muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Sunday, March 13, 2011

beriadah sambil beribadah... semoga keredhan diperoleh dari-Nya

malam pertemuan bermula sekian lama ia berhenti sementara, em rindu benar dekat sahabat2.. em sebelum tu masing-masing dah dijamu dengan forum 'indahnya iman' bersama brother shah... FCR

perbincangan semakin panas, bila bertubi-tubi idea daripada sahabat mencurah seperti air hujan. namun walau 20% je yang hadir, ia tetap memberi kepuasan pada diri ana untuk bertemu dengan shbt2 seperjuangan. ana pun tidak terlepas dari menyumbangkan idea, yang pasti pelbagai gelagat dipamerkan, ada yang senyap, senyum saje pun ada hehe memang best lah.

terus sambung qiam kat MSI, alhamdulillah ramai pula hamba Allah menginap di Rumah-Nya malam tu,(mahasiswi UPSI) pun ada sekali.. ana sempat kenal nama sowang je, nama dia pun macam shbt saya syafadilah iman. ingatkan sepupu ana ada joint sekali,, hehe rupanya YB dah busy

pukul 5.00am qiam.. namun masih ada lagi yang lena dibuai mimpi yang indah, mungkin ada yang termimpi tengah dakwah non muslim.. hehe sbb rasa tercabar bila dengar forum malam tadi(andaian ana saje). lebih kurang 5.45am kedengaran azan mendayu untuk membangunkan umat untuk menunaikan solat subuh.

6.50am, ana bergegas ke kolej, ya macam biasa lumrah orang yang tiada kenderaan, klu ada pun ana tak tahu pun nak bawa huhu.. jalan kakilah.. sempat jua Alhamdulillah tiba di stesyen pertemuan yang telah dijanjikan. em mana2 sahabat2 dan adik2 ni...em dah pukul 7.30am nni.. (risau).. alhamdulillah akhirnya kelihatan jua kelibat ira disana(urut2 muka). 

tututut..(bunyi mesej) "akak saya g lewat sikit ya'..anak usrah ana mesej, "xpe akak pi dulu ya jumpa kat balai cerap".. ana pun balas, takut pula kang panas nak ke  balai cerap.. ana dan ira pun joging lah ke balai cerap.. sampai je kat simpang taman rekriasi, kami coner ke kiri hehe, tak larat nak teruskan pendakian ke balai cerap. em ana pun terfikir, kat taman rekreasi tu klau tak silap kan ada surau...boleh lah.. tanpa buang masa ana dan ira pun g lah pondok2 kat taman rekreasi.

tuttutu..(bunyi)..ana terus je buka peti inbox.. owh rupanya pah mesej, 'kat mana?'... yelah kan kata nak ke balai cerap coner plak ke taman rekreasi.. dah bertiga em teruskan je aktiviti sambil tunggu shbt2 dan adik2 lain. sambil2 menunggu ana tunaikan solat sunat dhuha, wau sejuk giler air paip ni.. terdengar keluhan ana dan pah.. ira pun teruskan alunan qasidah 'ya badrotim'... 'ya toibah'... salam alaikh......

usai solat sunat dhuha, akhirnya bertambag lagi sowang.. 'datang pun anak akak, owh sowang je"? iza hanya tersenyum dari jauh.. "ok jom kita baca *ayat2 manzil sebelum kita g sarapan'. cadangan dari salah sowang group riadah.. kami berempat pun baca secara berjemaah.. tibe2 lalu 2 ekor kumbang.. (terjeling kejap) kelihatan raut wajah kumbang itu agak pelik.. ya itu sudah biasa..'islam datang dalam keadaan dagang, jadi ia kembali kepada dagang' benda yang benar zaman sekarang dianggap pelik.. apa pun moga Allah sentiasa beri hidayah pada kita semua dan kepada seluruh warga UTM tercinta.

segala yang baik datangnya dari Allah.. 

*ayat2 dalam manzil ni seumpama kita baca Al-Mathurat kubra (kumpulan doa yg disusun oleh Imam syahid Hassan Al-Banna-Ikhwan Muslimin).

p/s semoga cerita ini dapat menghiburkan shbt2 pembaca, segala komen adalah sangat di alu2kan'

terima kasih buat yang sudi teman ana untuk beriadah ^_^.. ana sayang kalian, semoga ukhuwah kita kekal hingga ke syurga..
kata2 mutiara
"dalam kerendahan hati ada ketinggian budi"
dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
"dalam kesempitan hidup, pasti ada kekuasaan ilmu"

'''' Maha Suci Allah, Yang Maha Adil""".. tidak Allah akan uji seseorang melaikan dengan tahap kemampuan seseorang..


No comments:

aquarium