....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

Wednesday, October 3, 2012

Bisikan Nurani

telah tepatlah panduan syariat 
disitulah noktah segala sangsi
terciptalah kata putusku yang muktamad
takkan ku rela berundur lagi

pada sebuah sabda yang menjernihkan 
terkuburlah segala keruh di fikiran
terbinalah sebuah tenteram  di perasaan 
bangsawan, hartawan, dan rupawan
hanyalah nilaian mata 
yang usianya sementara 
tetapi apabila pilihan lantaran agama
pasti kekal setia buat selama-lamanya

sesungguhnya pada wanita yang bertaqwa itu 
terkumpullah segala keindahan dan kebenaran 
kekayaan pada lapangnya hati 
rupawan pada indahnya budi 
bangsawan pada kerendahan diri
yang sering sujud di telapak illahi 

ya...kaulah jawapan bisikan nuraniku
pada istikharah yang kuajukan sejak dulu!

Monday, May 21, 2012

ada apa dengan bulan Rejab?

Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:
1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
                                                                                                        (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)
"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)

 Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"Nabi bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah SAW"Kenapa kamu seksa diri kamu?Lalu sabdaNya"Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan"Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya!Ujar lelaki itu"Berpuasalah dua hari!Sabda Nabi."Tambahlah lagi"Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali)sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)

  PERISTIWA PENTING BULAN REJAB
 1. Hijrah Pertama Dalam Islam
    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
    Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

 2. Israk dan Mikraj
     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
    Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

 3. Peperangan Tabuk
    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis
    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

 5.Lahirnya Imam Syafie RH
    Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.

 Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah. 
Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.

sumber: http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=617&Itemid=1

Tuesday, April 17, 2012

Setiap kebaikan itu mendapat pahala sedekah

Abu Malik; al-Haris bin Asim al-Asy'ari berkata, "Nabi Muhammad S.A.W berkata, 'bersuci adalah sebahagian daripada iman. berkata 'alhamdulillah' memenuhi neraca timbangan amalan baik seseorang itu semasa hari kiamat kelak. Menyebut 'Subhanaullah walhamdulillah' memenuhi ruang antara bumi dan langit. Sembahyang adalah cahaya yang memberi petunjuk kepada amalan baik. Sedekah adalah bukti benarnya iman seseorang. Sabar adalah sinar yang terang benderang. Quran adalah hujah bagi mu dan terhadap mu. Manusia yang bangun pada waktu pagi, lalu dia melakukan sesuatu; sama ada mentaati Allah S.W.T ataupun mentaati syaitan dan nafsunya. Maka, dengan itu mereka samaada membebaskan diri mereka daripada kehinaan dunia dan azab di akhirat, jika mereka melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T ataupun membinasakan diri mereka jika melakukan maksiat dan dosa." Hadis Riwayat Muslim

Abu malik bin Asim adalah Al-haris bin Asim al-Asy'ari, beliau berasal daripada yaman dan meninggal dunia pada zaman Khalifah Umar akibat di serang wabak Taun. beliau melaporkan 27 buah hadis.

Antara tips hadis diatas adalah;-
1. Kita akan memperoleh pahala yang besar dengan memperbanyakkan pujian kepada Allah S.W.T dengan membaca Alhamdulillah.
2. sifat sabar akan membentuk jiwa yang kental
3. orang yang mentaati setiap arahan Allah akan bebas daripada kehinaan dunia serta bebas daripada azab akhirat.


p/s: Paksi Hadis 40 Imam Nawawi "Menegakkan Agama Melalui hadis Rasulullah S.A.W" 2010

Sunday, April 1, 2012

C.I.N.T.A




Cinta itu bukan tujuan… Cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama. Justeru kerana itulah Rasulullah s.a.w... telah bersabda:
“Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan.”
Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. Tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. Kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi. ^^

Tuesday, March 20, 2012

pandangan Allah adalah yang terbaik

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI...

Bila jadi baik, ORANG MELUAT...

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM...

Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA...

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN...

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS...

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR...

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'...

Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free...

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."...

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"...

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :-

"Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia.....

 

sumber: kisah wanita

Thursday, February 23, 2012

Yang Allah Cinta

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah meredakan tiga perkara bagi kamu dan Dia membenci tiga perkara bagi kamu. Dia reda supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah. Dan Dia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta." (Riwayat Muslim)




   Sebagai Manusia, sememangnya kesukaan kita sama dengan kesukaan Allah. Kita sukakan kedamaian, berkasih sayang, berkerjasama dan segala yang baik-baik lagi. itulah sebenarnya yang suara hati kita inginkan tetapi kadangkala kita sendiri yang enggan mendengar suara hati sendiri kerana terlalai dengan perkara lain yang tidak bersifat syarie.


  Kembali kepada fitrah, cintailah apa yang Allah cintai, lakukanlah apa yang Allah sukai. Itulah manifestasi cinta kita yang mendalam terhadap Allah. Samalah juga keadaannya jika kita menyukai seseorang, maka pastinya kita akan menyukai apa sahaja yang disukainya. 


  Menyukai apa yang Allah sukai, bukan soal mendapat pahala atau fadilat sahaja tetapi lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kepada Allah


  Begitu juga dengan aspek kebencian, haruslah selari dengan kebencian Allah, iaitu meninggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan yang dibenci-Nya. Dalam hal ini tidak dinafikan, nafsu pasti mendorong kita untuk berbuat segala yang Allah benci kerana nafsu suka kepada segala yang Allah benci dan benci kepada segala yang Allah suka.


  Tetapi iman yang kuat dan teguh akan dapat melawan nafsu disebabkan rasa bertuah dan rasa kehambaan yang mendalam dalam diri. Itulah antara ciri-ciri takwa yang sejati. 

Tuesday, February 21, 2012

KECANTIKAN SEBENAR

KECANTIKAN bukan untuk dikagumi, ia HANYA untuk seorang yang telah HALAL baginya..

(¯`✿ ia INDAH kerana tertutup..
(¯`✿ ia indah kerana TERJAGA..
(¯`✿ ia indah kerana tidak TERSINGKAP..

Akan tetap menjadi RAHSIA langit..
itulah percikan SYURGA..
cara terindah untuk menikmatinya adalah dengan MENIKAH..

Wahai wanita, bantu dirimu dengan MENUTUP auaratmu, sesempurna mungkin..atas nama CINTA, untuk keberkahan di masa depanmu kerana engkau memenangkan Allah di atas KEINGINAN hatimu..❤

Via Kempen Jaga Aurat Sepanjang Hayat

Ref: kisah wanita FB

sifat lemah lembut

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperoleh kebaikan dalam semua hal." (Riwayat Muslim)




lembut dan sabar tidak bererti mengalah, sebaliknya itu adalah tanda orang yang beriman. itulah juga yang diajarkan Allah kepada umat islam agar berhemah dan berlemah-lembut dalam setiap urusan.


lemah -lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hambaNya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah-lembut adalah orang yang sangat beruntung.


melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.


orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.


Rasulullah S.A.W adalah contoh orang yang paling lemah lembut dan paling baik hati dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.

Thursday, January 5, 2012

Khaulah Al-Azwar, Serikandi Medan Jihad


Oleh: Ustazah Hanisah Harun

Kelihatan Kelibat seseorang yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau dan menggunakan skaf sebagai topeng di muka terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak.

Beliau meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya pula lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain. Pertempurannya secara solo melawan musuh-musuh tanpa rasa gentar walaupun bersendirian.

Siapakah gerangan pejuang ini? Dialah pejuang wanita islam yang begitu berani di medan perang,,siapa sangka seorang wanita tangkas bertempur dan berkuda…dialah KHAULAH AL-AZWAR iaitu bidadari besi...

Alkisahnya,,,Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman rasulullah saw. Beliau adik kepada Dhirar yang juga mempunyai kehandalan di medan perang yang sememangnya tidak asing lagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur di medan perang turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang wanita yang mahir bermain pedang dan berkuda.Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat.

Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.Jika diteliti sirah bidadari besi ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan wanita yang paling handal dalam sejarah Islam.

Monday, January 2, 2012

Nak berada dalam medan amal islami yang bagaimana?

Setiap manusia yang iginkan Islam itu tertegak diatas keruntuhan jahilyah pasti mencari sesuatu inisiatif dan daya usaha ke arah tertubuhnya satu sistem khilafah. Ini jelas dibuktikan sebagaimana yang telah diasaskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna suatu ketika dahulu. Selepas keruntuhan kerajaan Turki Othmaniyah, beliau telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu harakah yang sudah semestinya untuk memenuhi satu keperluan ke arah menegakkan Daulah Islamiyah.


Namun hakikat yang perlu kita tahu adalah, manusia itu tidak dilahirkan ke dalam satu keselarian fikrah. Sebab itulah, bila islam ini merupakan satu agama yang syumul (sempurna) dan alami (universal), maka ramai diantara umat islam ini menganjurkan kelompok-kelompok agamawan yang lebih merujuk kepada konsep tasauf dan tazkiyah an-nafs sebagai salah satu elemen utuk mendekatkan diri pada Allah. Matlamatnya adalah satu... Mencari CARA MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH YANG TERBAIK.


Bila kita membicarakan tentang MENCARI JEMAAH YANG TERBAIK, keadaannya tidak jauh berbeza seperti apa yang telah saya gambarkan sebentar tadi kerana kita masih lagi berbicara tentang manusia yang tidak mempunyai keselarian fikrah. Rata-rata jemaah yang wujud di dunia, semuanya mempunyai satu matlamat, iaitu menubuhkan satu sistem khilafah. Tetapi, jemaah yang manakah adalah jemaah yang terbaik?


Kata sahabat-sahabat sefikrah, mencari jemaah yang terbaik seperti mencari kapal terbang yang terpantas untuk sampai ke destinasi. Kalau kita mengambil kira penggunaan motorsikal dan kereta sebagai salah satu alternatif lain, mungkin memakan masa 10-20 tahun agar matlamat untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju itu tercapai. Tetapi kalau kita menaiki kapal terbang? mungkin tidak sampai satu hari, sekurang-kurangnya kita telah mencapai 30% ke arah matlamat yang dituju (tak boleh kata capai 100% kerana kapal terbang boleh mendarat dilapangan terbang sahaja) . Selebihnya, mungkin memerlukan sedikit keupayaan untuk mengharungi ujian dan dugaan untuk mememastikan sampai ke destinasi (menaiki teksi dan bas untuk sampai ke bandar, sebagai contoh).


Ada juga orang kata, biar lambat asal selamat... Persoalannya, kita bukan membicarakan tentang penggunaan jalan rayaTetapi, kita berbicarakan tentang Islam yang berada didalam ghazwatul fikr (peperangan fikrah). Rata-rata hari ini, masyarakat Islam telah rosak, tak kanlah kita masih nak mengaplikasikan konsep 'lambat, selamat' sedangkan umat islam sangat 'cepat tak selamat' ?


Sahabat-sahabat, Islam adalah agama perjuangan, Allah sendiri telah berfirman, adakah kita ini mahu mengaku kita beriman, sedangkan kita ni belum diuji? (Rujuk Al-ankabut : 2-3). Atas sebab itulah, kita harus mengkaji dan menilai, dalam proses kita menyatakan penggabungan diri kita dengan sesuatu jamaah, kita harus mencari jemaah yang manakah adalah merupakan jemaah yang terbaik.


Persaolan terakhir yang ditimbulkan, bagaimanakah mencari jemaah yang terbaik?


Jawapan : Jemaah Islam yang terbaik adalah menghampiri kesemua ciri-ciri Islam yang telah Allah aturkan.

hasil nurkilan : saudara Ibnu Zubir Al-Bakri...

nama ku

NORSUTRIANA
NNaif
OOportunis
RRamah
SSuci
UUntung
TTulus
RRealistik
IIkhlas
AAmanah
NNaif
AAlim
Apa ada pada nama?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pengunjung yang baik

kalimah mulia

kalimah mulia

aquarium