....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

Friday, November 28, 2014

kaitan suasana yang di sukai dengan personaliti


pintu 1 melihat laut terbentang luas...kebebasan, iaitu mewakili sikap kebebasan. anda merupakan seseorang yang sukakan kebebasan. anda memerlukan ruang dan masa untuk melakukan sesuatu perkara mengikut aduan tersendiri. anda adalah jenis yang suka berdikari dan suka melawan tetapi bagi anda pergaduhan bukanlah sesuatu yang bijak. anda sukar untuk menerima seseorang atau sesuatu yang baru. Tekanan adalah perkara yang anda benci kerana anda suka menikmati kehidupan.

pintu 2 melihat pokok2 dan daun2 kehijauan, yang membawa maksud individualiti. anda jenis yang suka bergerak secara bersendirian. suka memerhati, berfikir dan menyelesaikan perkara yang bermain di benak fikiran and. anda seorang unik dan mempunyai perspektif yang mendalam dalam sesuatu perkara. anda melihat dunia dalan cara yang unik, dan orang sekeliling anda boleh bermanfaat darinya. anda seorang 'loner' tetapi anda boleh menjadi rapat dengan seseorang tetapi ia akan mengambil sedikit masa.

pintu 3, melihat pokok bermusim yang mengeluarkan warna yang berlainan.. seperti pohon2 autum dan sakura, iaitu bermakna kamu sukakan warna warni. berwarna warni hidup anda penuh dengan keceriaan kerana anda adalah seorang yang ceria. anda suka berinteraksi dan orang sekitar anda senang untuk berinteraksi dengan anda. anda suka memulakan perbualan, dan bertanya banyak soalan, sifat ingin tahu anda yang tinggi menyebabkan anda belajar lebih dari orang lain. anda seorang yang cerdik dan dalam masa yang sama lucu. anda akan berfikir lebih bagi memastikan orang sekeliling anda dipenuhi dengan gelak ketawa.

pintu 4, melihat bangunan2 dahulu kala, bangunan yang unik rekaannya yang membawa makna menarik. anda akan menjalani kehidupan yang menarik dan juga mencabar! anda selalu melihat kehadapan di dalam hidup. biasanya, apabila tiba masa untuk membuat keputusan, anda akan mmbuat keputusan tanpa berfikir panjang, tapi biasanya semua keputusan yang anda buat adalah sentiasa menjadi. peraturan, adalah perkara yang kurang disenangi oleh anda dan dalam masa yang sama anda adalah seorang yang 'careless'. anda seorang yang spontan dan suka mencari keseronokan.

pintu 5, melihat tebing laut dan sungai yang di penuhi dengan pokok2 yang menghijau yang membawa makna kedamaian. kedamaian dan keamanan antara perkara yang dipentingkan oleh anda. selain itu, anda juga seorang 'low-maintainnance' anda tidak suka diganggu / dihalang. apabila tiba masa untuk membuat keputusan, anda akan mengambil keputusan yang paling mudah sekiranya boleh. anda tidak suka membebankan diri anda. orang disekeliling anda akan merasa sokongan yang anda berikan kerana anda seorang yang 'suppotive' anda terkenal sebagai seorang yang konsisten dan juga seorang yang melihat sesuatu secara menyeluruh.

pintu 6, melihat salji dan berada di kawasan yang sejuk... penuh dengan ais kalau boleh nak jumpa dan bersama olap(frozen) iaitu suasana sunyi dan tenang.  anda sukakan keadaan yang sunyi dan tenang. anda boleh menghabiskan masa secara berseorangan tanpa merasa sunyi. anda ingin mengerti kesemua aspek yang timbul di dalam kehidupa anda. setiap perkara yang anda lakukan mempunyai sebab dan anda sudah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu perkara. kawasan yang dipenuhi orang ramai akan dielakkan oleh anda tetapi bukan bermakna anda tidak bersosial. anda mementingkan perhubungan yang sejati dan suka berinteraksi secara berdua-duaan. 

merarik dari kisah ceramah dalam youtube

assalamualaikum dan selamat pagi...

pada hari ini, setelah tiga hari mendengar kuliah-kuliah agama dari you tube yang di sampaikan oleh ustaz-ustaz ilmuan, IR, dan ustaz budak dapatlah saya simpulkan pelbagai kisah yang menarik dan melucuan.. saya suka penyampaian ustaz yang tidak terlalu direct dengan pengisian dan saya lebih suka sekiranya di selangi dengan kisah2 lucu yang tersirat dengan nasihat dan pengajaran.

kisah pertama, dalam ceramah 'dosa dalam kehidupan oleh ustaz Abdullah Khairi... saya suka ustaz Khairi ni sebab selalu pun bila dia mulakan satu ceramah ustaz akan perkenalkan diri terlebih dahulu.. dengan menerangkan maksud apa ada pada nama itu, yang buat saya tergelak sebab antonasi suara ustaz ni memang sangat lantang 'Abdullah' mean Hamba Allah dan "khairi" mean Baik.. so kata ustaz tu hamba Allah yang paling baik di dunia ni Dialah.. hehe memang ustaz ni baik pun kalau tak macam mana boleh jadi orang soleh.

antara kisah yang di sampaikan oleh ustaz kisah lebih di kongsikan pengalaman dia ketika mengajar di salah sebuah sekolah,, so ndak palah biasalah tu kadang2 tajuk ceramah hanya pada banner tapi pengisian lebih kepada perkongsian ilmiah secara umum dan pengalaman dan kutipan-kutipan dari sirah nabi zaman dahulu yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita di dunia.

saya tertarik dengan satu kisah yang di kongsikan oleh ustaz abdullah khairi, tentang seorang pelajarnya itu yang kini menjadi seorang hamba yang berguna. kisah nya begini... seorang mudir sekolah memberi tahu kepada ustaz tu yang salah seorang daripada murid dalam kelas yang bakal dia didik adalah seorang ahli gengster, pokoknya paling nakal la.. macam yang ustaz selalu sebut "kuwang hajo".. so masa ustaz tu masuk dalam kelas tu, ustaz tu rasa cuak juga.. tapi bijaknya ustaz ni dia baca lah seotong ayat dalam al-quran. nak tahu apa ayat tu kena lah tonton video tu.. haha tapi apa yang saya ingat ustaz tu suka kongsi untuk baca surah Yusuf ayat ke 4. sebab dalam makna ayat tu pun moga hanya kuasa Allah sahaja boleh lembutkan hati orang tu.. yang kisah mimpi nabi yusuf melihat bintang. kamu baca sendiri ya...

sambung kisah budak tadi tu, so lepas ustaz ustaz tu baca doa penenang tu satu kelas senyap, dan seorang murid berdiri dan mengutamakan ucapan assalam, namun seorang murid yang masih duduk sambil kaki di naikkan di atas meja. oleh kerana perasaan bengan ustaz melebihi segalanya, ustaz pun terlupa pesanan daripada shbtnya sebelum mendidik kelas tersebut. lalu ustaz pun melulu ke arah budak tersebut. "ewah2.. kamu berdiri" kata ustaz. murid lelali itu buat don't know jak... "ustaz pun berkeras juga dalam hati await "kuwang hajo sangat budak ni". last last murid tu hampir menumbuk muka ustaz tu, tapi malangnya budak tu terlebih dahulu terkena penumbuk sulung ustaz. terpelantinglah budak tu, murid tu tak puas hati "apa punya ustaz ni boleh pulak tumbuk student tak padan dengan taitle ustaz ni" monolog murid2.. lalu murid yg gengster tu melayangkan flying kick ke arah ustaz tapi dengan ketangkasan ustaz itu terlebih dahulu kaki ustaz terkena budak tu... maka budak tu buat protes sepanjang ustaz mengajar dalam kelas murid tu buat halnya sendiri.. tiap kali ustaz masuk kelas jak murid tu tidur, kalau tidur jak murid tu ustaz pun masuk kelas tu. sampailah budak hbis kelas bersama ustaz.

setelah 5 tahun berlalu tiba-tiba.. ustaz menerima satu panggilan yang tidak di kenali.. ustaz sambut dan terkejut, dek kerana suara keras diseberang talian... "assalamualaikum ustaz!!!" kata suara tu,, ustaz pun automatik meninggikan suara "walaikumsalam sapa ni!!) "tak kan ustaz tak kenal kot siapa saya, yang ustaz tedang masa kat sekolah dulu" kata suara tu.."owh kamu .... suara tak berubah ya" kata ustaz.. "ya saya lah.... ustaz saya nak ucapkan terima kasih kat ustaz kalau bukan ustaz tendang saya masa kat sekolah dulu saya tidak mungkin akan jadi hamba yang baik sekarang ni dan dapat sambung pelajaran ke perancis" kata suara tu dengan kesayuan.. "alhamdulillah.. hidayah itu milik Allah, syukurlah kalau kamu dah berubah" balas ustaz tu dalam talian..

pastu bley pula ustaz tu cakap kat audience "ha siapa nak berjaya sampai ke prancis macam anak muridnya tu mai kedepan ustaz bagi penangan".. hahhahahah.. dan banyak lah adegen dan kisah menarik usaz tu kongsi.. apa yang ingin saya kongsi bersama daripada ceramah ustaz tu.. hidup kita ni perlu ada visi sebab tanpa visi kita tak tahu nak menjadi apa sbgai contoh nak jadi orang yang berjaya, perlu dari sekarang untuk pasakkan visi dengan menyenaraikan langkah-langkah ke arah visi tersebut, tidak putus asa dalam menuntut ilmu, berbaik sangka dengan orang lain, pergantungan kepada Allah.. doa senjata orang yang beriman,...


Tuesday, November 4, 2014

10 sifat Manusia

sifat-sifat ini yang tercatat dalam al-quran
  1. Manusia perlukan ILMU. Jika tidak manusia akan jadi jahil
  2. manusia perlukan AMALAN. Jika tidak manusia akan rugi
  3. manusia perlukan KESABARAN. jika tidak manusia akan terburu-buru
  4. manusia perlukan KETAATAN. jika tidak manusia suka akan berbantah-bantahan
  5. manusia perlukan USAHA. jika tidak manusia akan berada dalam kesusaha
  1. manusia perlukan SEMANGAT. jika tidak manusia akan suka mengeluh
  2. manusia perlukan HARAPAN. Jika tidak manusia akan putus asa
  3. manusia perlukan PERINGATAN. jika tidak manusia akan lalai
  4. manusia perlukan UKHUWAH/ KASIH SAYANG. Jika tidak manusia akan pentingkan diri sendiri/bakhil
  5. manusia perlukan UNDANG-UNDANG. Jika tidak manusia akan melampaui batas

P E R I S T I W A 10 Muharram

sedikit perkongsian walaupun dah berlalu 10 Muharram, 10 Muharram ini terlalu banyak peristiwa yang terjadi pada 10 Muharram, Baru lepas dengar siaran ulangan ikim.fm tentang ada apa dengan 10 muharram

1. ada perawi mengatakan bahawa 10 Muharrram adalah hari manusia di ciptakan. hari jadi manusia bukan Nabi Muhammad SAW

2. 10 Muharram - hari Firaun membebaskan manusia. Maka orang yahudi berpuasa pada hari itu. memandangkan kita umat islam juga merupakan umat Nabi Musa, maka Rasulullah bersabda ; kita sebagai umat islam, lagilah kena berpuasa pada pada 10 Muharram. tetapi untuk membezakan amalan kita dengan orang yahudi, maka kita akan berpuasa pada 9 & 10 Muharram atau 10 & 11 Muharram.

3. 10 Muharram juga hari Allah lepaskan Nabi Yunus dari mulut ikan Nun. Setelah nabi Yunus berputus asa daripada umatnya. Jadi dalam soal berdakwah, tidak boleh berputus asa.


Monday, November 3, 2014

selamat berpuasa di Bulan Muharram 1436H

by:Kamikaze

coretan ku di 10 muharram 1436H

sambutan hari lahir penyelia ku di Jabatan Perangkaan Tawau 


Aktiviti Tambahan jika tiada tugas so, kemas bilik file lah jawabnya


yang ni aktiviti tiap2 hari mesti ada, Selfiieee jua lah .. nampak sangat santai kan kat dalam Office ni.. cam ni lah kalau busy, busy sangat smpai tak menyempat nak tegur-tegur rakan sekerja, tp kalau time free jak erm bawalah novel setebal mana habis juga di baca ..


love all my Friend
- Ziema @ Sima
- Erni @ Olap
- Mirasty @ Miras
- Azliyana @ Nang

nama ku

NORSUTRIANA
NNaif
OOportunis
RRamah
SSuci
UUntung
TTulus
RRealistik
IIkhlas
AAmanah
NNaif
AAlim
Apa ada pada nama?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pengunjung yang baik

kalimah mulia

kalimah mulia

aquarium