegur kita

Gunakanlah waktumu untuk mengingati KU

kerana kau tak pernah tahu

Bilakah masanya kau akan kembali kepada KU