....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

Saturday, September 28, 2013

hari terakhir kerja ana di Fajar

salam ukhuwahfillah...

hari ini 28 Sept. 2013 hari sabtu, hari terakhirku bekerja di KKDC Jewlerry fajar Tawau. hari isnin nanti bermula ana bekerja di Kampung Jawa dan menjaga sebuah kilang menghasilkan keropok dan ikan masin.. erm tugas pun semakin mencabar, kerana bos memberi amanah untuk ana menjaga pekerjanya di sana. pertama dalam hidup nak menjaga orang lain.. huh satu cabaran yang cukup besar saya rasakan...

apa pun moga dengan amanah yang baru ini mampu untuk mematangkan diriku.. Ya Allah Engkau bantulah ana, berikanlah kekuatan dan barakah dalam ana mencari Rezeki Mu yang halal....

Tuesday, September 24, 2013

bahagia dengan bersyukur

Ana suka kata-kata yang di kongsi oleh shbt2 dekat whatsup... untuk tidak menghilangkan kata-kata ini jadi saya kongsikan dekat dalam blog ni.. supaya ia sentiasa akan menjadi peneman agar ana sentiasa bersyukur dengan apa adanya... hayatilah kata-kata ini....

jika tiada rezeki anak
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik
maka kita akan lebih bahagia daripada memiliki anak yang liar

jika tiada rezeki wang ringgit
mungkin diberikan rezeki kesihatan
maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia

jika tiada rezeki kereta mewah
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah
maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang lebih mahal

jika tiada rezeki tinggal di rumah yang besar
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus
maka kita jauh lebih bahagia dari si gelandangan

jika tiada rezeki memiliki pasangan yang kacak
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan jauh lebih bertanggungjawab
maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya

jika tiada rezeki berjodoh
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang
maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada mereka

jika tiada rezeki hari ini
mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari
maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka

bersabar...
bersyukur..
berusaha..
berdoa.
dan...
bertawakkallah

...hanya Dia Allah SWT yang Maha Adil dan Maha Mengetahui mana yang baik untuk mu...

Sunday, September 22, 2013

masam manis di TAMPARULI sabah

permulaan perjalanan ke Kg, Malangan Tamparuli... memasuki hutan kecil yang sedikit berbukit, sebelum ana dan rakan-rakan serumah sewa disambut dengan jambatan gantung. sangat indah panorama di kampung malangan, walaupun saya sudah hampir 26 tahun menjadi penduduk sabah, rasa keterujahan dengan kecantikan ciptaan Allah di kampung tersebut. panorama yang mengasyikan, menenangkan, menceriakan.

ana dan rakan-rakan menumpang di rumah salah seorang rakan serumah di sepanjang praktikal ana di sepanggar KK. walaupun kami berbeza pegangan agama tapi ia tidak menjadi penghalang untuk kami berkawan dan tinggal dalam sebilik. penjagaan Aurat sangat penting ya dalam Al-quran juga menyebut 'jangan memperlihatkan auratmu dengan wanita-wanita musyrik. ia bukanlah perkara yang susah pun. kerana mereka cukup memahami.

pengalaman manis disepanjang keberadaan kami di kampung Oyo (rakan serumah sewa), adalah mandi sungai bersama. ianya sangat menyeronokkan, banyak karena yang melucukan antaranya ketika mereka ingin melakukan aksi menyermkan untuk terjun kesungai dari tebing tinggi walaupun stamina mereka jauh dibandingkan dengan kaum lelaki. agak melucukan sbb rakan ana tu bukan pandai pun berenang tapi nak terjun ke kawasan dalam.. punyalah hampir sejam rakan-rakan lain bagi semangat kat dia dari bawah tapi dia tetap memeluk sepohon pokok kerana ketakun yg tidak lari darinya.

tanpa diduga langsung oyo terjun, kejap jak dah timbul atas air.. ingatkan bila dia timbul dengar suara jeritan tapi gelak ketawa pula yang tersembur dari bibirnya yang dah bertukar warna menjadi kebiruan. sama juga dengan aksi tarzan yang ingin dicuba bersama rakan sebilik ana. semangat sampai berulang-ulang untuk melakukan aksi tarzan, langsung tudung yang dipakai tertanggal dari kepalanya, secepat kilat saja di menutupi semula mahkota kepalanya, mujur sahaja ana seorang yang meliat aksinya masa tu, klu tak memang malu besar dia. lepas jak kejadian tu dia terus berhenti mandi kat kawasan yang sepatutnya hanya layak bagi kaum lelaki.

di kampung tersebut juga telah merakam sejarah pada diri ana, kerana itulah kali pertama ana memasuki sebuah gereja kecil dan mengikuti program-program mereka. ana sebenarnya tidak mahu ikut tapi atas desakan rakan dan memikirkan ana bukan di kampung sendiri jadi ana ikutlah, ana pun jadi pemerhati yang setia, ya sedikit sebanyak ana dapat juga faham pegangan mereka bagaimana. kesian mereka seandai mereka tahu akan keistimewaan islam pasti mereka akan jatuh cinta dan bila mereka memeluk islam pasti mereka berpotensi untuk menjadi da'i yang profesional. Moga Allah membuka hati mereka.

................................................be continue...............................


Ana Jatuh Cinta dengan Bicara Hati

Assalamualaikum..wbt

Alhamdulillah hobi ana membara kembali dengan semangat untuk meluahkan segalanya dan berkongsi ilmu di blog ini. sebenarnya terlalu banyak pengalaman, ilmu dari tazkirah-tazkirah yang ingin ana kongsi bersama, cuma ana tak cukup bijak lagi untuk menguruskan masa dengan baik... ya faham sajalah dunia kampus berbeza dengan dunia di alam kerjaya, walaupun belum pun dapat kerjaya dalam bidang yang diceburi masa ijazah tahun lepas.

namun semua tu mungkin boleh dikatakan alasankan, erm tapi tulah ana sebagai insan, ana hanya lah manusia biasa yang hanya meminjam sedikit kudrat dan upaya daripada Allah swt, kerana tiada satu pun upaya kita melainkan semua atas kehendak-Nya.. Allah hu Akhbar..

walaupun di kampus dahulu ana pernah menjadi kakak naqibah, ya walaupun tak layak kerana tidak mempelajari ilmu agama yang khusus seperti ustazah tapi menjadi tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu walaupun sedikit, kerana pesanan Rasulullah SAW dalam satu hadith 'sampaikan walaupun satu ayat'. Jadi tanggungjawab untuk meyampaikan ilmu itu adalah satu kewajipan dan amanah yang perlu dilaksanakan.

tugas tersebut ingin ana teruskan dikampung ana, bermula dengan keluarga sendiri, namun ana akui ianya bukan mudah jika seorang diri, kerana sesuatu dakwah itu perlukan jemaah, kumpulan mahupun satu pasukan, ibaratnya seperti kambing seekor tidak akan kuat untuk berhadapan dengan seekor serigala berbanding dengan sekumpulan kambing.

akhir kata untuk malam ini ana kongsikan dengan bica hati bersama As-maul Husna yang dikarang oleh Dr. Wan Maseri Pensyarah UPM.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya kasih sayangMu terlalu banyak terhadap kami. tidak mampu kami hitung pemberianMU yang tidak bertepi dan tidak pernah terhenti ini. kami mengucapkan syukur setinggi-tingginya di atas segala pemberianMu Ya Wahhab yang Maha Memberi. Ya Allah Ya Afuww, Ya Ghafur, Ya  Tauwab. Engkau Yang Maha Pemaaf, Pengampun dan Penerima Taubat. Kami sringkali melakukan kesalahan, kemungkaran kerana kejahilan dan keingkaran kami. kami sering tertipu dengan helah syaitan yang sering menipu kami dan sering kali juga kami mengikut hawa nafsu. Maafkan, Ampunkan dan terimalah taubat kami Ya Afuww, Ya Ghafur, Ya Tauwab., sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa-dosa hamba-Mu walaupun sebanyak buih dilautan.

Dengan Pengampunan Mu Ya Allah, Engkau kekalkanlah hidayah dan petunjuk-Mu ini di dalam hati kami hingga akhir hayat kami. Engkau berikanlah kekuatan kepada kami untuk kembali melaksanakan ketaatan kepada-Mu dan menjadi hamba yang sejati serta melaksanakan perintah-Mu sebagai wanita yang soleha, lelaki yang soleh, serta menghormati suami mahupun isteri kami, ibu bapa kami, mengasihi anak-anak kami, saudara mara kami, rakan-rakan kami dan masyarakat kami... Ameen Ya Allah......

bicara hati diatas paling best dibaca ketika waktu sunyi sambil menundukkan wajah kebawah dan penyerahan diri dan jiwa sepenuhnya pada Allah SWT.

Thursday, January 31, 2013

my activities in jan 2013





lirik: Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,

Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...



 

nama ku

NORSUTRIANA
NNaif
OOportunis
RRamah
SSuci
UUntung
TTulus
RRealistik
IIkhlas
AAmanah
NNaif
AAlim
Apa ada pada nama?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pengunjung yang baik

kalimah mulia

kalimah mulia

aquarium