....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

Saturday, September 24, 2011

JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA



wanita? siapakah wanita? persoalan yang sering bermain difikiran kita... menurut bahasa kamus dewan wanita adalah perempuan iaitu lawan bagi lelaki, oleh itu bila perkataan 'wanita' ditambah imbukan 'ke......an' jadilah 'kewanitaan iaitu yang membawa makna sifat-sifat dan ciri peribadi seorang wanita. amat jelas wanita dan lelaki sangat berbeza dari sudut fizikal dan pemikirannya.

jika diimbas kembali kisah zaman Nabi Adam di syurga, Hawa diciptakan dari Tulang rusuk Nabi Adam, dapatlah disimpulan bahawa tujuan kewujudan Hawa disisi Nabi Adam adalah untuk hidup bersama dengan nabi Adam A.S. Wanita berasal dari tulang rusuk yang bengkok oleh yang demikian untuk mendidik dan menegur wanita perlulah dengan teknik yang betul kerana ia mudah patah dan jika di biar pula wanita akan terus bengkok, jadi bersederhanalah cara yang terbaik untuk mendidik para wanita. 

kedatangan islam, telah mengorak satu langkah yang cukup fantastik kerana darjat wanita diangkat dan dilindungi. so begitu bahagianya wanita apabila didasari dengan keindahan sifat nurani iaitu fitrah bagi wanita. 'tangan yang lembut, mampu untuk menggongcang dunia' salah satu kata yang dapat meningkatkan jati diri wanita ketika dahulu, namun kini dimanakah tangan itu? jawab dalam hati dan luah dengan perbuatan.. 

ya kebahagian apa yang nak dicapai sebenarnya? adakah wang yang banyak? memiliki kereta dab rumah yang besar itu satu kebahagian? atau mendapat pasangan (couple) yang romentik? tentu persoalan ini tidak dapat membantu kita sebagai wanita mengecapi kebahagian yang sebenarnya. kebahagian yang hakiki adalah jika hidup didasari taqwa kepada Allah SWT. kerana Dia Ya Rahman yang Maha Pengasih yang memberi kebahagian jika Allah kehendaki. kebahagian tidak dapat diukur dengan kaedah matematik tetapi ia lebih bersifat subjektif. 

wanita bahagia memiliki ciri-ciri ketaqwaan, mempunyai akhlak yang baik dan ilmu pengetahuan kerana tapa ketiga-tiga ciri baik lelaki mahupun wanita tidak akan mendapat kebahagian yang sebenarnya. cuma perhatikan kata-kata Ulama ini ' ilmu memelihara kamu, kamu memelihara harta' tentu sekali harta akan lenyap tetapi ilmu tetap menjadi pemelihara terbaik kerana bila kita ada ilmu tentu ia membantu kita memperjuangkan hidup. 

pada akhir zaman ini ada satu penyakit yang akan merebak dikalangan masyarakat apabila tidak dibendung dari awal, iaitu 'cintakan dunia takut akan kematian'. akhir kalam bersedehanalah dalam mengorak kehidupan untuk mendapat kebahagian kehidupan yang hakiki, tunaikanlah fardhu ain dan fardhu kifayah serta bersegerahlah dalam melakukan amal kebajikan dan kebaikan kerana sudah tentu Ajal maut di Tangan Allah SWT. 

No comments:

nama ku

NORSUTRIANA
NNaif
OOportunis
RRamah
SSuci
UUntung
TTulus
RRealistik
IIkhlas
AAmanah
NNaif
AAlim
Apa ada pada nama?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pengunjung yang baik

kalimah mulia

kalimah mulia

aquarium