muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Wednesday, August 26, 2009

JAMAAH YANG MUNAZZAMAH (TERATUR)

Jamaah yang membuat keputusan terhadap sebarang amal jamaie itu mestilah berada dalam satu tanzim yang kemas, teratur dan berencana serta berstrategi, unsur ini merupakan suatu yang asasi dan dharuri bagi mana-mana jamaah yang mempunyai matlamat tertentu. Tanpa tanzim, jamaah tidak akan berjaya dalam gerak kerjanya.
Terdapat beberapa aspek yang perlu wujud dalam jamaah munazzamah:
a) Baiah
Iaitu janji taat setia ahli jamaah kepada pimpinan untuk taat dan hidup di atas landasan yang ditentukan oleh jamaah dalam memperjuangkan Islam. Baiah hendaklah diberikan dengan kefahamn yang jelas tentang setiap aspek jamaah dengan keyakinan yang tinggi dan disusuli dengan iltizam kepada jamaah.
b) Imarah
Kepimpinan merupakan cirri asas dalam jamaah Islam. Adanya baiah beerti adanya kepimpinan. Dalam konteks sebuah jamaah, kepimpinan mestilah dipilih oleh jamaah dan ia mampu, cekap dalam melaksanakan tugas serta amanah dalam mentadbir menurut lunas-lunas Islam.
c) Ta’at
Bai’ah adalah untuk memastikan ketaatan kepada jamaah. Pendokong dan ahli jamaah wajib mentaati pemimpin terutamanya dalam melakukan amal jamaie.
d) Musyawarah
Pemimpin bertanggungjawab menjalankan syura kerana ia adalah tuntutan syara’ bagi menjamin perkembangan jamaah berjalan dengan baik.

MUWASHOFAT AHLI HARAKAH ISLAMIAH

ada 20 kriteria yang harus dimiliki ahli harakah Islamiah , yang disarikan dari Al Qur’an dan hadits, iaitu :
1. Aqidahnya bersih سليم العقيدة (saliimul ‘aqiidah)
2. Akhlaknya mulia متين الخلق (Matiinul khuluqi)
3. Ibadahnya sahih صحيح العبادة (Shohiihul I’baadah)
4. Tubuhnya sihat dan kuat قوي الجسم (Qowiyyul jismi)
5. Fikirannya intelek مثاقف الفكره (Mutsaqqoful fikri)
6. Jiwanya bersungguh-sungguh مجاحدة النفس (Mujaahadatun nafsi)
7. Mampu berusaha mencari nafkah قاديرعلئ الكسب (Qaadiirun ‘alal kasbi)
8. Efisien dalam memanfaatkan waktu حريث على الوقت (Hariisun ‘alal waqti)
9. Bermanafaat kepada orang lain نافع لغيره (Naafi’un lighoirihi)
10. Selalu menghindari perkara yang samar-samar بعيد عن الشفهات (Ba’iidun ‘anisy syubuhat)
11. Sentiasa menjaga dan memelihara lisan حفظ اليسن (Hifdzul lisaan)
12. Selalu istiqamah dalam kebenaran استقمة في الحق (istiqoomatun filhaqqi)
13. Sentiasa menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan غض البشيروحفض الحرمات (Gaddhul bashor wahifdul hurumat)
14. Lemah lembut dan suka memaafkan لطيف وحب العفوى (Latiifun wahubbul ‘afwi)
15. Benar, jujur dan tegas الحق والامانة والشجاعه (Al Haq, Al-amanah-wasyja’ah)
16. Selalu yakin dalam tindakan متقينون فى العمل (Mutayaqqinun fil’amal)
17. Rendah hati توضؤ (Tawadhu’)
18. Berfikiran positif dan membangun الفكروالبناء (Al-fikru wal-bina’)
19. Sentiasa siap tolong menolong متناشرون لغيره (Mutanaashirun lighoirihi)
20. Bersikap keras terhadap orang-orang kafir الشداء على الكفار (Asysyidda’u ‘alal kuffar)

Monday, August 17, 2009

jangan merajuk lagi wahai da'ie

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja
perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan
kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam
kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah
sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri
setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit
jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar
berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai
Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah
mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara,
mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat
seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa
hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia.
Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan
hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya
pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang
Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari
Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-
Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di
setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu
untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait
Kalamullah.. .

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan
mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...


"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali...

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri,
jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-
gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah
dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi
Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga
terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari
Tuhan.

Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah
kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi,
hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah
apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa
kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan
risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu
mengambil jalan kepada Tuhannya"
(Al-Furqan:56- 57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak
bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat
Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya
aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa' :87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari
sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya
taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari
kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup
bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan
kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih
mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan
dalam kehidupan seharian.. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat
mengakui kesalahan.

Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas
kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah
mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi
keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa
mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan
ini adalah kejayaan...

Thursday, August 13, 2009

akhir zaman



marilah kita sama-sama untuk mengurangkan masalah keruntuhan akhlak umat akhir zaman. semoga Allah SWT mengampun dosa kita kerana mampu untuk melihat sahaja. dalam satu hadith yang lebih kurang maksudnya, "jika kamu melihat maksiat hendaklah cegah dengan kuasa (tangan), jika kamu tidak mampu hendaklah cegahnya dengan perkataan atau lisan dan sekiranya tidak mampu bencilah ia dengan hati.."doakan lah moga mereka yang terjebak ke lembah hina itu Allah buka hati mereka untuk rasa insaf".. Allah SWT itu memiliki nama2 dan sifat yang agung, salah satu sifat adalah 'Maha Pengampun' moga-moga Allah tidah menurunkan bala kepada kita. kerana ana pernah dengan satu ceramah Allah akan menurunkan bala kepada umatnya yang tiada lagi perasaan malu untuk lakukan maksiat, nauzubillah... astaghfirullah...

Friday, August 7, 2009

Konferens Gejala Sosial

04 OGOS 2009 : Satu Konferens Gejala Sosial bakal diadakan oleh PMIUTM bagi membincangkan permasalahan sosial yang berlaku di sekitar UTM. Ini adalah salah satu usaha pihak jawatankuasa pusat bagi memastikan kempen ini berjaya. Konferens tersebut bakal dihadiri oleh para Pensyarah, pihak pentadbiran HEP, pihak keselamatan UTM dan pimpinan-pimpinan Mahasiswa UTM serta terbuka kepada semua warga kampus.

Pelbagai desakan dan kritikan serta tentangan yang telah diterima oleh Pihak Jawatankuasa pusat dalam pelaksanaan kempen ini. Oleh itu, pihak kami telah mengaturkan satu program khusus bagi sama-sama kita membincangkan permasalahan yang semakin serius ini. Lontaran pandangan daripada semua amat kami harapkan.

Di akhir konferens ini juga, Satu resolusi bersama hep, mahasiswa, pusat Islam, pihak keselamatan dan umumnya warga kampus akan dibuat bagi mengatasi gejala sosial di UTM untuk diserahkan kepada pihak pentadbiran untuk dilaksanakan.

Lujnah R&D PMIUTM di bawah pantauan Saudara Ghazali selaku pengerusi lujnah R&D PMIUTM juga sedang membuat kajian berkenaan akhlak mahasiswa Islam dengan membuat kaji selidik terhadap hampir 1000 orang respondan secara rawak dikalangan mahasiwa UTM . Kajian ini diharapkan dapat mengukuhkan hujah pihak jawatankuasa bertindak pusat untuk menjadikan UTM sebagai Zon Larangan Bonceng. Sekian. MyLPM.

sumber: http://utmsayno2bon ceng.blogspot. com

Monday, August 3, 2009

hanya hasrat

HANYA HASRAT

Ilmu hanya sebiji bacang, selebar upih,
hendak memberi tidak berupaya,
kerana terlalu miskin, lalu ke air tiada berbekas,
ku ambil air yang lima.

Ku isikan dalam raga, melimpah ke seluruh alam,
tersimpul ilmu dan amal di tapak tujuh tiang.
lenyap dalam wujudMu dengan kunci
dua kalimah.

Adat dagang kembali ke negeri,
adat bergayung bersambut, adat kata bersahut,
jika hutang dibayar yang dipinjam dipulangkan,
dariNya kita datang kepadaNya sekelian kembali
atas syariat Rasulullah.
InsyaAllah.

Renungkanlah....

aquarium