....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

Friday, May 27, 2011

pengalaman balik TAWAU

assalamualaikum wbt.....

22 mei 2011 bermula penerbangan ku dari KL ke Tawau, namun hati ku sedih bila tiket yang sepatutnya pukul 6.30 pm delay ke 8pm... nak buat macam mana semua tidak dapat ditolak, dan kena terima dengan hati yang terbuka. walaupun ramai penumpang yang kecewa tapi semua kena terima untuk sampai juga ke destinasi.. TAWAU tetap dirindu.

semasa dalam kapal terbang, hati ku kadang2 rasa tidak enak, rupanya masa dia atas kapal yang saya naiki tidak stabil bila berada dalam awan yang hitam, em kadang2 rasa mcm tak duduk dekat kerusi rasa nak jatuh...

walaupun dalam gusar, perut ku juga berkeroncong kerana terlalu lapar, ya biasalah sempst untuk makan tengah hari sahaja, terus bergerak ke LCCT. nasib baik duduk sebelah dengan makcik cahaya (bugis) dan kakak Pasti.. alhamdulillah orang baik2.. dapat jua roti free dan gula2 untuk ku alas perutku.

sampai sahaja di lapagan dah hampir pukul 11am.. aku disambut oleh abang2 ku dan anak2 buah ku. ibu ku tidak dapat bersama menyambutku sebab masih dalam kondisi yang tidak sihat.

sampai sahaja di Kg Tanjunjung Batu Keramat Laut, ya jalan masuk kerumah tetap dalam keadaan yang sempit.... sangat terharu bila sampai jak terlibat seorang yang telah berusia dengan mengangkat kain pelikatnya serta berpayung. rupanya ayah ku yang ku gelar 'aji'. aji ku sudah lama menunggu di situ menanti dengan sabar dan kegusaran, kerana aku terlalu lewat sampai kerumah.

menurut aji ku. dia sampai tergelincir di jalan untuk bertemu dengan ku, habis basah kain pelekatnya.. sedih jua bila ku mendengarnya, namun apa boleh ku buat aku hanya mamp mendengar keluhannya.... apa pun terima kasih ajiku kerana aji sanggup menunggu kepulangan ku.

rupanya kakak dan abng iparku juga turut menunggu ku di rumah, oleh kerana kelewatan ku mereka terpaksa balik semula kerumahnya di pasir putih kg baru kerana cuaca kelihatan tidak elok.

ibuku juga setia  menantiku dihadapan rumah , sampai sahaja aku di sambut dengan senyuman yang paling manis, alhamdulillah ibuku kini boleh berjalan seperti biasa.. sungguh luar biasa.. subhanaullah maha suci Allah telah menyembuhkan kaki ibuku.. terima kasih ya Allah..

malam tu aku tidur agak lewat, kerana terlalu rindu dengan mereka, jadi aku bercerita dahulu walaupun sebenarnya aku memikirkan jua esok hari pertama untuk aku menjalani latihan praktikal di JTK TAwau. 

dan akhirnya kini aku berada di JTK Tawau.. hehe sempat lagi update bblog......

Sunday, May 8, 2011

selamat hari ibu "khas buat mamaku yang tersayang"

assalamualaikum wbt...buat semua

hari ini 8 mei 2011 merupakan hari bersejarah lagi buat yang bergelar ibu @ mak @ mama @ ummi @ mami @ apa sahaja gelaran buat mereka... yg biasa kita dengar apabila seseorang anak memanggil seorang insan yang melahirkan kita semua. macam saya juga sama seperti kalian memanggil ibu dalam sebagai mama(dalam msej)... in real real mak.....

Ibu,merupakan seorang insan yang mulia yang dikurniakan oleh Allah ketabahan,kecekalan dan segala sifat yang perlu kita sanjungi. Dan tidak semua insan di dunia ini yg berpeluang melihat wajah ibu mereka apabila mereka dilahirkan kedunia. alhamdulillah mama masih ada dan sering memberi kasih sayang penuh pada saya, namun ari ni mama masih terlantar di hospital kerana kaki mama sudah patah, harap mama sabar menerima ketentuan Illahi dan yakinlah mama ganjarannya cukup besar di sisi Allah SWT.... semoga mama cepat sembuh.. kami disini walaupun jauh dari pandangan mama namun tetap mendoakan mama dan mama tetap berada di sanubari... sayang mama...

sambutan hari ibu, pandangan saya sambutan ini tiada lainnya adalah untuk menghargai jasa eorang ibu, yang sabar dalam membesarkan dan memberi kasih sayang kepada anak-anaknya semenjak dalam rahim lagi... ketinggian martabat sebagai ibu seperti
 
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat Al-Hakim
Selain itu, Rasulullah ada menegaskan sebanyak tiga kali ttg soalan sahabat berkaitan siapa patut diutamakan dalam sesuatu hal,dan jawapan Rasulullah ialah..Ibumu,ibumu dan ibumu..
ingatkah kita tentang cerita Alqamah yang di saat kematiannya susah untuk mengucap shahadah. Ini juga adalah akibat drp kesan menderhakai ibu.Dan setelah ibunya mengampunkan kesalahannya,barulah Alqamah dapat mengucap dua kalimah shahadah dan pergi menemui Illahi dgn tenang. Di sini saya ingin tegaskan bahawa, martabat ibu di sisi Allah sangat tinggi dan mulia. Oleh itu, kita sebagai anak perlu mentaati ibu dan juga bapa kita dengan sebaik mungkin. Kita juga perlu menghormati,mengasihi dan menyayangi mereka sebagaimana mereka mengasihi kita. Semoga dgnnya kita dapat beroleh ketenangan dan dapat meraih redha Allah S.W.T.

sajak ini ku hadiahkan buat ibu2 sekalian..

Ibu!
Kelunak lembutanmu yang bersih
Merupakan rahmat bagi kami.

ibu,
Merupakan kekuatan
Dan benteng agama.

Kasih sayang ibu
memberi nilai Kemampuan kami,
memberi warna Amal dan fikiran kami.

Wahai ibu

Berdasarkan syair nyata,
Di dalam nafasmu
Terletak kehidupan agama
Bimbing eratlah kami anak-anakmu.

Friday, May 6, 2011

2 jamadilakhir...

segala puji dan syukur kehadrat Illahi, kina mengikut kalendar hijrah.. usia ku genap 24 tahun masihi.. alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana memanjangkan usiaku sehingga kini mencapai 24 tahun, ya seperti orang lain juga disetiap usia yang baru pasti ada azam baru, kerana zaman semakin menuju era yang baru..
pasti ada sahaja yang diimpikan, namun tidak pasti dengan diriku, rasanya ingin lebih untuk menumpukan azam yang lama dan cuba untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa. antara azam yang ku dokongg sehingga kini, ingin melihat biah solehah.. ya tentu ia sangat besar, namun ia bermula dengan diriku sendiri, kepada keluarga dan masyarakat, membaca banyak buku motivasi, haraki, sirah, khatam Al-Quran, hafal surah-surah dalam Al-quran dan banyak lagi.. namun apa yang ana cuba untuk fokus, ana pun tak pasti yang pasti khatam untuk sem ni Alhamdulillah dah berjaya, buku-buku pun banyak jua termasuklah novel2 islamik buku kegemaran ku sampai lupa dah tajuk-tajuknya..
perancangan untuk cuti akan datang, aku merancang ingin menjalankan program2 motivasi dikalangan adik2
 sekolah lama ku dan kampung lama ku... rindu dengan suasana ketika zaman kanak-kanak dahulu, masjid dianggap seperti rumah sendiri, disitulah tempat berkumpul bersama kawan2, tempat tido, solat bersama-sama walaupun masa tu tak tahu lagi keistimewaan dan kenapa perlunya untuk solat berjemaah dan mengaji... hanya menurut sahaja kawan-kawan dan keluarga. pengalaman tidak dilupa masa tu ada qiam dekat masjid, wah memang bestlah, duduk2 kat luar masjid baring2 melihat bintang yang jatuh.. pasang hajat.. lupa da hajat tu hehe tapi mmg jika dikenang kembali ia tidak mungkin akan berulang kerana sudah jadi kenangan silam yang biarlah terpahat dihati..
kembali semula kepada perancangan ya mudah2an Allah permudahkan...
bila usia semakin meningkat kuharap jua diriku menjadi semakin matang, (sbb ramai kata saya tak matang).. sudut mana pun saya tak tau, apa pun ia menjadi muhasabah untuk diriku jua, begitu dekat waktu kematian, hanya Allah yang Mengetahui.. semoga amalan-amalan yang dilakukan yang masih sedikit Allah terima.. ameen.. dan mengampunkan dosa-dosa yang banyak ini... Astaghfirullah....
sampai sini dulu coretan buat diri ku yang kini berusia 24 tahun... pasti ada hadiah yang Allah nak beri..terima kasih ya Allah...dan pastinya bukan kek....

tidak lupa jua terima kasih jua buat ibu yang kini terlantar dihospital.. ku doakan semoga Ibu cepat sembuh..ameen
terima kasih ayah kerana selama ini menyayagi kami semua, berkerja keras untuk membina keluarga.. terima kasih...

Thursday, May 5, 2011

liril lagu bunga-bunga cinta (dalam mihrab cinta)

Dude Harlino Feat Asmirandah - Bunga-bunga Cinta [OST Dalam Mihrab Cinta]

Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Asmirandah & Dude:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

Tuesday, May 3, 2011

lirik lagu istikharah cinta



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta

hari yang indah

1 mei, bersamaan hari pekerja bagi warga Malaysia... kami sekeluarga kolej telah mengadakan satu rehla di gunung pulai, sangat cantik, air yang sejuk, mendaki bukit yang dipenuhi pokok2 yang tinggi, Maha Suci Allah yang mnenciptakannya.. sangat2 cantik.. kenangan yang sungguh menyeronokkan, bagi shbt2 yang tidak dapat bersama terutamanya muslimat aini, jun, amirah, kak ummu dan reni harap bersabar.. insyaAllah ada masa dan rezeki lain kali kita gi sama2



lepas sahaja rehla di gunung pulai, perjalanan diteruskan ke majlis perkahwinan kak sutinah, merupakan bekas Mahasiswi UTM Skudai yang dulunya merupakan Naib President 2 Persatuan Mahasiswa Islam PMI UTM... kami mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga barokah Allah sentiasa bersama pasangan ini..
semoga bahagia hingga ke syurga
terus istiqamah dalam menyebarkan risalah dakwah

nama ku

NORSUTRIANA
NNaif
OOportunis
RRamah
SSuci
UUntung
TTulus
RRealistik
IIkhlas
AAmanah
NNaif
AAlim
Apa ada pada nama?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pengunjung yang baik

kalimah mulia

kalimah mulia

aquarium