muhasabah

"dan apa sahaja nikmat yang ada pada diri mu dari Allah SWT lah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan". (An-Nahl:53)

....doa istikharah.....

"Ya Allah, aku memohon petunjuk kebaikan kepada-Mu dengan ilmu-Mu. Aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu. Ya Allah, seandainya Engkau tahu bahwa masalah ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan jalan hidupku, jadikanlah untukku dan mudahkanlah bagi dan berkahilah aku di dalam masalah ini. Namun jika Engkau tahu bahwa masalah ini buruk untukku, agamakku dan jalan hidupku, jauhkan aku darinya dan jauhkan masalah itu dari ku. Tetapkanlah bagiku kebaikan dimana pun kebaikan itu berada dan ridhailah aku dengan kebaikan itu."

My Tokoh

Image Hosted by bkrm.blogspot.com

Friday, April 1, 2011

andai esok hari terakhir kita "TM HEWI"

Tarikh : 18/3/2011
Masa : 12.00-2.00pm
Tempat : dewan Al-ghazali Pusat Islam
Tajuk: “andai esok hari terakhir kita”
Penceramah : Ummu Solihin
Sesi 1 (12.30-1.10pm)
-          Muqaddimah, majlis meningati Allah SWT, Majlis para malaikat. Melalui tajuk diatas tiada siapa yang tahu saat kematian di bila, dan apa yang ada dekat dunia ini semua sementara.
-          Pengisian: Allah yang Maha Menghidupkan “Al-Muhyi”. Jika manusia dilahirkan melaui perantara mak dan ayah, namun ada juga manusia yang Allah ciptakan tanpa ayah dan ibu iaitu nabi adam a.s, dan ada juga yang dihidupkan tanpa seorang ayah iaitu nabi isa a.s. makhluk Allah yang lain juga ada yang di ciptakan tanpa melaui persenyawaan iaitu unta semasa zaman nabi Salleh a.s iaitu unta tersebut keluar daripada batu, dalam keadaan unta tersebut tengah bunting. Begitu juga dengan kumpulan-kumpalan tanah akhirnya dengan kekuasan Allah kumpulan yang dibuat oleh Nabi Isa a.s menjadi seekor burung.
-          Al-Mumit “Allah yang Maha mematikan”. Kematian boleh berlaku dengan apa cara sekalipun semua atas kehendak Allah SWT. Contoh nabi Zakaria lari daripada tentera dan masuk kedalam pokok, bila tentera gergaji pokok-pokok dan termasuklah tempat persembunyian nabi Zakaria. AllahSWT berkuasa mematikan seseorang dengan sebab, boleh juga mematikan dengan berlawanan dengan sebab, semua atas kuasa Allah dan tanpa sebab pun Allah boleh matikan seseorang. Yakinkan pada diri bila-bila sahaja Allah boleh ambil nyawa kita. Melalui firmanNya “setiap yang bernyawa pasti merasai mati”. Mati itu benar namun tiada siapa yang tahu saat itu, ajal setiap manusia Allah sudah tetapkan.
-          Peredaran alam

syurga
 

Sakaratul maut
 

kubur
 

mahsyar
 

Titian sirat
 

neraka
 





-          Sakaratul Maut : syaitan suka datang dan menyerupai apa-apa dan syaitan2 ini menyeru manusia supaya menyembah iblis. Jadi jika kita tidak jaga iman kita dengan baik kita kan mudah terpengaruh, wayauzubillah.
-          Kubur : siapa yang beriman kuburnya sangat nyaman. Allah perlihatkan satu mahligai padanya. Yang tidak beriman pula Allah nampakkan binatang berbisa seperti ular, kala jengking, untuk menyiksanya..
-          Mahsyar: semua akan dibangkitkan seperti banyaknya anak panah dalam satu bag. Manusia kelihatan seperti  mabuk tapi sebenarnya tidak. Mencari-cari syafaat bermula bertemu dengan nabi Adam, tidak dapat manusia berlari-lari mencari nabi Ibrahim, juga tidak dapat dan Nabi Ibrahim suruh cari nabi musa, manusia pun mencari-cari, setelah jumpa nabi Musa, malangnya tetap tidak mendapat juga syafaat dan menusia diminta mencari nabi Isa, pada akhirnya Nabi isa kata dia tidak layak untuk beri syafaat kerana syafaat itu ada pada rasulullah SAW. Rasulullah sangat mengenal umatnya dengan melihat cahaya yang terpancar di dahi kesan daripada sujud seseorang. Menurut ustazah juga sesiapa yang sentiasa dalam keadaan berwuduk di padang mahsyar nanti dirinya diberi cahaya, dan bagi manusia yang sentiasa dalam hidupnya memuji-menuji Allah dirinya dijahui daripada hisab.
-          Titian sirat: diumpamakan seperti sehelai rambut di belah tujuh sangat halus dan di tepi titian ada besi yang sangat panas, semua akan di hitung mengikut amalan masing2. Ada yang melalui sepantas kilat dan ada yang terkial-kial dan terjatuh.. semoga kita dijahui daripada siksaan itu,, Ampunkanlah kami Ya Allah Ya ghafur.
-          Penempatan terakhir sama ada syurga atau neraka, jika akhir hidup kita disyurga beruntunglah, semua penghuni syurga muda-muda, cantik2, mengeluarkan peluh yang wangi. Namun bagi penghuni neraka pula, hanya dengan asap sahaja dah terasa bahangnya, 70 kali ganda kepanasan api di dunia(cahaya matahari). Makanan iaitu buah zaqum yang boleh menghancurkan seluruh dunia. Yang selamat adalah umat Nabi SAW yang walau sekali dalam hidupnya pernah mengucap ‘lailahaillaullah’.
-          Apa bekalan yang kita nak bawa untuk berjumpa dengan Allah??
a.       Ada yang bawa iman
b.      Amalan2
c.       Dosa. Namun berusahalah untuk tidak membawa dosa ini.kerana tidak terlepas dari siksaan Allah walau ia dosa kecil sekalipun.
Rehat untuk tunaikan solat zohor berjemaah (1.10pm-1.30pm)
sesi 2: Persiapan menghadapi kematian
-          Kena setiap hari bersedia kerana mati itu benda yang pasti, tingkatkan keyakinan pada kalimah “lailahaillaullah Muhammad Rasulullah”. Tiada yang beri kesejukan melainkan Allah, begitu juga dengan kejayaan, kesakitan, kesenangan, kesihatan, melainkan semuanya atas kehendak Allah SWT.  Orang yang beriman hatinya bergetar jika menyebut nama Allah SWT, sentiasalah perbaharui iman, dengan mengucap kalimah syahadah, bercakap-cakap tentang kebesaran Allah dan iman meningkat bila kita sering menyebut kebesaran Allah ‘subhanaullah, Alhamdulillah, Allah huakhbar, walahaulawalakuataillahbillah....kenikmatan bila menyebut kebesaran Allah diri terdorong untuk melakukan kebaikan.
-          Menurut ustazah juga, dipetik daripada hadith “barang siapa yang menghidupkan dan mengamalkan sunah Rasulullah, dari kubur lagi dia dapat kenal Rasulullah” masyaAllah subhanaullah dan juga Memperoleh syafaat di akhirat dan dapat air dari telaga khausar. Dekat syurga pula, hidup berjiran dengan rasulullah. Ganjaran umat di akhir zaman yang mengamalkan sunah Rasulullah, 1 pahala sunat, menyamai 100 mati syahid. Melaui suroh(penampilan), sirah(perjalanan hidup rasulullah, sariroh(fikir, & khuatir rasulullah).
-          Kelebihan berwuduk, basuh tangan 3 kali dapat hapuskan hutang sebelum mati, berkumur2 dapat mengucap lailahaillaullah dan bersugi.
-          Bila berhadapan dengan maksiat, ketiga sunah Rasulullah letak dalam diri, risau fikir maslahat insyaAllah kita ada usaha untuk bertindak.
-          Banyakkan berdoa pada Allah, beri hakikat kalimah. Tambah amalan sunah sikit2 dan berdakwah pada orang lain.  
-          Fadilat khusyuk dalam solat
a.       Mengangkat kesempitan hidup di dunia.
b.      Dalam kubur Allah angkat azab kubur.
c.       Dapat terima buku catatan amal dengan tangan kanan
d.      Melintas titian sirot dengan sepantas kilat
e.      Masuk dalam syurga tanpa hisab.
-          Istiqamah dengan ilmu dan zikir2, dekatkan diri dengan ilmu agama, kerana orang yang tidak dengar hadith 3 kali dalam seminggu/ sehari akan keras hatinya.
-          Antara amalan2 lain boleh dilakukan
a.       Solat diawal waktu.
b.      Baca doa “allahumma ajirni minannar” selepas subuh dan maghrib
c.       Amalkan baca surah Al-ikhlas, Al-Mulk & As-Sajadah(jauh dari azab kubur)
d.      Muliakan orang-orang islam
e.      Setiap zikir, merupakan perbelanjaan untuk membina mahligai di syurga
f.        Suka beri makan pada orang lain.(cegah dari kematian yang buruk)
g.       Jaga lidah, percakapan.
h.      Ikhlas dalam beribadah
i.         Perbanyakkan dakwah (teruskan usaha nabi SAW).. seperti azan, bermula dan berakhir dengan menyebut kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Buat kerja dakwah ini juga adalah untuk diri, jangan sedih jika orang lain tidak ikut. Niat untuk perbaiki diri kerana sesungguhnya Allah tidak melihat pada hasil tetapi pada usaha.
2.30pm :Makan dan bersurai
“segala yang baik datangnya dari Allah SWT” sebar2kan lah

No comments:

aquarium