muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Sunday, December 11, 2011

cerpen: Memories with Apperentiice


“terima kasih, assalamualaikum”..sumayyah terus turun daripada kereta kemudian terus menghayun kaki ke rumah sewa (SD). “aw! ” Sumayyah terkejut, keluhan kecil muncul dari mulut saidatul, rupanya Sumayyah tidak sengajah telah tersepak kaki saidatul yang masih luka akibat daripada kemalangan. Kesian saidatul, sumayyah sangat kagum dengan kesungguhannya walaupun saidatul masih belum sembuh sepenuhnya tapi dia tetap gagah untuk melangkah dan membuat tugasan luar bersama-sama.

Sampai sahaja di Sajaratur Dhur (SD), MUslim dan Ikhwan terus duduk di pangkin sementara menunggu giliran untuk melepaskan lelah akibat seharian mengedarkan soalan kaji selidik. Tiba-tiba suasana rumah yang riuh berubah menjadi sunyi sepi. Lima saat kemudian “Allahuakhbar...Allahuakhbar”.. laungan azan kedengaran dan menandakan waktu asar sudahpun masuk.

Seusai solat asar secara berjemaah, Sumayyah dan Saidatul serta beberapa sahabat yang lain terus membaca Al-Mathurat dan akhir sekali doa di panjatkan kepada Illahi, bacaan doa di ketuai oleh Aishah. “amin..amin ya Robbalalamin”.. semua bersalam-salaman dan saling mendoakan antara satu sama lain. “semoga Allah permudahkan urusan kita semua, terima kasih semua” tetiba je suasana berubah menjadi ceria semula. Kekerutan yang terpamer di wajah sahabat-sahabat sedikit sebanyak berubah menjadi ketengan, betullah kata mutiara yang sering kita dengar iaitu “dengan mengingati Allah hati menjadi tenang”.

Tut.tut.tut.. deringan telefon mengejutkan Sumayyah, dia terus mengambil telefon dah terpamer dikaca skrin *muslim SUK. Sumayyah dengan pantas menekan punat hijau dan membaca mesej yang diterimanya, dan terus menekan butang reply, “ok kita gerak awal sikit sebab tempat tak pasti lagi sama ada kita nak jumpa pimpinan UKM KL di masjid wilayah atau pasti hidayah, apa kata qadir mesej dahulu untuk tentukan betul-betul dimana tempat kita nak buat pertemuan malam ini ok syukran”.. ibu jari terus menekan butang send...tidak lama kemudian Muslim menelefon dan meminta agar saidatul dan kak sut bersedia dengan soalan-soalan yang akan di ajukan kepada pimpinan UKM KL malam ini.



Tepat pukul 6.30 pm ,suasana petang desa rejang masih disibukkan dengan kereta keluar-masuk ke pangsa puri desa rejang yang bersebelah dengan kolej kedua UTMKL. Seperti yang dijanjikan Sumayyah, Saidatul, Muslim dan Ikhwan bertemu simpang tiga berdekatan dengan rumah sewa SD. Dengan wajah yang serius umpama kucing tidak mendapat ikan, hafizi terus parking kereta di tepi jalan, “kenapalah budak tu tunjuk wajah macam tu”.. luah Sumayyah pada Saidatul. Mereka berdua tertanya-tanya dan mula membuat andaian yang tidak-tidak. Masuk je dalam kereta, Muslim terus Tanya soalan “akak tahu tak nak ke pasti hidayah macam mana”. Sumayyah kelihatan bingung sebentar, rupanya keseriusan wajah yang ditonjolkan oleh Ikhwan di sebabkan oleh kerisauannya untuk ke pasti hidayah kerana dia tidak mengtahui lokasi tersebut.

Muslim mengepalai bacaan doa untuk menaiki kenderaan. Pelbagai persoalan dan pandangan dapat di kongsi dan dilontarkan di sepanjang sepanjang perjalanan menuju ke UKM KL. “rasanya siapa yang kita ketemui kejap lagi” tetiba je Ikhwan mencela perbualan antara Sumayyah dan Saidatul. Muslim menjawab persoalan Ikhwan dengan kata-kata yang tidak dapat diduga oleh kami semua.. suasana kereta menjadi hangat, Ikhwan tidak menunjukkan riaksi dan hanya mampu untuk mengukir senyuman yang kelihatannya seperti tidak berpuas hati. Namun itulah Ikhwan orangnya yang sangat selamber dan tidak kisah akan usikan-usikan yang sering dikenakan kepadanya.

Waktu maghrib pun tiba, Ikhwan terus mengalahkan kereta kearah masjid yang berada di simpang jalan. Seusai solat maghrib berjemaah di masjid, mereka pun meneruskan perjalan ke pasti hidayah. Pukul 8.30 malam sampai sahaja Sumayyah dan Saidatul terus masuk ke dalam salah satu bilik darjah pasti untuk menunaikan solat ishak berjemaah. Sementara menunggu sahabat daripada UKMKL datang, mereka berempat mengisi masa dengan muttaba’ah amal.. ada yang sibuk menghafal surah, ada yang prepare persoalan yang bakal di Tanya, ada yang menelaah buku haraki dan ada juga yang membelek-belek buku dan lukisan sambil mengalunkan zikir dalam hati.

Kedengaran engine kereta yang semakin menghampiri pasti, Alhamdulillah akhirnya wakil-wakil pimpinan UKM KL pun tiba. Perbincangan seperti biasa dimulai dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah. Pertemuan di pengerusikan oleh saudara Muslim selaku ketua bagi kumpulan mereka dengan mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada wakil pimpinan UKM kerana sudi untuk meluangkan masa bersama-sama membincangkan dan berkongsi perancangan kampus mereka walaupun sibuk dengan tugasan-tugasan ekademik semasa.

Sepanjang perbincangan dan pertemuan tersebut, Sumayyah tidak dapat memberi sepenuh perhatian kerana pada masa itu Sumayyah adalah masulah program Apprentice yang tengah berlangsung dan perlu memantau ahli kumpulan lain agar progress untuk menyiapkan analisis setiap kumpulan dapat dijalankan seperti mana yang telah dirancangan dan dipersetujui bersama. Dalam masa yang sama juga, Sumayyah kena alert dengan tugasan-tugasan yang tidak di duga daripada pengarah Apprentice sendiri. Namun demikian dengan semangat kerjasama dan saling membantu antara kumpulan masalah ini dapat dibendung bersama.

Perbincangan semakin matang, setiap wakil UKM yang datang begitu bersemangat untuk menerangkan dan berkongsi pengurusan mereka demi keberlangsungan dakwah dalam kampus. Ikhwan, Muslim, Saidatul dan Sumayyah tidak melepaskan peluang dengan menanyakan pelbagai persoalan, sedikit sebanyak idea-idea yang terkeluar dapat di kongsi bersama baik untuk UKM dan UTM sendiri. “satu hati, satu dakwah , satu aqidah”...

Pertemuan diakhiri dengan doa tasbih kifarah dan surah al-asr’. Semoga apa yang dibincangkan selari dengan perancangan Allah dan semoga islam membangun di Malaysia. “Kalau ada sumur diladang, boleh kami menumpang mandi, kalaulah ada umur yang panjang insyaAllah kita jumpa lagi” dengan berakhirnya pantun di atas maka berakhirlah episode untuk perancangan perjalanan program 21/12/2010.

“Bangun... bangun solat subuh,”.. dengan mata yang berwarna merah dan badan sengal-sengal sumayyah membuka mata, rupanya dia baru tersedar dari mimpi dan terus menuju ke bilik air dan membasuh mukanya yang sangat-sangat sembam kerana semalam tido pukul 2.30am untuk menyiapkan sebuah cerpen. Apa pun terima kasih buat pengarah program kerana melatih diri ini untuk membuat kisah.. terimalah kritik dalam hati je ya..

2 comments:

nsrisman said...

sambungkan cerita ni lagi...;)

sutriana said...

InsyaAllah... ^_^.. teringat memori lama.. erm tulah tak sangka sahabat2 ni boleh menulis sebuah cerpen kan? biar pn bhsa ayat tungang2.. hehe

aquarium