muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Sunday, July 3, 2011

isra' mi'raj

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi dengan limpahan nikmat kurniaan iman dan Islam dapat kita bertemu kembali... lama sudat ana tidak update blog ana.. gatal jari jemari ini ingin menekan key board laptop..

Ya seperti yang tertera tajuk di atas, ana ingin kongsi sedikit pengisian berkenaan hari istimewa orang-orang Islam, salah satunya adalah isra' mi'raj (rasulullah diperjalankan dari masjidil Haram ke Masjidil Aqsa-kiblat pertama Umat Islam dan seterusnya ke langit ke Tujuh. baru-baru ini kita semua telah ditemukan oleh Allah iaitu isra' mi'raj pada 29 Jun 2011. Walaupun agak lewat untuk ana berkongsi namun diharap ia dapat jua dikongsikan ambil yang baik jadikan tauladan.



1 jun 2011, masjid Al-Munauwaroh Kg, Tanjung batu Keramat laut (Tawau) telah mengadakan satu majlis ceramah sempenan peringatan kepada isra' mi'raj. ceramah disampaikan oleh ustaz Ahmad Abdul Malik, sangat cantik namanya, mulia akhlaknya dan tagap orangnya.. antara ceramah yang disampaikan. ya isra' apa yang dimaksudkan dengan isra'? menurut ustaz secara ringkasnya ia adalah perjalanan, sama seperti umat islam yang berjalan menuju ke masjid, bermula langkah dari rumah hingga tiba dimasjid itulah yang dipanggil isra'. mi'raj pula, apabila seseorang sampai di Masjid lalu mengadap kiblat dan mengangkat takbir itulah mi'raj orang muslim. harap kalian dapat tangkap maksudnya.

terdapat dua hikmah peristiwa isra' mi'raj Raasulullah SAW. walaupun dalam bulan rejab berlaku dua peristiwa menyedihkan Rasulullah SAW, iaitu kematian isteri yang dicintainya Syaidatina Khadijah dan bapa saudara Baginda Abu Talib. Kedua tokoh tersebut adalah orang yang banyak membantu Baginda dalam tugas menyebarkan dakwah Islamiyah. namun Allah telah hadiahkan kepada baginda dalam bulan tersebut satu peristiwa yang sungguh luar biasa, berlaku selepas Rasulullah menunaikan solat malam. menurut Ustaz Ahmad sebelum turunnya perintah untuk solat 5 waktu, Rasulullah dan para pengikutnya hanya menunaikan solat dua waktu iaitu sekali pada waktu siang dan sekali pada waktu malam.

hikmah Perjalanan Rasulullah yang pertama, apabila dicuci hatinya oleh malaikat Jibril A.S dan Rasulullah menjadi Imam solat malam dan makmumnya para nabi dan Rasul terdahulu di dalam masjidil Aqsa. masjid Aqsa sangat diberkahi Allah kerana Ramai para nabi dan Rasul dilantik di palestin. selepas mengerjakan Solat menurut Ustaz Ahmad, satu kesepakatan telah dilakukan dalam masjid Aqsa iaitu pada hari kiamat nanti Rasulullah SAW adalah yang pertama akan dibangkitkan.

hikmah kedua dalam perjalanan Rasulullah SAW, Rasululllah menghadap Allah SWT, dua hadiah yang diberikan oleh Allah kepada Rasulullah, yang pertama Rasulullah SAW dilantik menjadi kekasih Allah SWT dan perintah 50 waktu solat sehari semalam. semasa Rasullah turun dari menghadap Allah baginda bertemu dengan Nabi Musa AS. Nabi Musa meminta Rasulullah bertemu kembali Allah untuk mengurangkan 5 waktu kerana khuatir umat Nabi Muhammad tidak termampu untuk melaksanakannya. 9 kali Rasulullah bertemu untuk memohon supaya perintah solat dikurangkan.. dan akhirnya 5 waktu sehari semalam.

akhir kalam, jagalah solat kerana solat itulah banyak fadilatnya......

ty sambung lagi..salah silap harap diperbaiki

No comments:

aquarium