muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Thursday, February 18, 2010

DIA MAHA SEMPURNA

Cari tempat sembunyi

Oh dimanakah aku bisa sembunyi

Cari tempat sembunyi

Oh dimanakah aku bisa sembunyi


Dia Maha Besar

Dia Maha Melihat

Dia Maha Tinggi

Dia Maha Sempurna


Tak ada satupun yang luput dari penjagaan-Nya

Tak ada satupun yang luput dari pandangan-Nya,

Tak ada satupun yang luput dari penglihatan-Nya,

Tak ada satupun yang luput dari pengawasan-Nya


Back to Reff :

Cari tempat sembunyi

Oh dimanakah aku bisa sembunyi

Cari tempat sembunyi

Oh dimanakah aku bisa sembunyi


Dia Maha Kuasa

Dia Maha Segala


Dan tiada satupun

Yang mampu menandingi-Nya,


La Illaha Illallah 8x


Back to Reff


Cari tempat sembunyi

Ku tak bisa sembunyi

4x



Koleksi Lagu Nasyid, Ungu yang lain.
Mp3 Download & Lirik Lagu Ungu – Dia Maha Sempurna
Gambar Artis Indonesia

Indah Tercipta ( Mudahnya Kau Mencapai Syurga Allah )

Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. Setiap Wanita itu Cantik.

Wanita Cantik yang solehah adalah :

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akandimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allahmemberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.



Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab di pertengahan jalan kita bertemu Izrail.Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab di pertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa.

Nastagfirullah Zunubana Ya Allah !

Thursday, February 11, 2010

KEMBALI BERTEMU KELUARGA

SANDERA KEBUN CINTA


'hari yang sungguh mempersona", hati kecilku berbicara tatkala menunggu azan berkumandang...
"em harap-harap dapat teman untuk ke ceramah malam ni" sekali lagi ku bermonolog. sejak kebelakangan ini daku sering berkata-kata dengan diri ku sendiri.. adakah itu suatu petanda, aku hanya insan biasa pasti ada hikmah di sebalik sesuatu perkara yang telah berlaku..

mudah-mudahan sahaja ia petanda kebaikan. Alhamdulillah seusai solat maghrib berjemaah, ku melihat 4 orang sahabat seperjuangan ku tapi hanya dua orang sahaja yg ku kenali aida dan aniza..maaf sebab sebelum ni tak sempat nak betakruf..

pencaturan Allah sangat hebat malam tu, tanpa tidak ku duga ku kawan sekuliah ku ila, wana dan syima turut brada di sebuah cafe, ku ingatkan mereka dah pergi ceramah tu rupanya, mereka singgah dahu jkat cafe, segala puji bg Allah SWT seorang dari mereka memakai t-shirt labu ku sangat gembira krn ada perubahan berlaku pd dirinya. semoga sahaja dia terus mendapat hidayah, untuk istiqamah dalam pemakaian sebagai seorang muslimah.

'sandera kebun cinta' adalah tajuk ceramah yang disampaikan oleh ustaz Mahyudin, ku kagumi personaliti ustaz tersebut kerana bila ustaz membacakan ayat Al-Quran suaranya sangat mendayu-dayu dan mampu untuk mengharukan suasana, kerana juga ustaz merupakan kelulusan sastra Arab dari Jordan. pakar dalam ilmu taranum.. andai sahaja ia muslimah pasti akan ku daftar kan diri untuk berguru dengannya.

kembali kepada tajuk tersebut "sandera kebun cinta" apakah sebenarnya yg menarik pada tajuk tersebut? hati ku bergelojak ingn megetahui makna "sandera" itu sendiri, mengikut tafsiran yg ku beri adalah 'sandaran', 'sangkar', rupa-rupanya tiada yg kena.. maksudnya adalah sandera- orang yang tertawan.

pertama sekali yang di terangkan oleh Ustaz adalah perlu datang kan dahulu perasaan cinta pada Allah SWT, dengan menjaga hubungan dengan-Nya...tentu sahaja bila kita ingan behubung dengan nya melalui solat dan berdoa kepda Nya. cubalah rapat dan jalinkan hubugan dengan Allah terlebih dahulu. kerana ibadah wajib iaitu solat sesungguhnya dapat mencegah seseorang itu dri melakukan kemungkaran.

permulaan seseuatu perhubungan bermula dengan ungkapan salam, memberi salam hukumnya sunat, jawab salam pula hukumnya wajib... persoalan ustaz 'jika dalam solat yang diakhiri oleh salam, adakah perlu kita menjawabnya?' tersentak ku mendengar nya, tentu kita trfikir bila imam bg salam makmum menjawab tidak kke batal solat tersebut.. nah tidak boleh samakan ungkapan salam yang kita beri pd org lain dengan ungkapan khas dalam solat.. boleh faham? kesimpulannya jagalah CINTA dengan Allah SWT pasti Allah menjaga cinta kita dengan makhluk-Nya yang lain.laksanakanlah segala perintahnya untuk melakukan kebaikan dan jahui larangan Allah dengan mencegah kemungkaran.

CINTA yang kedua adalah Cintakan Rasulullah SAW, cinta pada sunnahnya, apa sahaja yang rasulullah lakukan kita ikut kerana akhlak rasulullah seperti kitab suci al-quran.. ustaz ada menerangkan kisah keperibadian rasulullah bersama dengan saidina Umar Al-khatab. satu ilmu baru yang kutemui adalah tentang penganugerahan yg Allah berikan kepada kaum wanita dan kaum lelaki. kaum wanita hatinya mudah sejuk, hanya bila marah mengambil masa 4 minit sahaja seperti ribut, tapi mengakibatkan kemusnahan yg dasyat. namun sebaliknya pada kaum lelaki marah senyap sepi, cool, sabar...tapi mengambil masa yang agak lama untuk pulih dari emosi marah. satu sirah iaitu nak tunjuk bagaimana tahap sebenar baru dikatakan sayangnya umar pada Rasulullah saw, iaitu ketika Rasulullah bertanya kepada saidina Umar, "ya umar macam mana kamu sayangkan aku?" jawab saidina umar 'sayang ku pada mu seperti nyawa ku sendiri' , " salah tu" jawab rasullah sAW. jika itu jawapan yang diberikan oleh rasulullah dimana kah tahap cinta kita berada, hanya dibibir? sedangkan saidina umar itu adalah sahabat rasulullah sendiri, astaghfirullah alazim.. cinta kita pada rasulullah bukan hanya sepertinya tetapi melebihi dari itu, apa2 sahaja yang kita sayang, rasulullah perlu kita sayang lebih lagi....

CINTA yang ketiga Allah pada Ibu dan bapa, jaga pertuturan kita dengan mereka, sering bertanya "dah makan ke belum?" bila kita berjahuan dengan mereka, sebabnya masa kita kecil2 dulu kan mak selalu tanya 'dah makan'? tak silap bila kita tanya khabar tetapi ada kurangnya kerana kitra sudah pasti akan keadaan yang telah berusia.. balas jasa baik yang telalh dilakukan oleh nya waktu kita kecil mengorbankan masa tidurnya semata-mata untuk kita,, pepatah melayu menyebut "ibu seorang mampu untuk menyara 10 orang anak, tetapi belum tentu 10 orang anak mampu untuk menya ibu seorang".sedarlah... baliklah mohon ampun kepada mereka sebelum terlambat... nauzubillah

yang paling last barulah CINTA kepada sesama manusia. "sandera kebun cinta" cuba buka ar-rum ayat ke 21."And of His signs is this: He created for you helpmeets from yourselves that ye might find rest in them, and He ordained between you love and mercy. Lo! herein indeed are portents for folk who reflect"
maksudnya, "sunggunya Allah jadilkan dalam kalangan kamu berpasang-pasangan lelaki dan wanita, untuk saling bergantungan. Allah juga menyeru untuk kita mencari pasangan, dalam hadith Rasulullah SAW, 'siapa yang benci akan sunah ku maka dia bukan dalam kalanganku'.. "tidak beriman seseorang selagi mana dia tidak mencintai saudaranya"

Thursday, February 4, 2010

hati yang bersih



"pandangan mata selalu tersalah
pandangan hati itu yg betul jika hati itu bersih"

hati hitam yang dipenuhi dengan maksiat kepada Allah, pelbagai benda tidak dapat dilakukan dengan terbaik, hatta untuk menghafalpun telalu sukar...

ya Allah hanya kepadaMu keampunan yg kuharapkan.. kau sucilahkanlah hati ini yang telah melakukan masiat dengan tidak menjaga nikmat pancaindera yang kau berikan. rupa-rupanya Allah juga telah menganugerahkan setiap hambanya 23 potensi dalam diri. hanya yang mampu mengkaji dan meneliti akan menemui apakah 23 potensi yang tersirat dalam dir. subhanaullah..maha Suci Allah...

berbalik kepada soal hati, "jika baik hati itu, maka baiklah seseorang itu" jadi jaga lah hati jgn dikotori, kerana nak mensucikan hati tidak semudah membasuh pinggan yang berminyak.

hidupkan lah hati dengan amalan zikrullah, bertahmid, bertasbih... semoga sahaja ia mendapat tempat disisi Allah SWT untuk menetap di syurga Firdausi-Nya..

hati yang goyah umpama lalang,
hati yang bersih umpama bintang,
jaga lah hati wahai pejuang
semoga menjadi insan cemerlang

aquarium